ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA UMUM KETERSEDIAAN SEGERA SUBSISTEM IP BAGI PCI EXPRESS® DAN DDR3 UNTUK PLATFORM LSI YANG LAZIM

Tuesday 31/05/2016



TOKYO, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation Storage & Device Solutions Company (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan ketersediaan segera subsistem IP*3 bagi PCI Express *1 dan DDR3 SDRAM *2 yang dibangunkan bersama dengan Northwest Logic, sebuah pembekal terkemuka bagi teras antara muka IP Memori Antaramuka dan PCI Express yang berprestasi tinggi, mudah untuk digunakan dan terbukti silikon. Subsistem ini boleh didapati pada platform LSI yang lazim, termasuk ASIC dan FFSATM *4.
 
Teras PCI Express termasuk patuh piawai, Teras PCI Express 3.0/2.1/1.1 yang berciri lengkap dan berprestasi tinggi, Teras  DMA *5  yang susun-selerak dan Pemacu (Linux® & Windows®). Teras Alat Kawalan DDR3 SDRAM menyediakan sokongan berjalur lebar yang tinggi dengan satu set lengkap teras tambahan pilihan yang termasuk ARM® AMBA® AXI *6, pelbagai port, penyusunan semula *7, ECC *8  ​​dan sokongan ujian memori.
 
"Kami amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Toshiba bagi menyediakan alat kawalan PCI Express dan DDR3 SDRAM yang lengkap + PHY subsistem IP untuk Toshiba FFSA™ dan platform ASIC. Subsistem IP pra disahkan ini membolehkan pereka cip untuk dengan cepat membuat reka bentuk berprestasi tinggi, reka bentuk kerumitan tinggi," kata Brian Daellenbach, Ketua Pegawai Eksekutif Northwest Logic.
 
"Dengan menggabungkan IP dan kepakaran kedua-dua syarikat kami, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk menawarkan penyelesaian subsistem IP yang teguh, nilai ditambah dan sokongan kepakaran kepada pelanggan kami yang membolehkan produk dibawa ke pasaran dengan lebih cepat," kata Yukihiro Urakawa, Executive Teknikal Toshiba.
 
Toshiba memanfaatkan kepakaran yang komprehensif dari reka bentuk kepada pembuatan dan seterusnya untuk menawarkan pelbagai penyelesaian LSI yang lazim. FFSATM adalah satu penyelesaian LSI lazim yang fleksibel dan berinovatif dengan prareka bentuk induk yang mencirikan konfigurasi I/Os, SerDes, SRAM dan peranti logik yang boleh dikonfigurasikan mengikut keperluan pelanggan.
 
Melangkah ke hadapan, Toshiba akan terus menyediakan penyelesaian yang membantu pelanggan untuk mengoptimumkan reka bentuk sistem mereka dan mencapai pembangunan produk tepat pada masanya.
 
* 1: Standard Industri, antara muka I/O bersiri yang digunakan secara meluas di dalam sistem pengkomputeran.
* 2: Satu daripada standard industri DRAM yang digunakan sebagai memori utama untuk Komputer dan Server.
* 3: Penyelesaian IP terdiri daripada IP yang diperlukan untuk membangunkan sistem LSI. Ia direka untuk melaksanakan ke dalam kelajuan antara muka yang tinggi secara mudah.
* 4: Teknologi membolehkan Toshiba untuk membangunkan litar bersepadu dengan kos pembangunan yang lebih rendah dan tempoh pusingan pembangunan yang lebih singkat dengan mengurangkan bilangan lapisan logam yang perlu disesuaikan.
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/asic/structured-arrays.html
* 5: Akses Memori Secara Terus (DMA) diperlukan untuk pemprosesan pemindahan data yang tinggi dan enjin DMA melakukan transaksi masuk dan keluar dari Sistem Memori.
* 6: Spesifikasi antara sambung di atas cip bagi ARM Limited.
* 7: Teknologi yang menukar susunan memori operasi untuk meningkatkan kecekapan memori antara muka.
* 8: Pemeriksaan Kesilapan dan Pembetulan. Teknologi itu adalah untuk menjamin kebolehpercayaan data.
 
* PCI Express adalah satu tanda dagangan berdaftar milik PCI-SIG.
* Linux adalah satu tanda dagangan berdaftar bagi Linus Torvalds di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
* Windows adalah sama ada satu cap dagang berdaftar atau cap dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/ atau negara lain.
* ARM dan AMBA adalah tanda dagangan berdaftar milik ARM Limited (atau anak syarikatnya) di Kesatuan Eropah dan negara-negara lain.
* FFSA adalah satu tanda dagangan milik Toshiba Corporation
* Semua tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian LSI lazim Toshiba sila layari http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/asic.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Kumpulan Jualan & Pemasaran Logic LSI
Tel: +81-44-548-2110
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Maklumat mengenai Northwest Logic
 
Northwest Logic, yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan terletak di Beaverton, Oregon, menyediakan teras IP yang berprestasi tinggi, terbukti silikon, dan mudah untuk digunakan termasuk penyelesaian PCI Express yang berprestasi (PCI Express teras 4.0, 3.0, 2.1 dan 1.1  dan pemacu) , Penyelesaian Memori Antara Muka (HBM, MRAM, DDR4/3/2, LPDDR4/3/2 SDRAM; RLDRAM 3/II), dan Penyelesaian MIPI (CSI-2, DSI). Penyelesaian ini menyokong pelbagai platform termasuk ASIC, ASIC Berstruktur dan FPGA.
 
Untuk maklumat tambahan, layari www.nwlogic.com.
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51352320&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Device Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160531005526/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.