ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  SOFTBANK MENGELUARKAN FILEM WEB UNTUK MENYAMPAIKAN KECEMERLANGAN TELEFON PINTAR

Wednesday 01/06/2016

AsiaNet 64609

TOKYO, 1 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Telefon pintar menghubungkan Wanita Tua di Pulau yang Terpencil di Okinawa dengan cucu-cucu beliau di Osaka -
 
SoftBank Corp. mengeluarkan satu filem web pada 25 Mei untuk menyampaikan kecemerlangan telefon pintar kepada pengguna.
 
Video URL: https://youtu.be/yY12m7tjghI
 
Satu kisah yang mengharukan di dalam filem itu menampilkan seorang wanita tua yang tinggal di Pulau Tarama, sebuah pulau yang terpencil di Wilayah Okinawa, di mana kadar penembusan telefon pintar adalah rendah.
 
Beliau sangat merindui cucu-cucunya yang tinggal di Osaka, yang terletak jauh dari Tarama, kerana beliau dapat berjumpa dengan mereka hanya sekali dalam masa satu tahun. SoftBank menghasilkan peranti komunikasi pada asas percubaan yang membantu beliau mempunyai pengalaman maya menggunakan telefon pintar untuk melihat bagaimana cucu-cucu beliau sedang membesar. Dengan bantuan anak lelakinya dan isterinya, wanita itu  boleh dengan kerap melihat cucu-cucunya pada masa sekarang, dengan menggunakan peranti ini walaupun mereka berada jauh dari satu sama lain.
 
(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103854/201605311144/_prw_OI2fl_dJIYw587.png)
 
(Foto lain: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201605311144/)
 
- Filem bertemakan "Inovasi Analog"
Sebagai tindak balas kepada permintaan daripada mereka yang berkata: "Kami tidak boleh menggunakan telefon pintar dan tidak dapat melihat bagaimana cucu kami sedang membesar," SoftBank telah mengemaskinikan peranti analog yang digunakan orang tua. "Inovasi Analog" membolehkan wanita tua di Pulau Tarama itu mempunyai pengalaman maya menggunakan sebuah telefon pintar.
 
- Sebuah keluarga menikmati pengalaman "Inovasi Analog" di Tarama di mana telefon pintar tidak tersebar luas. Kisah di dalam filem itu berkisar di Pulau Tarama, sebuah kawasan di mana kadar penembusan telefon pintar adalah rendah. Seorang wanita tua yang tinggal di pulau itu menggunakan sebuah telefon bimbit yang biasa tetapi tidak pernah menghantar e-mel. SoftBank telah mengemaskinikan peranti analog yang beliau selalu gunakan ke dalam peranti komunikasi baharu yang walaupun mereka tidak biasa dengan peranti digital boleh dengan mudah menggunakannya, untuk bergabung dengan anaknya yang tinggal di Osaka, untuk membantu wanita itu membiasakan diri dengan telefon pintar.
 
- Video menunjukkan pengalaman "Inovasi Analog" beliau yang dikeluarkan secara dalam talian pada 25 Mei. Video dokumentari itu yang menunjukkan pengalaman "Inovasi Analog" bagi keluarga Tarama itu telah dikeluarkan secara dalam talian pada 25 Mei. Penonton boleh melihat bagaimana wanita warga emas di Pulau Tarama itu menggunakan peranti komunikasi baharu untuk berkomunikasi dengan lebih kerap dengan cucu-cucu beliau berbanding sebelum ini di mana beliau tidak berupaya untuk berhubungan dengan kerap.
 
Laman sesawang khas: http://www.softbank.jp/corp/special/personal-innovation-act/
 
Cerita pada video itu:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103854/201605311144/_prw_OA1fl_Z6QjWnVk.pdf


Sumber: SoftBank Corp.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.