ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PANASONIC MEMPERBAHARUI BILIK PAMERAN MEREKA DI VIETNAM UNTUK MEMPAMERKAN PENYELESAIAN GAYA HIDUP PREMIUM YANG TERKINI

Thursday 26/05/2016



HANOI, Vietnam, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Panasonic Vietnam (Panasonic) membuka bilik pameran korporat mereka yang baharu diubahsuai, Panasonic Risupia Vietnam, bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat itu, hari ini. Bilik pameran itu telah diubahsuai untuk mempamerkan penyelesaian Gaya Hidup Premium yang terkini dan menyediakan satu pengalaman yang lebih interaktif kepada pengunjung.

Teknologi canggih terkini Panasonic seperti "Skrin Lutsinar" – satu paparan kaca pintar yang mempunyai keupayaan untuk menonjolkan imej dan maklumat seperti program berita dan data cuaca -- dan penyelesaian audio visual yang terkini dipamerkan di pintu masuk yang baharu diubahsuai. Di kawasan bilik pameran itu, pelbagai produk dan penyelesaian syarikat itu, daripada peralatan audio visual untuk peralatan rumah dan produk kecantikan, dipamerkan untuk menyerlahkan persekitaran kehidupan premium yang berkisarkan kepada konsep "keselamatan, keselesaan, kemudahan dan gaya" yang boleh ditawarkan oleh Panasonic kepada pengguna mereka di Vietnam.

Pelawat akan berupaya untuk mendapatkan pengalaman secara fizikal di salun memasak dan sudut kecantikan di mana bengkel dan program mengenai "makanan" dan "kecantikan" akan diadakan untuk membawa idea-idea baharu mengenai bagaimana untuk "memperkayakan kehidupan orang ramai".

Di samping itu, penyelesaian Niaga-ke-Niaga (B2B) Panasonic dipaparkan di bilik pameran yang baharu diubahsuai itu untuk terus menunjukkan bagaimana syarikat itu berhasrat untuk memberikan "Suatu Hidup yang Lebih Baik, Sebuah Dunia Yang Lebih Baik" untuk kedua-dua pengguna dan rakan kongsi perniagaan mereka di Vietnam.

"Panasonic Risupia Vietnam telah diwujudkan selaras dengan falsafah perniagaan korporat kami untuk menyumbang kepada masyarakat. Ia berfungsi sebagai satu platform di mana bukan sahaja keluarga di Vietnam tetapi juga usahawan perniagaan boleh mempunyai akses yang mudah dan menyeronokkan kepada teknologi dan inovasi canggih Panasonic yang mengubah kehidupan orang ramai di seluruh dunia," kata Yamamoto Masahiro, Pengarah, Panasonic Vietnam.

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Panasonic Risupia Vietnam telah menerima kira-kira 300,000 orang pengunjung. Permainan dan aktiviti pendidikan yang menarik turut diadakan di Zon Risupia yang melibatkan kanak-kanak untuk belajar tentang Sains dan Matematik dalam cara yang menyeronokkan.

Pelawat sama ada yang muda mahupun yang tua dijemput untuk melawat bilik pameran yang baharu diubahsuai itu. Pada bulan hadapan, satu siri program yang menarik akan diadakan untuk memperingati pembukaan semula Panasonic Risupia Vietnam, seperti bengkel Sains, pertandingan dan kelas memasak.

Memandangkan Vietnam sebagai satu daripada pasaran strategik syarikat itu di Asia Tenggara, Panasonic Vietnam akan terus memperluaskan kemudahan pengeluaran mereka, dan juga sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan untuk secara aktif menyokong pembangunan ekonomi dan sosial negara itu. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, syarikat itu telah melaburkan AS$243 juta dan memberikan pekerjaan kepada lebih 7,500 penduduk di sini. Pembukaan semula Panasonic Risupia Vietnam pada hari ini adalah satu peristiwa yang bersejarah dalam meraikan pencapaian Panasonic sejak satu dekad yang lalu dan menunjukkan komitmen mereka yang berterusan kepada negara itu.

Garis Bentuk Bilik Pameran "Panasonic Risupia Vietnam"

Konsep: Gaya Hidup Premium – "gaya hidup yang kita inginkan"

Bilik pameran ini terdiri daripada empat zon:

Zon Selamat Datang

Berdasarkan kepada konsep "Omotenashi," pintu masuk akan memaparkan satu imej mengenai cara kehidupan di masa hadapan dengan produk-produk premium yang berinovatif seperti paparan LCD lutsinar dan pelbagai penyelesaian dan produk audio visual yang terbaharu.

