ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  HERBALIFE MENGHIMPUNKAN RANGKAIANNYA UNTUK BERI INSPIRASI KEHIDUPAN SIHAT DAN AKTIF DALAM USAHA MEMERANGI OBESITI DI ASIA PASIFIK

Wednesday 18/05/2016



SINGAPURA, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global, telah menjayakan acara latihan Asia Pasifik tahunannya - Extravaganza 2016 - yang diadakan di Singapura dari 13-15 Mei. Acara tahun ini menyaksikan Herbalife menghimpunkan 10,000 daripada rangkaian ahli bebasnya di Asia Tenggara untuk melanjutkan usaha meluas syarikat tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi terhadap tabiat pemakanan yang positif, gaya hidup yang sihat dan aktif, dan  membantu memerangi peningkatan kadar obesiti.

Untuk memperluaskan lagi sokongan latihan kepada ahli-ahli di rantau ini, Herbalife juga memperluaskan skala Extravaganza Asia Pasifik, dengan dua acara tambahan yang diadakan di Bangalore, India dari 13-15 Mei dan di Seoul, Korea dari Jun 17-19.

Menurut statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar obesiti di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 1980. Di Asia Tenggara, wanita mempunyai kira-kira dua kali ganda kebiasaan obesiti berbanding lelaki. Dengan obesiti menjadi isu kesihatan yang semakin mendesak yang menyebabkan risiko kesihatan seseorang itu menjadi buruk, ahli-ahli bebas Herbalife Asia Pasifik di Extravaganza belajar mengenai pendekatan yang berbeza yang boleh diambil untuk memberi inspirasi kepada gaya hidup positif di kalangan rangkaian masyarakat mereka serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal. Selain itu, mereka juga mendalami bagaimana sistem sokongan latihan sistematik Herbalife dapat membantu mereka  menyediakan  pelan pemakanan peribadi kepada pelanggan melalui bimbingan peribadi.

"Selama lebih 36 tahun, misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan menyediakan produk nutrisi dan pengurusan berat badan terbaik di dunia. Penataran pengetahuan dan set kemahiran ahli kami adalah keutamaan kami sebagaimana kami berusaha untuk memberi galakan kepada mereka dengan bahan dan maklumat yang betul bagi memberi inspirasi kepada gaya hidup aktif yang sihat di rantau ini. Selain itu, kami berharap untuk jangkau ke hadapan dengan bekerjasama melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengenai program pendidikan awam bagi membantu menangani masalah obesiti yang kian meningkat di Asia Tenggara," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Herbalife dan Pengurus Besar, Asia Tenggara.

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kami telah menggiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan peningkatan kadar obesiti di benua yang paling padat dengan penduduk di dunia, termasuk pentauliahan beberapa kajian pelbagai pasaran untuk lebih memahami persepsi dan sikap orang ramai terhadap pemakanan dan gaya hidup sihat dan aktif. Penemuan ini dikongsi semasa beberapa inisiatif yang dilaksanakan di seluruh rantau ini bagi membantu pengguna untuk memahami kepentingan gaya hidup yang sihat dan aktif, termasuk Jelajah Kesejahteraan Herbalife dwitahunan, dan Hari Pemakanan Herbalife. Kami juga menyediakan penajaan dan sokongan pemakanan kepada pasukan sukan, atlet dan acara Asia Pasifik. Program-program ini menunjukkan komitmen kami yang menyokong dorongan yang semakin meningkat untuk gaya hidup yang sihat dan aktif di rantau ini," tambah Conchie.

Extravaganza Asia Pasifik 2016 di Singapura memaparkan ucaptama yang penuh inspirasi oleh Michael O. Johnson,  Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife, yang membincangkan momentum Herbalife dan kepentingan  Asia Pasifik dalam mengembangkan dan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai sebuah syarikat nutrisi global. Des  Walsh, Presiden Herbalife, juga memaparkan visi untuk ahli Herbalife bagi memajukan perniagaan mereka dan, melembarkan jalan bagi orang ramai di rantau ini untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui tabiat pemakanan yang lebih baik.

Antara acara kemuncak termasuk sesi latihan pemakanan yang diterajui oleh Dr Luigi Gratton, Naib Presiden bagi Pendidikan dan Pembangunan Nutrisi Sedunia di Herbalife, yang menyediakan nasihat pemakanan praktikal untuk ahli-ahli bebas Herbalife untuk meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan, dan mengambil  langkah-langkah ke arah memberi inspirasi kehidupan sihat dan aktif di rantau ini.

Mengenai Herbalife:
Herbalife ialah sebuah syarikat nutrisi global yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produk hebat sejak tahun 1980. Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan dan penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif kepada dan melalui Ahli Bebas Herbalife berdedikasi di lebih daripada 90 buah negara. Kami omited untuk memerangi masalah nutrisi rendah dan obesiti di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, latihan satu-satu dengan ahli Herbalife dan sebuah asyarakat yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup sihat, aktif.

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih daripada 190 atlet bertaraf dunia, pasukan dan acara di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain.

Syarikat itu mempunyai lebih daripada 8,000 pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih AS$4.5 bilion pada 2015. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi Herbalife.com.

Hubungi
Herbalife Asia Pacific
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643
Naib Presiden, Komunikasi Korporat
dalieal@herbalife.com


Sumber: Herbalife

Lihat siaran akhbar dan multimedia ini dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160515005044/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.