ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KAD UNIONPAY MEMBAWA POTENSI YANG BESAR BAGI PASARAN PENGGUNA AUSTRALIA

Wednesday 01/06/2016

AsiaNet 64634

SHANGHAI, China, 1 Jun, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan perhubungan yang semakin rapat di antara rakyat China dan Australia, bukan sahaja pelancong perseorangan yang suka melancong ke Australia, tetapi juga semakin banyak syarikat China menganjurkan agar pekerja mereka melakukan perjalanan ke Australia, yang seterusnya membawa pertumbuhan pembelian yang berterusan kepada Australia.

Pada minggu lepas, Australia menerima kehadiran kumpulan pelancongan yang berskala besar yang terdiri daripada lebih 1,000 pelancong perniagaan China. Adalah diramalkan bahawa ia akan membawa kuasa membeli sekurang-kurangnya sebanyak AU$4 juta kepada Australia.

Pada masa ini, sebahagian daripada perusahaan China menganjurkan agar pekerja mereka berkunjung ke luar negara untuk tujuan melancong, mengadakan persidangan dan pembinaan pasukan. Oleh itu, bilangan pelancong dalam satu kumpulan lawatan tunggal adalah tinggi. Sementara itu, syarikat-syarikat ini dan peserta mempunyai kuasa membeli yang teguh, dan ingin membuat pembelian dengan menggunakan kad UnionPay, yang jelas menggalakkan pembelian di destinasi pelancongan.

Seorang pemandu pelancong daripada agensi pelancongan China berkata, "dengan peningkatan peniaga di luar negara yang menerima kad UnionPay dan pelbagai tawaran eksklusif untuk kad UnionPay, kadar pegangan kad bagi pelancong perniagaan dari China meningkat dengan ketara, dan jumlah purata pembelian dengan kad meningkat secara berterusan."

Pelancong China sanggup menghabiskan wang di Australia, yang nampaknya meningkatkan ekonomi tempatan. Menurut data yang diterbitkan baru-baru ini oleh Tourism Research Australia (TRA), jumlah pembelian yang dihasilkan oleh pelancong China di Australia pada tahun lepas adalah sebanyak AU$6.2 bilion, meningkat hampir tujuh kali ganda berbanding  10 tahun yang lalu.

Dengan berlatar-belakangkan senario ini, semakin ramai peniaga Australia telah menerima kad UnionPay sebagai satu cara untuk menarik pelancong. Pada masa ini, 80% daripada ATM tempatan dan 50% daripada peniaga tempatan menerima kad UnionPay, yang meliputi tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong. Antara itu, terdapat 160 ribu terminal POS menerima "QuickPass" UnionPay. Sementara itu, 97% daripada teksi menerima kad UnionPay.

Dalam tempoh setahun ini, pengguna akan menikmati faedah istimewa dengan kad UnionPay di Chinese Corner di Lapangan Terbang Melbourne. Ini adalah sebahagian daripada program keistimewaan baharu yang dilancarkan oleh UnionPay International, yang menampilkan diskaun istimewa di 100 kedai bebas cukai lapangan terbang antarabangsa, yang disayangi oleh ramai pelancong. Di samping itu, empat tarikan utama pelancong, termasuk dunia laut Sydney, taman hidupan liar, Madame Tussaud’s dan menara Sydney akan mendapat diskaun sehingga 40% dengan kad UnionPay.

Data daripada Biro Perangkaan Australia menunjukkan bilangan pelancong China yang berkunjung ke Australia pada tahun 2015 melebihi 1 juta buat pertama kalinya. Menjelang tahun 2020, jumlah ini akan meningkat kepada 1.4 juta, sekali gus menduduki tempat pertama di dalam sumber negara-negara bagi Australia.

Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/

Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.