ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN PERTANDINGAN SENI KOMIK ANTARABANGSA KESULTANAN MANGA TOTTORI TAHUNAN KE-5

Thursday 19/05/2016



AsiaNet 64468 

TOTTORI, Jepun, 19 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Tottori, yang telah melahirkan ramai artis Manga termasuk Shigeru Mizuki, Jiro Taniguchi dan Gosho Aoyama, memanggil penyerahan karya kartun yang menyampaikan mesej kepada dunia bahawa "Kesultanan Manga Tottori wujud di sini" di Jepun, tempat kelahiran seni komik. Pemenang hadiah akan dijemput untuk melawat Wilayah Tottori untuk majlis anugerah. Wilayah itu juga merancang untuk menerbitkan koleksi karya-karya yang memenangi hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
http://www.pref.tottori.lg.jp/246798.htm

Tema

   "Wira dan Wirawati"

1. Kategori Kemasukan

   Hasil akan diterima di bawah tiga kategori berikut:

    (A) 1-bingkai Manga

    (B) 4-bingkai Manga

    (C) Cerita Manga (4 hingga 36 muka surat)

Setiap artis boleh menghantar hasil kerja dalam pelbagai kategori. Hasil kerja yang dihasilkan bersama boleh diterima. Penyertaan mestilah karya asli yang sebelum ini belum pernah diterbitkan atau disiarkan pada khalayak ramai . Hasil-hasil kerja yang disiarkan di dalam majalah peminat boleh diterima.

 

2. Kelayakan  

Artis bagi setiap peringkat umur dan warganegara boleh mengemukakan hasil kerja mereka sama ada kartunis profesional atau amatur.

 

3. Tarikh Akhir Penyertaan 

Penyertaan mestilah sampai pada 31 Ogos 2016.

 

4. Hadiah

    (A) Hadiah Utama: Sijil dan wang tunai (500,000 yen) untuk satu hasil kerja

    (B) Hadiah Kecemerlangan: Sijil dan wang tunai (100,000 yen) untuk

        setiap dua hasil kerja

    (C) Hadiah Khas Juri: Sijil dan wang tunai (50,000 yen) untuk kira-kira

        setiap tiga hasil kerja

    (D) Hadiah Bawah-15 (untuk artis berusia 15 tahun ke bawah): Sijil dan cenderahati kenangan (bernilai 30,000 yen) untuk kira-kira setiap tiga hasil kerja

 

5.  Pengumuman pemenang hadiah dan Majlis Anugerah

    (a) Pengumuman pemenang hadiah:

        Sekitar Disember 2016

    (b) Majlis Anugerah:

        Akan diadakan sekitar Februari 2017 di Wilayah Tottori. Semua pemenang

        akan menerima jemputan untuk melawat Wilayah Tottori untuk majlis anugerah.

 

Sumber: Kerajaan Wilayah Tottori

 

Hubungi:

Masahiro Fukuta

Sekretariat Kesultanan Manga

Biro Pelancongan dan Pertukaran

Kerajaan Wilayah Tottori

Tel: +81-857-26-7232

Emel: mangaoukoku@pref.tottori.jp

--BERNAMA

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.