ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  LEO APOTHEKER MENYERTAI SIGNAVIO SEBAGAI PENGERUSI BUKAN EKSEKUTIF

Thursday 19/05/2016



BERLIN, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --  Signavio GmbH, sebuah pembekal terkemuka bagi perisian proses dan pengurusan keputusan, hari ini mengumumkan pelantikan Léo Apotheker, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SAP dan Hewlett-Packard, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat itu.

Encik Apotheker menghabiskan lebih 20 tahun berkhidmat di syarikat pembuat perisian Jerman SAP dan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu dari tahun 2008 hingga 2010. Dari tahun 2010 hingga 2011, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Hewlett-Packard Inc. Pada masa ini, Encik Apotheker adalah Pengarah Utama bebas bagi Lembaga Schneider Electric SE, sebuah perbadanan Perancis yang disenaraikan di Euro Stoxx 50.

"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan Léo ke lembaga Signavio", kata Dr. Gero Decker, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Signavio. "Pengalaman luas beliau di dalam perisian perusahaan akan menjadi tidak ternilai kepada kami ketika kami berusaha untuk mengembangkan perniagaan kami. Beliau berkongsi keghairahan kami untuk misi kami dan merupakan mentor yang hebat kepada pasukan pengurusan Signavio."

Pada Disember 2015, Signavio mengumpulkan $31 juta daripada pelabur ekuiti pertumbuhan global Summit Partners untuk menyokong fasa pertumbuhan syarikat itu yang seterusnya. Encik Apotheker akan membantu Signavio memperhalusi strategi dan kedudukan mereka, membina perkongsian yang kukuh dan memperolehi akaun-akaun yang strategik di seluruh pelusuk dunia.

"Signavio sudah mempunyai rekod prestasi pertumbuhan yang mengagumkan", kata Léo Apotheker. "Saya percaya syarikat itu mempunyai potensi untuk menjadi sebuah peneraju global di dalam domain mereka di dalam ruang perisian perusahaan. Saya gembira kerana diberikan peluang untuk membantu Gero dan pasukannya mencapai matlamat tersebut."

Encik Apotheker menyertai sebuah pasukan terdiri daripada pakar dalam lima industri yang menyokong Signavio sebagai penasihat bukan eksekutif dan ahli lembaga pengarah. Bersama-sama mereka akan memberi tumpuan kepada membantu syarikat itu meningkatkan kehadirannya di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Signavio

Pembekal perisian Jerman itu, yang beribu pejabat di Berlin dengan mempunyai lokasi lain di Sunnyvale, CA dan Singapura, menawarkan satu penyelesaian yang berasaskan web untuk pemodelan, analisis dan pengoptimuman bagi proses dan keputusan perniagaan. Sebagai sebuah pembekal utama perisian SaaS untuk Proses Perniagaan dan Pengurusan Keputusan bagi seluruh organisasi, Signavio membawa bersama-sama pelbagai penyelesaian profesional BPM dan BDM dengan manfaat kerjasama di awan.

Hubungi

Signavio GmbH
Katharina Clauberg
marketing@signavio.com

Sumber: Signavio

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160519005519/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.