ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  DATA VPN GLOBAL NTT COMMUNICATIONS ADALAH NO. 1 DALAM KEPUASAN PELANGGAN UNTUK KALI KELIMA BERTURUT-TURUT

Tuesday 17/05/2016



TOKYO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE)-- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan VPN globalnya, Arcstar Universal One menerima gelaran Kepuasan Pelanggan No.1  daripada firma perkhidmatan pemasaran UK, Ocean82, Ltd untuk kali kelima. Pemilihan itu, yang berasaskan kepada pertumbuhan organik diramalkan dan kepuasan pelanggan secara keseluruhan, telah diterbitkan baru-baru ini dalam "Suara Pelanggan: Data VPN Global, Issue 20," sebuah laporan penandaarasan.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ocean82, Janet Watkin, "Hasil daripada kajian penanda aras global bebas Ocean82 terhadap kepuasan pelanggan dengan data VPN & rangkaian hibrid mendedahkan bahawa NTT Com dinilai sebagai operator global yang terbaik dalam kelas. Pemantauan pembekal perkhidmatan global, untuk menentukan siapa yang dianggap paling berjaya secara keseluruhan itu digabungkan menjadi metodologi yang memberi keutamaan kepada anggapan mengikut apa yang penting kepada pengguna perkhidmatan."
 
Ini adalah kali kelima NTT Com telah memenangi anugerah berasingan ini. NTT Com juga menerima Anugerah Emas bagi prestasi cemerlang dalam 7 kategori, termasuk Keutuhan Rangkaian, Ketersediaan Rangkaian, Pemindahan Data Terjamin, Tiada tambahan tersembunyi dalam bil, Bil Tepat, Perhubungan Jangka Panjang dan Bil dalam Mata Wang Pilihan.
 
Ocean82 menilai kepuasan pelanggan terhadap lapan pengendali telekom global, yang lain adalah AT&T, BT, Orange Business, T-Systems, Telefonica, Verizon dan Vodafone Global Enterprise. Metodologi itu melibatkan temuramah dengan pembuat keputusan, pengaruh dan pengguna akhir di lebih daripada 1,000 syarikat multinasional. Laporan itu menimbangkan kategori-kategori utama perkhidmatan pelanggan dan 32 sifat-sifat perkhidmatan yang berkaitan.
 
NTT Com terus mengembangkan perkhidmatan rangkaian awan NFV yang dibolehkan untuk merealisasikan penjimatan kos dengan menghapuskan peralatan yang tidak perlu di premis pelanggan. Pada pihak pengurusan, inisiatif NTT Com termasuk Portal Perniagaan dan pembangunan API, bersama-sama dengan Global Management One, sebuah Perkhidmatan Pengurusan ICT yang boleh didapati secara global untuk kebolehpercayaan operasi yang lebih tinggi dan ketangkasan untuk pelanggan.
 
Mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) persekitaran perusahaan. Tawaran-tawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 terkemuka global, rangkaian VPN Arcstar Universal One (TM) yang mencapai 196 buah negara/rantau, dan lebih 140 pusat-pusat data yang terjamin. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber-sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com| Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
 
Mengenai Ocean82
Ocean82 adalah sebuah firma perkhidmatan pemasaran kukuh yang mengkhususkan diri dalam menanda aras pengalaman perkhidmatan pelanggan untuk industri maklumat & teknologi komunikasi. Ia dikenali kerana rekod baiknya dalam analisis kedudukan daya saing "Suara pelanggan", strategi perniagaan, penjenamaan, penjagaan selepas pembelian, pengurusan saluran dan sokongan pra-jualan, antara bidangnya. Ia mempunyai pengalaman di 30 buah negara dan 10 bahasa, sering menjadikan Ocean82 pembekal pilihan utama untuk organisasi yang memerlukan penyelidikan pemasaran antarabangsa dan analisis yang meliputi teknologi baru muncul.
www.ocean82.com
 
Galeri Foto/Multimedia Tersedia: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51342841&lang=en
 
Hubungan
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications Corporation
Cik Yuko Miyamoto / Cik Hana Tsuchiya, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam
ar-cp@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran akhbar dan multimedia dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160516006753/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.