ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  MICHAEL KORS PEROLEH PEMEGANG LESEN GREATER CHINA

Thursday 02/06/2016



NEW YORK, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat itu telah memuktamadkan pengambilalihan Michael Kors (HK) Limited, pemegang lesen eksklusif Syarikat itu di China dan beberapa negara lain di Asia, pada 31 Mei 2016, dengan kos $500 juta dalam bentuk tunai, tertakluk kepada pelarasan tertentu.

Pengambilalihan itu telah diluluskan oleh ahli-ahli bebas dalam Lembaga Pengarah syarikat itu, atas syor sebuah Jawatankuasa Khas, yang terdiri daripada pengarah-pengarah bebas, yang bertanggungjawab untuk menilai syarat-syarat pengambilalihan. Jawatankuasa Khas itu mengekalkan penasihat kewangan dan perundangan bebas untuk membantu dalam menilai dan merundingkan pengambilalihan dan Perjanjian Pembelian. Perniagaan Greater China menjanakan jumlah pendapatan sebanyak $197 juta bagi tahun berakhir 31 Mac, 2016, dan mempunyai satu rangkaian terdiri daripada 91 syarikat yang mengendalikan kedai-kedai runcit dan enam lokasi runcit kembara, merentasi China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Bagi tahun kewangan 2017, perniagaan Greater China dijangka menyumbang kira-kira $200 juta kepada jualan runcit bersih, mencerminkan jualan bagi tempoh 10 bulan berikutan pemeteraian pengambilalihan itu. Pengambilalihan itu dijangka menjadi neutral kepada pendapatan sesaham pada GAAP, dan menambah kepada pendapatan sesaham atas dasar bukan GAAP, tidak termasuk kos pengambilalihan sekali sebanyak $15 juta. Pengambilalihan itu dijangka menyumbang kepada peningkatan pendapatan sesaham pada tahun kewangan 2018 dan selepas itu.

"Kami amat teruja mengenai pengambilalihan pemegang lesen Greater China kami," kata John D. Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Seperti yang anda tahu, kami telah bekerja bersungguh-sungguh sejak beberapa tahun yang lalu, dengan rakan kongsi berlesen kami di rantau ini, untuk membina infrastruktur, mewujudkan jenama, dan mengembangkan penerimaan Michael Kors di pasaran China. Kami percaya bahawa jenama kami semakin mendapat momentum yang teguh di China, oleh itu menjadikannya masa yang sesuai untuk kami mengintegrasikan wilayah ini ke dalam perniagaan kami dan mengambil kesempatan di atas potensi pertumbuhan yang besar di rantau ini."

PENGGUNAAN LANGKAH KEWANGAN BUKAN GAAP

Siaran berita ini termasuk langkah-langkah kewangan bukan GAAP yang tertentu yang berkaitan dengan kos sekali tertentu yang berkaitan dengan pengambilalihan pemegang lesen Greater China. Syarikat itu menggunakan langkah kewangan bukan GAAP, antara lain, untuk menilai prestasi operasi mereka dan untuk mewakili cara bagaimana Syarikat itu menjalankan dan melihat perniagaannya. Syarikat itu percaya bahawa dengan tidak memasukkan item yang tidak berulang membantu pengurusannya dan pelabur membandingkan prestasi operasi berdasarkan operasinya yang berterusan. Walaupun Syarikat itu menganggap langkah-langkah bukan GAAP itu berguna sebagai langkah tambahan dalam menganalisis keputusannya, ia tidak bertujuan untuk menggantikan, mahupun bertindak sebagai pengganti untuk, mana-mana jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan yang disatukan yang disediakan selari dengan GAAP Amerika Syarikat dan mungkin berbeza daripada langkah-langkah bukan GAAP yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat lain.

MAKLUMAT MENGENAI MICHAEL KORS

Michael Kors adalah seorang pereka terkenal dunia yang memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai. Syarikat itu yang mempunyai nama yang sama, yang ditubuhkan pada tahun 1981, pada masa ini menghasilkan pelbagai produk di bawah Michael Kors Collection, MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens, termasuk aksesori, kasut, jam tangan, barang kemas, pakaian sedia pakai dan barisan lengkap produk wangi-wangian. Kedai Michael Kors dikendalikan, sama ada secara langsung atau melalui rakan kongsi pelesenan, di bandar raya paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Anda tidak perlu terlalu bergantung kepada kenyataan seperti itu kerana ia adalah tertakluk kepada pelbagai ketidaktentuan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan operasi Syarikat dan persekitaran perniagaan, kesemuanya yang sukar diramal dan banyak daripadanya adalah di luar kawalan Syarikat. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk maklumat mengenai andaian atau kemungkinan keputusan masa hadapan bagi operasi Syarikat, termasuk perihal strategi perniagaannya. Kenyataan-kenyataan ini sering kali mengandungi perkataan seperti "boleh," "akan," "harus," "percaya," "jangkaan," "mencari," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "anggaran" atau ungkapan yang membawa maksud yang sama. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa Syarikat itu telah mengambil tindakan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan di dalam industri dan juga persepsi mengenai sejarah trend, keadaan semasa, perkembangan di masa hadapan dan faktor-faktor lain yang ia percaya adalah sesuai mengikut keadaan itu. Anda perlu memahami bahawa kenyataan-kenyataan ini tidak menjamin prestasi atau keputusan. Ia melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan andaian. Walaupun Syarikat itu percaya bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, anda harus sedar bahawa banyak faktor boleh menjejaskan keputusan kewangan yang sebenar atau keputusan operasi dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Faktor-faktor ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian "Faktor Risiko" dan di tempat lain di dalam Laporan Tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K untuk tahun kewangan yang berakhir pada 28 Mac, 2015 (No. Fail 001-35368), yang difailkan pada 27 Mei 2015 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Michael Kors Holdings Limited
Krystyna Lack, 201-691-6133
Naib Presiden, Bendahari dan Perhubungan Pelabur
InvestorRelations@MichaelKors.com
atau
ICR, Inc.
Jean Fontana, 203-682-1214
jean.fontana@icrinc.com
atau
Media:
ICR, Inc.
Alecia Pulman, 646-277-1231
KorsPR@icrinc.com

Sumber: Michael Kors

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160601005614/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.