ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PRA HEALTH SCIENCES DIPILIH SYARIKAT PENYELIDIKAN KLINIKAL ANTARABANGSA TERBAIK

Wednesday 18/05/2016



RALEIGH, N.C., May 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc., (PRA) (NASDAQ:PRAH) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik bagi tiga tahun  berturut-turut. PRA telah menerima anugerah di majlis Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik PharmaTimes yang telah dilangsungkan di London. Anugerah ini menyusuli pengiktirafan terkini PRA sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik dalam pertandingan PharmaTimes Americas di mana PRA telah mengungguli enam anugerah berasingan, termasuk dua emas (CRA Berpengalaman dan Perkongsian Strategik—PRA dan CytRx).
 
Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e7bb36ae-d0f8-4c67-9e5d-bc1115531e72
 
“PRA berbesar hati untuk menerima pengiktirafan berprestij ini,” ujar Sean Leech, Naib Presiden Eksekutif, Pendaftaran Produk (Eropah, Asia Pasifik dan Afrika). “Anugerah ini mewakili semangat dan profesionalisme pekerja PRA yang dibawa kepada usaha pembangunan klinikal mereka. Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini.”
 
PRA juga menggondol kategori Pentadbir Ujian Klinikal dengan memenangi anugerah emas, perak dan gangsa. Penerima anugerah emas individu terdiri daripada:
  • Pentadbir Ujian Klinikal: Irina Teslenko (Sepanyol)
  • Pengurus Projek: Petra Croon (Belgium)
  • Pasukan Perkongsian Strategik (PRA dan Bayer): Nicole Duffey (AS), Kish Khan (UK) 
 
Pertandingan Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik tahunan ini yang dianjurkan oleh PharmaTimes, memberikan peluang unik buat para penyelidik klinikal dari seluruh dunia untuk menanda aras kecekapan dan kemahiran mereka berbanding rakan sebaya dalam persekitaran pembelajaran antarabangsa. Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik yang direka dan dihakimi oleh jawatankuasa pemandu bebas peneraju industri peringkat tertinggi ini mempunyai kategori-kategori untuk para penyelidik klinikal dan pasukan pada semua peringkat kerjaya mereka.
 
MENGENAI PRA HEALTH SCIENCES
 
PRA ialah salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global terkemuka di dunia, mengikut pendapatan, membekalkan perkhidmatan pembangunan klinikal yang disumberluarkan kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal PRA merangkumi kira-kira 70 buah pejabat merentasi benua Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan kira-kira 12,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah menjalankan kira-kira 3,300 ujian klinikal di seluruh dunia dan telah mengendalikan lebih daripada 100 jenis ubat yang dipasarkan merentasi beberapa bidang terapeutik. Di samping itu, PRA telah mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang membawa kepada kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat atau kawal selia antarabangsa bagi lebih daripada 60 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.
 
PRA Health Sciences, Inc.
Christine Rogers
919-786-8463
rogerschristine@prahs.com

 
SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.