ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  NRI ANUSHKA GAIKWAD DARI GLOBAL INDIAN INTERNATIONAL SCHOOL (GIIS) YANG BERPANGKALAN DI SINGAPURA MENDAHULUI DALAM PEPERIKSAAN CBSE 2016 DI SELURUH DUNIA, ANTARA PELAJAR NRI DI SELURUH RANTAU ASEAN & TIMUR TENGAH

Wednesday 25/05/2016



• Anushka berada pada kedudukan nombor satu di seluruh dunia dengan 98.2% atau 491 daripada keseluruhan 500 markah

• Hampir separuh daripada kumpulan dari GIIS mencatatkan 90% dan ke atas dan satu perempat daripada kumpulan itu mencapai 95% dan ke atas

• Kerangka pembelajaran Nine Gems™ yang telah memenangi anugerah membantu Anushka dalam mencapai hasil pembelajaran yang lebih baik

 

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Anushka Gaikwad dari Global Indian International School (GIIS), Kampus Queenstown di Singapura mendahului rantau ASEAN pada peperiksaan CBSE Kelas 12 2016 dengan mencatatkan 491 daripada keseluruhan 500 markah atau 98.2%. Shubham Saraf menduduki tempat kedua dengan mencatatkan 490 daripada 500 markah atau 98%.

Encik Kamal Gupta, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Wilayah, berkata, "Kami amat berbangga dengan pelajar-pelajar kami. Kesungguhan mereka dan bimbingan baik daripada kalangan guru telah membolehkan GIIS mencatatkam hasil keputusan yang terbaik yang pernah dicapai." Beliau mengulas lanjut, “Sebagai sebuah sekolah yang amat bangga dengan pembangunan holistik, kami melatih pelajar-pelajar kami untuk menjadi pelajar yang berkebolehan dan sebagai pemimpin dengan bantuan model Nine Gems™. Saya percaya bahawa kejayaan para pelajar kami adalah hasil daripada inisiatif kerjasama di antara anggota fakulti dan ibu bapa. Ucapan tahniah daripada saya kepada kesemua anggota pasukan, pelajar dan ibu bapa di atas keputusan yang menakjubkan ini."

Pelajar-pelajar dari GIIS mencatatkan markah sempurna (100 markah) atau markah yang hampir sempurna (99 markah) dalam pelbagai mata pelajaran. Shubham Saraf mencatatkan 100 markah dalam Kimia dan Anushka Gaikwad mencatatkan 100 markah dalam mata pelajaran Fizik. Ramiah Arunachalam mencatatkan 99 markah dalam mata pelajaran Ekonomi, Shubham mengetuai dalam Sains Komputer dengan 99 markah, manakala kedua-dua Anushka dan Shubham mencatatkan 99 markah dalam mata pelajaran Matematik.

Untuk mencapai semangat kecemerlangan akademik, Kumpulan CBSE 2016 dari GIIS di Singapura telah mencipta satu lagi hasil yang menakjubkan dengan satu perempat (atau 25%) daripada kohort pelajar memperolehi 95% dan ke atas, dan hampir separuh kohort (48%) pelajar memperoleh 90% markah dan ke atas.

Keputusan CBSE untuk tahun ini menunjukkan fokus GIIS yang konsisten di dalam menyampaikan hasil pembelajaran yang luar biasa dalam peperiksaan awam, tahun ke tahun, dengan dibantu oleh kerangka pembelajaran Nine Gems™. Kerangka Nine Gems™ itu yang dicipta oleh GIIS adalah satu gabungan daripada amalan terbaik dalam pendidikan dari timur dan barat, dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang sesuai dengan umur bagi setiap kanak-kanak. Keseluruhan pembangunan pelajar diukur dengan metrik dan dipantau secara konsisten untuk membawa kesan maksimum dalam hasil pembelajaran bagi setiap kanak-kanak tunggal. Kerangka pembelajaran Nine Gems™ membantu dalam meningkatkan skor secara purata sebanyak 10% hingga 15%, dan oleh itu mencapai hasil pembelajaran yang maksimum dalam setiap pelajar.

Maklumat mengenai Global Indian International School

Global Indian International School (GIIS) – yang ditubuhkan di bawah prinsip panduan Global Schools Foundation -- adalah sebuah rangkaian antarabangsa terdiri daripada sekolah-sekolah yang telah memenangi anugerah, dengan 20 kampus di tujuh buah negara. Terkenal dengan kurikulum yang berasaskan kemahiran dan pelajar sentrik, GIIS menawarkan peluang pembelajaran holistik dan pembangunan personaliti untuk para pelajar.

Sekolah-sekolah GIIS telah diberikan penghormatan dengan 58 anugerah di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dalam sepanjang tempoh 6 tahun kerana mencapai kecemerlangan di dalam pendidikan sekolah. Pada hari ini, GIIS mempunyai sebuah badan pelajar pelbagai budaya yang teguh, berikutan kanak-kanak dari pelbagai kewarganegaraan telah mendaftar di seluruh kampus mereka.

Dengan menggunakan satu pendekatan holistik untuk pembelajaran dan perkembangan watak, model Nine Gems™ sekolah itu adalah satu alat proprietari untuk mencapai keseimbangan di antara akademik dan pengalaman, perkembangan mental dan fizikal, seni halus dan seni persembahan, kemahiran bahasa dan kreativiti, pembangunan personaliti, etika dan keusahawanan.
 

Hubungi

Global Indian International School
Dheeraj Ramchandani
Telefon: (+65) 6508 3700 | Sambungan 789
WhatsApp: (+65) 8647 6219
media.sg@globalindianschool.org
atau
Adfactors PR
Apurva Jivannavar
Telefon Bimbit: +91 9870326814
apurva.jivannavar@adfactorspr.com

 

Sumber: Global Indian International School

 

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160525005550/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.