ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PENGURANGAN ASAP DAN MENINGKATKAN EFISIENSI DENGAN LAPISAN ANTI-KOTORAN JOTUN BAGI KAPAL-KAPAL PETRONAS LNG

Friday 20/05/2016



KUALA LUMPUR, Malaysia, Sandefjord, Norway, 20 Mei (Bernama) -- Petronas telah memilih sistem anti-kotoran Jotun Hull Performance Solutions (HPS) bagi 2 kapalnya yang disewa secara eksklusif daripada MISC. Dengan lapisan anti-kotoran yang dipertingkatkan beserta pakej penuh sensor pengukuran prestasi, akan diaplikasikan terhadap Seri Amanah dan Puteri Zamrud dalam usaha bagi meningkatkan efisiensi kapal, sekaligus mengurangkan kos bahan api dan juga mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada kadar 10%.

Jotun adalah sebuah syarikat peneraju didalam pembuatan lapisan anti-kotoran ini, yang mengehadkan pertumbuhan organisma pada badan kapal dan HPS juga dapat memberikan prestasi hidrodinamik yang boleh diukur. Dengan ini, ia dapat memberikan gambaran penuh terhadap prestasi jangka panjang, badan kapal tersebut – termasuk penjimatan bahan api – menunjukkan bukti ROI.

Encik Ahmad Adly Alias Naib Presiden LNG Marketing & Trading di PETRONAS berkata, “Sebagai sebuah syarikat tenaga yang bertanggungjawab, kami komited untuk memenuhi kehendak tenaga dunia dengan cara yang mampan dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar,” Beliau berkata lagi, “Dengan pilihan lapisan anti-kotoran yang bersesuaian, kami boleh meningkatkan efisiensi kapal-kapal kami, dan juga dalam membantu dalam usaha yang berterusan bagi mengurangkan kos bahan api dan jejak karbon dalam operasi kami diseluruh dunia.”

Morten Sten Johansen, Pengarah Jualan Serantau HPS bagi Jotun, berkata, bukti keberkesanan HPS adalah satu anjuran yang menarik bagi pengusaha-pengusaha kapal yang mengambil berat terhadap kedua-dua, alam sekitar dan juga peningkatan perniagaan.

Beliau menjelaskan: “Kami telah baru-baru ini mengeluarkan maklumat berkenaan dengan limbungan kering lima tahun pertama bagi kapal yang pertama kali dirawat dengan HPS, iaitu, kapal Penguin Arrow (Kapal Pengangkut, 51,414 DWT). Data – data dari tempoh operasi 60 bulan itu menunjukkan pelepasan Karbon Dioksida dapat dikurangkan sehingga 12,055 tan metrik, ini menunjukkan bahawa jumlah sebanyak USD 1.5juta dalam penjimatan bahan api. Ini adalah satu bukti prestasi sebenar. 

“Gabungan HPS menggunakan teknologi salutan metakrilat silyl dan sistem pengukuran ISO 19030 telah dapat menghasilkan hasil yang terbukti dan ketara, kurang pengeluaran asap dan jimat kos. Kami, dan beberapa lagi pengusaha-pengusaha kapal lain, melihat ini sebagai satu peluang keemasan, apabila ianya dapat meningkatkan kecekapan kapal dan melindungi alam sekitar.”

PETRONAS telah beroperasi di lebih 50 negara di serata dunia dan ianya adalah sebuah syarikat minyak dan gas bersepadu dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sumber minyak dan gas nasional di Malaysia. Syarikat ini komited mengguna pakai penyelesaian teknologi terkini bagi usaha untuk meningkatkan prestasi, kerana ia bergerak ke arah mencapai masa depan tenaga yang mampan.

Johansen menyatakan: “Peserta industri utama seperti PETRONAS, mewakili kelompok pengendali-pengendali kapal yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga meyedari akan nilai dan manfaat lapisan anti-kotoran yang telah dipertingkatkan. Mereka, seperti kami juga, fokus dalam menyumbang kepada industri yang lebih cekap dan mampan. Mempertingkatkan prestasi lapisan bagi badan kapal adalah sebahagian daripada asas usaha itu.”

 

More about PETRONAS

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) is Malaysia’s fully integrated oil and gas multinational ranked among the largest corporations on FORTUNE Global 500®. It was established in 1974 and is the custodian for Malaysia’s national oil and gas resources.

Link to images: https://www.dropbox.com/sh/adc5mz17hb2v3nx/AACu7-juu5lu-GqAMI_ZK5lva?dl=0

For more information:

www.jotun.com 

 

SUMBER : Beyond PR Communicationns  

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Morten Sten Johansen

Regional Sales Director HPS - Asia & Pacific

Jotun (Singapore) Pte Ltd
Singapore 637236

Mobile:+6596600378,Direct:+6565088288
Email:msj@jotun.com

 

Nama: Sonya Natasya Rashid

Head, Stakeholder Management

LNG Marketing & Trading

Upstream, PETRONAS​

Email: sonya_natasya@petronas.com.my

 

Nama: Siri Moldestad Sanna

Global Marketing Communication Manager

Mobile: +47 90132780,Office: +47 334 57000

Email: siri.sanna@jotun.no  

 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.