ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMPAMERKAN "NOH," BENTUK DRAMATIK TERTUA DI DUNIA, DENGAN KERJASAMA NATIONAL NOH THEATRE

Wednesday 01/06/2016



TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas berhubung bentuk dramatik tertua di dunia "Noh" dari 1 Jun hingga 29 Jun, 2016, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-45 operasi hotel kami. Sejumlah topeng dan kostum yang sangat berharga yang digunakan dalam "Noh" dan barangan seni yang berkaitan akan disediakan oleh National Noh Theatre untuk dipertontonkan kepada pengunjung secara percuma. Dan pada 16 Jun, bintang terkenal Noh Yoshimasa Kanze akan melakonkan satu petikan drama Noh bertajuk "Atsumori" dengan diiringi oleh komentar khas. Bersama-sama dengan persembahan itu, jamuan tengah hari yang disediakan khas oleh chef eksekutif kami akan juga dihidangkan. Di samping itu, demonstrasi Noh secara percuma akan diadakan di lobi utama hotel kami pada 22 dan 23 Jun.
 
Seni simbolik klasik bagi drama "Noh" telah dipersembahkan di Jepun selama lebih 600 tahun. Pergerakan dan lakonan yang sangat halus dalam Noh telah mempengaruhi pelbagai seni dan telah didaftarkan sebagai satu Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada tahun 2008. Pameran khas ini akan diadakan bukan sahaja untuk memperingati ulang tahun ke-45 operasi Keio Plaza Hotel, tetapi juga untuk menghiburkan tetamu yang melawat dari lebih 100 buah negara yang berlainan dengan menyediakan kepada mereka imbasan satu daripada bentuk seni yang sangat unik di Jepun.
 
Lebih 40 barangan seni berlainan yang berkaitan dengan Noh akan dipamerkan, termasuk 6 kostum dan 20 topeng yang dipakai dalam persembahan Noh sejak Era Edo (1603 hingga 1868), dan pelbagai barangan seni yang mendokumenkan bentuk seni Noh untuk tetamu hotel menikmatinya. Pada 22 dan 23 Jun dari pukul 2 petang, demonstrasi Noh akan dipersembahkan di kawasan lobi utama hotel kami untuk dinikmati oleh tetamu secara percuma.
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
 
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 buah restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang berkualiti tinggi, dan layanan yang mesra. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari di laman sesawang, YouTubeFacebook atau Instagram kami.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51352175&lang=en
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

 
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160531005472/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.