-ID Cahaya (pengenal pasti) adalah satu sistem komunikasi cahaya yang boleh dilihat yang memudahkan pelanggan untuk mengakses kepada maklumat melalui penggunaan sesebuah aplikasi. Ini dicapai dengan menghalakan kamera telefon pintar mereka ke arah sumber cahaya LED atau objek yang diterangi yang telah diprogramkan dengan maklumat lanjut mengenai produk atau tempat. Dengan ID Cahaya, pelancong di Vietnam akan dapat memuat turun maklumat mengenai tempat-tempat menarik dan pengangkutan, sebagai contoh, dalam bahasa pilihan mereka.

- Space Player menggabungkan teknologi lampu dan tayangan. Produk itu boleh digunakan sebagai alat pemasaran dan promosi perniagaan dengan memprogramkannya dengan pelbagai imej dan mesej. Pemilik pusat beli-belah, restoran dan kedai boleh menggunakan Space Player itu untuk menarik dan mengekalkan pelanggan.

-Skrin Lutsinar adalah satu paparan 'cermin gelap' pintar yang mempunyai keupayaan untuk menonjolkan imej dan data seperti program berita, maklumat cuaca, dan juga berfungsi sebagai cahaya dan kawalan termostat, dan berpotensi untuk menjadi hiasan utama bagi sesebuah rumah pintar.

Zon Pesanan Global  

Paparan LCD 4K UHD 

Pelawat boleh melihat barisan Paparan LCD 4K UHD Panasonic yang terkini, termasuk skrin baharu berukuran 98 inci yang menyampaikan kualiti gambar yang tinggi dan paling maju, dengan kontras yang tinggi dan ekspresi warna yang kaya, yang menayangkan kandungan visual yang indah seperti yang terdapat pada tapak Warisan Dunia.

Zon Gaya Hidup Seterusnya

Dalam paparan ruang hidup, suatu persekitaran kehidupan dibayangkan  melalui konsep "gaya hidup yang kita inginkan" untuk menyediakan satu pengalaman interaktif seperti yang belum pernah dialami sebelum ini melalui dua penyelesaian di bawah:

- Gaya hidup yang mencapai nilai-nilai utama "keselamatan, keselesaan dan kemudahan" sebagai contoh, melalui penyediaan ruang tamu yang selesa untuk tiga generasi.

- Pengenalan "gaya hidup bergaya" yang kita semua inginkan – Gaya hidup yang menggalakkan peralatan rumah yang bergaya, hiasan dalaman, dan reka bentuk untuk pasangan muda yang baharu berkahwin.

Pengalaman Amali mengenai produk terbaharu

Produk-produk Panasonic Cooking, Panasonic Beauty akan diperkenal dan dipaparkan untuk menawarkan pengalaman amali kepada pelawat

Maklumat mengenai Panasonic

Panasonic Corporation adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan teknologi dan penyelesaian elektronik yang pelbagai bagi pelanggan dalam industri elektronik pengguna, perumahan, automotif, penyelesaian perusahaan dan industri peranti. Sejak ditubuhkan pada tahun 1918, syarikat itu telah berkembang di peringkat global dan kini mengendalikan 474 anak syarikat dan 94 syarikat bersekutu di seluruh dunia, mencatatkan jualan bersih disatukan sebanyak 7.553 trilion yen untuk tahun yang berakhir 31 Mac, 2016. Komited dalam mengejar nilai baharu melalui inovasi yang merentasi garisan bahagian, syarikat itu menggunakan teknologi mereka untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan dunia yang lebih baik untuk pelanggannya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Panasonic: http://www.panasonic.com/global.

Maklumat mengenai Panasonic Vietnam

Panasonic Vietnam (PV) adalah syarikat pelaburan asing 100% yang pertama yang mengambil alih peranan ibu pejabat negara di Vietnam. Sehingga kini, Panasonic Vietnam Group terdiri daripada tujuh buah syarikat, lima daripadanya adalah syarikat perkilangan - Panasonic Industrial Devices Vietnam (PIDVN), Panasonic System Networks Vietnam (PSNV), Panasonic Appliances Vietnam (PAPVN), Panasonic AVC Networks Vietnam (PAVCV) and Panasonic Eco Solutions Vietnam (PESVN), dan Panasonic Research & Development Center Vietnam (PRDCV). Kumpulan itu pada masa ini mempunyai jumlah tenaga kerja kira-kira 7,500 orang. Di Vietnam, Panasonic adalah satu daripada perusahaan yang memberikan penekanan kepada aktiviti sosial yang meliputi pendidikan dan alam sekitar.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51349490&lang=en

Hubungi

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Hubungan Media:
Panasonic Corporation
Global Communications Department
Media Promotion Office
E-mel: presscontact@ml.jp.panasonic.com

Sumber: Panasonic Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.