ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  MANUFACTURING WORLD JAPAN 2016 - TEMPAT UNTUK PERALATAN TERMAJU BAGI SEMUA JENIS INDUSTRI PEMBUATAN

Thursday 02/06/2016



Memecahkan rekodnya sendiri! 2,350 pempamer dari 22 buah negara/ wilayah
 
TOKYO, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa Manufacturing World Japan 2016, pameran perdagangan yang terkemuka di Jepun bagi industri pembuatan, akan kembali di Tokyo Big Sight dari 22 Jun hingga 24 Jun, 2016 dengan skala yang terbesar dalam sejarahnya.
 
Dianjurkan dengan skala terbesar pernah diadakan!
 
Menurut sokongan yang besar daripada industri pembuatan di Jepun dan Asia, bilangan pempamer pada tahun 2016 dijangka mencecah 2,350* pempamer dari seluruh pelusuk dunia. Angka ini adalah yang terbesar dalam sejarah Manufacturing World Japan dan meningkat 5% dari tahun lepas.
 
Bilangan pengunjung dijangka mencapai 83,500* dan mereka akan mengerumuni tempat pameran semasa tempoh pameran selama 3 hari. Dari kaji selidik prapendaftaran pengunjung, motivasi pengunjung untuk membeli daripada pempamer adalah sangat tinggi. * jangkaan
 
Lebih ramai pempamer antarabangsa, tempat pertemuan yang besar untuk perniagaan global!
 
Bilangan pempamer antarabangsa bagi pameran 2016 dijangka mencapai 365* dan angka ini adalah peningkatan 14% dari tahun lepas. Ini adalah jumlah terbesar dalam sejarah Manufacturing World. "Fakta ini bermakna bahawa Manufacturing World berkembang untuk menjadi pameran perdagangan bertaraf dunia dan terdapat permintaan yang tinggi daripada pempamer antarabangsa untuk membangunkan perniagaan baharu dengan pengeluar Jepun," kata Takeshi Fujiwara, Pengarah Pameran bagi Manufacturing World. "Kami berharap agar terdapat sejumlah besar mesyuarat-mesyuarat yang berjaya di antara pempamer antarabangsa dan pengunjung Jepun di Manufacturing World Japan 2016 dan ia akan membawa kepada inovasi yang boleh membuat kereta, elektronik pengguna, kereta api, kapal terbang dan lain-lain lebih baik."  *jangkaan
 
Ini adalah pameran terbaik untuk mengalami produk paling canggih dan terkini di dunia bagi setiap orang yang bekerja di dalam industri pembuatan!
 
Keperluan untuk kualiti daripada pengeluar Jepun yang sememangnya terkenal sebagai amat tinggi, semua pempamer akan mempamerkan produk/ teknologi/ penyelesaian terkini mereka dengan kesemua kemahiran mereka. Walaupun Manufacturing World Japan telah diiktiraf sebagai tempat di mana produk/ teknologi/ penyelesaian yang berkualiti paling tinggi di dunia dihimpunkan untuk selama ini, Show Management sudah pasti bahawa pameran 2016 akan menjadi pameran yang paling menarik dalam sejarahnya yang menghimpunkan 2,350* pempamer. Jika anda ingin melihat kemahiran terbaik dalam pemprosesan logam/ pembikinan mikro oleh usaha dan sejarah pakar pertukangan, anda perlu datang dan melawat Manufacturing World Japan 2016. Jika anda mempunyai masalah dengan produk anda di mana anda telah bergelut untuk jangka masa panjang, anda tidak harus melepaskan peluang menyaksikan Manufacturing World Japan 2016. * jangkaan
 
Pendaftaran Pelawat kini dibuka! Mohon untuk Tiket Pameran bagi kemasukan secara  percuma!
 
Untuk kemasukan secara percuma ke Manufacturing World Japan 2016, pengunjung perlu memohon untuk pendaftaran pelawat melalui laman sesawang rasmi. Pendaftaran pelawat kini dibuka pada laman sesawang rasmi. Akses kepada URL berikut dan lengkapkan borang pendaftaran untuk Tiket Pameran.
 
Pendaftaran Tiket Pameran VIP (Hanya pelawat yang melebihi taraf pengurus):
http://www.japan-mfg.jp/en/vip/
 
Pendaftaran Tiket Pameran:
http://www.japan-mfg.jp/en/inv/
 
Permohonan Lawatan Berkumpulan (Kumpulan itu mengandungi lebih daripada 6 orang):
http://www.japan-mfg.jp/en/To-Visit_Tokyo/Group-Visit/
 
Maklumat mengenai Manufacturing World Japan 2016
 
Tarikh/ Tempat/ Penganjur  
Tarikh: 22 Jun (Rabu) – 24 Jun (Jumaat), 2016
Tempat: Tokyo Big Sight, Jepun
Dianjurkan oleh: Reed Exhibitions Japan Ltd.
 

Pameran diadakan di dalam Manufacturing World Japan 2016
 
- 20th Mechanical Components & Materials Technology Expo [M-Tech]
- 27th Design Engineering & Manufacturing Solutions Expo [DMS]
7th Medical Device Development Expo [MEDIX]
24th 3D & Virtual Reality Expo [IVR]
 

Pautan berkaitan 
Manufacturing World Japan 2016: http://www.japan-mfg.jp/en/
M-Tech: http://www.mtech-tokyo.jp/en/
DMS: http://www.dms-tokyo.jp/en/
MEDIX: http://www.medix-tokyo.jp/en/
IVR: http://www.ivr.jp/en/
 
Pangkalan Data Pempamer Dalam Talian – Enjin carian untuk pempamer & produk/ teknologi/ penyelesaian yang dipamerkan
http://www.japan-mfg.jp/en/eguide/
  
Maklumat mengenai Siri Manufacturing World  
Pameran Tokyo – edisi tahun ke-27
Pameran terbesar Jepun di dalam bidang ini. 2,350 pempamer, 83,500 pelawat (angka jangkaan)
 
Manufacturing World Japan 2016
Tarikh: 22 Jun (Rabu) - 24 Jun (Jumaat), 2016
Tempat: Tokyo Big Sight, Jepun
Laman sesawang rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/tokyo/
 
Pameran Osaka – edisi tahun ke-19
Pameran terbesar di pasaran Jepun Barat. 1,230 pempamer, 51,000 pelawat (angka jangkaan)
 
Manufacturing World Osaka 2016
Tarikh: 5 Oktober (Rabu) - 7 Oktober (Jumaat), 2016
Tempat: INTEX Osaka, Jepun
Laman sesawang rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/osaka/
 
Pameran Nagoya – edisi tahun kedua
Pameran terbesar di pasaran Jepun Tengah, pusat bagi industri pembuatan Jepun. 1,000 pempamer, 35,000 pelawat (angka jangkaan)
 
Manufacturing World Nagoya 2017
Tarikh: 12 April (Rabu) - 14 April (Jumaat), 2017
Tempat: Nagoya International Exhibition Hall (Portmesse Nagoya), Jepun
Laman sesawang rasmi: http://www.japan-mfg.jp/en/nagoya/
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51353355&lang=en
 
Hubungi
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Kenichi Matsumoto (Encik), +81-3-3349-8519
Manufacturing World Show Management
matsumotok001@japan-mfg.jp
FAKS: +81-3-3349-8530
 
Sumber : Reed Exhibitions Japan Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.