ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  KAD UNIONPAY MEMBAWA KESEGARAN BAHARU KEPADA PELANCONGAN KANADA

Friday 27/05/2016



AsiaNet 64581
 
SHANGHAI, China, 27 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Adalah difahamkan pada 23 Mei bahawa Kanada baharu sahaja menerima satu kumpulan pelancong yang besar yang terdiri daripada lebih 4,000 orang pelancong perniagaan China. Adalah dijangkakan bahawa kumpulan pelancong ini akan membawa bersama kuasa membeli sekurang-kurangnya 4 juta dolar Kanada. Menurut Toronto Tourism, ini adalah kumpulan pelancong tunggal yang terbesar yang pernah diterima oleh Kanada.
 
Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelancongan Kanada, pendapatan tahunan industri pelancongan Kanada pada tahun 2015 mencapai 90 bilion dolar Kanada, dan pelancongan secara langsung telah mewujudkan lebih 630,000 peluang pekerjaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pelancong China yang melawat Kanada telah berkembang pada kadar stabil, dan pada tahun 2015 jumlahnya mencecah hampir 500,000 orang.
 
Ketika hubungan ekonomi dan perdagangan di antara China dan Kanada menjadi semakin erat, bukan sahaja pelancong individu lebih suka untuk melawat Kanada, tetapi juga lebih banyak syarikat China memilih untuk menganjurkan mesyuarat dan aktiviti pembinaan pasukan di sana. Kumpulan-kumpulan pelancong yang besar ini mempunyai keupayaan membeli yang kukuh, gemar membayar dengan menggunakan kad UnionPay, dan dapat menggalakkan penggunaan di bandar-bandar destinasi.
  
Dengan lebih banyak peniaga luar negara menerima kad UnionPay dan lebih banyak keistimewaan eksklusif UnionPay yang ditawarkan, lebih ramai pelancong perniagaan China membawa bersama-sama kad UnionPay ke luar negara, dan jumlah purata perbelanjaan mereka turut meningkat secara stabil.
 
Semakin banyak peniaga Kanada mengambil penerimaan kad UnionPay itu sebagai satu cara yang penting untuk menarik pelancong. Empat bank utama di Kanada telah membolehkan ATM mereka untuk menerima kad UnionPay, sekali gus menjadikan jangkauan liputan penerimaan ATM tempatan untuk UnionPay mencapai 85%. Di samping itu, kad UnionPay  diterima di lebih 70,000 kedai peniaga; saudagar ini termasuk kedai bebas cukai, gedung beli-belah, rantaian kedai berjenama, kedai barangan kemas yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong. Di kedai-kedai saudagar ini, pemegang kad boleh membayar dengan mudah dengan menggunakan kad UnionPay.
 
Seorang pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman, Cik Hou berkata, beliau sering mengesyorkan kepada pelancong China supaya membayar dengan menggunakan kad UnionPay, tidak kira di kawasan tarikan pelancong mahupun di gedung membeli-belah. Ini kerana membayar dengan kad UnionPay bukan sahaja lebih selamat dan lebih mudah berbanding membayar secara tunai, ia juga tanpa dikenakan yuran perkhidmatan.
 
Sejak tahun 2014, pelancong China yang berkelayakan boleh mendapatkan visa pelbagai kemasukan ke Kanada. Dengan visa ini, pelancong boleh tinggal di Kanada selama lebih setengah tahun, dan pasport itu boleh sah selama sepuluh (10) tahun. Langkah ini membantu untuk menarik lebih ramai pelancong China ke Kanada.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.