ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  TCL UMUM KEMAJUAN PROJEK LTPS WUHAN CSOT

Thursday 26/05/2016



SHENZHEN, China, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam elektronik pengguna dan komunikasi, mengumumkan baru-baru ini mengenai kemajuan Projek LTPS Wuhan yang dilaburkan bersama oleh anak syarikatnya China Star Optoelectronics Technology (CSOT) dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd.

Menurut pengumuman itu, CSOT dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd. memulakan Project LTPS Wuhan pada tahun 2014 dengan jumlah pelaburan bersama RMB 16 bilion atau AS$2.45 bilion, dan menubuhkan usaha sama Wuhan China Star Optoelectronics Technology untuk mengendalikan projek itu. Projek LTPS Wuhan, yang juga digelar sebagai Project T3, akan menjadi satu garisan pengeluaran baharu bagi panel Gen 6  LTPS (OKSIDA) LCD / AMOLED.

T3 adalah barisan pertama Gen 6 LTPS (poli-silikon rendah suhu) China, yang menghasilkan kedua-dua panel bersaiz kecil dan sederhana yang menyasarkan peranti akhir pintar. LTPS pada masa ini berada pada bar tinggi bagi satah belakang, dan boleh dilihat di bahagian belakang kebanyakan paparan LCD mewah dan AMOLED yang ditemui di dalam telefon pintar pada hari ini. Berbanding dengan paparan a-Si tradisional, LTPS membolehkan pergerakan elektron yang lebih tinggi yang membolehkan resolusi, kecerahan, kestabilan, kecekapan tenaga dan jangka hayat yang lebih besar di samping mengurangkan berat, ketebalan dan penggunaan tenaga. Memandangkan LTPS dijangka kekal sebagai satu teknologi yang utama untuk masa akan datang, Projek T3, apabila siap nanti, akan membolehkan CSOT untuk menamatkan monopoli syarikat-syarikat luar negara di dalam pasaran paparan kecil mewah. Dalam erti kata lain, T3 akan memainkan satu peranan strategik di dalam industri paparan semikonduktor di China.

Sebagai sebuah panel mewah yang berpotensi, LTPS akan membantu CSOT mengembangkan pasarannya di semua kawasan di dalam perniagaan panel LCD, dan mengukuhkan pengaruh syarikat di dalam industri elektronik secara keseluruhan. Tidak kurang pentingnya, barisan baharu itu akan membantu meningkatkan kadar penembusan produk berkaitan dan bahagian pasaran untuk syarikat itu. Sementara itu, TCL Communication mengekalkan penghantaran telefon pintar terkemuka dan memegang kadar pertumbuhan yang pesat dalam penjualan tablet. Projek T3 dijangka memanfaatkan kelebihan teknologi dan pengeluaran untuk meningkatkan keupayaan integrasi menegak syarikat itu.

Maklumat mengenai TCL Corporation

TCL Corporation adalah sebuah pengeluar dunia bagi produk pintar dan pembekal perkhidmatan aplikasi Internet. TCL Corporation yang disenaraikan sepenuhnya (000100. SZ) terdiri daripada TCL Multimedia (01070. HK), TCL Communication (02618. HK), TCL Display (00334. HK) dan Tonly Electronics (01249. HK). Ditubuhkan pada tahun 1981, TCL mengendalikan perniagaan dengan tenaga kerja seramai 78,000 orang pekerja, dan mempunyai pejabat di lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh Asia, Amerika, Eropah dan Oceania, bersama-sama dengan 23 pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan 21 pangkalan pembuatan. TCL melaporkan hasil operasi sebanyak 46.68 bilion yuan (kira-kira AS$7.15 bilion) bagi separuh pertama tahun 2015 dan nilai jenama yang bersamaan dengan 71 bilion yuan (kira-kira AS$10.86 bilion), dan menduduki tempat pertama di kalangan jenama TV di China.

Maklumat mengenai CSOT

Shenzhen China Star Optoelectronics Technology Co., Ltd adalah sebuah pembuat paparan yang berpangkalan di China yang diwujudkan pada 16 November, 2009, dimiliki oleh TCL, Century Science & Technology Investment and Samsung Display. Syarikat itu kini mempunyai tiga pusat pengeluaran, iaitu T1, T2 dan T3, yang menghasilkan panel LCD kecil dan besar untuk TV, telefon pintar dan tablet. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.szcsot.com/.

Hubungi
TCL Multimedia
Jolin Shang, 86-139-2467-9051
Jolin.shang@tcl.com
atau
Elaine Tao, +86 13922800453
lingran.tao@tcl.com


Sumber: TCL Multimedia

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160525005631/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.