ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  NTT COMMUNICATIONS MENANG PERKHIDMATAN TERBAIK BERASASKAN AWAN UNTUK 4 TAHUN BERTURUT-TURUT DI ANUGERAH TELECOM ASIA 2016

Thursday 19/05/2016



TOKYO, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Perkhidmatan Terbaik Berasaskan Awan untuk Awan Perusahaan pada Anugerah Telecom Asia 2016, dalam satu majlis gala di Kuala Lumpur pada 18 Mei.

"NTT Com telah mendominasi kategori anugerah ini selama empat tahun sekarang kerana ia terus mengambil kesempatan daripada kedudukannya di pasaran dalam menyediakan perkhidmatan awan dibolehkan SDN/NFV pada skala global," kata Ketua Pengarang Telecom Asia John Tanner. "Rentak kemenangan mereka adalah kerana peningkatan seperti integrasi IaaS SDN dibolehkan, seni bina berdasarkan Openstack dan tawaran pengurusan awan hibrid." Kini dalam tahun ke-19, anugerah itu adalah anugerah industri telekom paling lama dan paling berprestij di rantau ini. Mereka memberi ganjaran kepada prestasi inovatif dan cemerlang oleh penyedia perkhidmatan dan eksekutif industri Asia. Para pemenang telah dipilih oleh panel 12 hakim bebas berasaskan inovasi, prestasi kewangan, teknologi, kepimpinan pasaran dan tadbir urus korporat. Anugerah itu disampaikan dalam 18 kategori.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, layari http://www.ntt.com/en/about-us/we-are-a-leader/awards.html

Mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) persekitaran perusahaan. Tawaran-tawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 terkemuka global, rangkaian VPN Arcstar Universal One (TM) yang mencapai 196 buah negara/rantau, dan lebih 140 pusat-pusat data yang terjamin. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber-sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Galeri foto dan multimedia tersedia: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51344784&lang=en

Hubungi

Untuk maklumat lanjut

NTT Communications

(Cik) Yuko Miyamoto / (Cik) Hana Tsuchiya, +81-3-6700-4010

Perhubungan Awam

ar-cp@ntt.com

Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran akhbar dan multimedia dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20160518006652/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.