ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TV SLING DAN DISH UMUMKAN PERJANJIAN PENTING DENGAN ZEE

Friday 03/06/2016




• Sling TV akan lancar 27 saluran baharu Zee, sembilan daripadanya akan juga disalurkan oleh DISH
• Saluran baharu akan menawarkan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Arab, Bengali, Bhojpuri, Hindi, Marathi, Oriya, Portugis, Rajasthani, Sepanyol, Tamil dan Urdu
• Sling TV akan menjadi pembekal eksklusif bagi perpustakaan atas permintaan premium Zee
 
ENGLEWOOD, Colo., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sling TV dan DISH hari ini mengumumkan satu perjanjian pembaharuan jangka panjang dengan Asia TV USA, Ltd., sebahagian daripada kumpulan "Zee" dari India dan sebuah pembekal terkemuka bagi program Asia Selatan. Selain memperbaharui 10 saluran Zee yang berjenama yang telah ditawarkan pada Sling TV dan DISH, perjanjian baharu itu termasuk penambahan 27 saluran baharu Zee seperti &TV, Living Foodz, Zee Bangla, Zee Tamizh dan Zee Cinema HD.
 
Siaran Berita Smart ini menampilkan ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20160602006461/en/
 
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Sling TV dan DISH akan menjadi penyedia eksklusif di Amerika Syarikat bagi perpustakaan atas permintaan premium Zee, yang termasuk filem dan lebih 400 tajuk video tambahan yang popular. Dari semasa ke semasa, Sling TV akan menjadi penyedia over-the-top (OTT) eksklusif di Amerika Syarikat bagi semua kecuali satu saluran Asia Selatan Zee. Pada bulan-bulan akan datang, Zee akan mengalihkan penonton daripada perkhidmatan terus ke pengguna mereka kepada Sling TV atau kepada akses yang disahkan sahaja.
 
"Perjanjian kami dengan Zee membolehkan kami untuk menyediakan sejumlah besar hiburan bagi kandungan Asia Selatan kepada peminat, di samping memberikan pelanggan dengan cara yang lebih kemas untuk mengakses dan menikmati kedua-dua kandungan atas permintaan dan linear," kata Chris Kuelling, naib presiden kanan bagi pengaturcaraan untuk Sling TV dan Dish. "Zee berkongsi matlamat kami untuk mengembangkan pasaran Asia Selatan, dan bersama-sama kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti ini, dan juga kumpulan bahasa lain yang disampaikan oleh Zee."
 
"DISH telah menjadi sebuah rakan semula jadi dan sekutu sejak 18 tahun lepas, dan Sling TV adalah setakat ini merupakan perkhidmatan OTT yang paling komprehensif yang disediakan kepada penonton sasaran kami," kata Sameer Targe, ketua perniagaan, Zee Amerika. "Amerika Syarikat adalah sebuah pasaran TV berbayar yang matang dan mengendalikan sebuah perniagaan terus ke pengguna boleh menjadi inisiatif margin yang rendah atau negatif, oleh itu ia masuk akal untuk menjajarkan strategi pertumbuhan kami dengan mengembangkan penawaran kami dan bekerjasama dengan Sling TV sebagai platform OTT kami yang terpilih."
 
Untuk memperluaskan pilihan yang ada bagi peminat kandungan Asia Selatan, Sling TV dan DISH melancarkan satu "Pek Hindi Gold," yang baharu yang akan mengandungi kesemua saluran Hindi Zee, dan ditambah dengan saluran Hindi terkemuka yang lain. Di samping itu, &TV, satu daripada saluran Hindi yang paling diminta oleh pelanggan semasa Sling TV dan DISH, akan ditambah kepada barisan yang sedia ada. Kandungan atas permintaan Zee akan disediakan tanpa dikenakan bayaran tambahan kepada pelanggan DISH dan Sling TV dengan Pek Hindi Gold.
 
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, DISH dan Sling TV juga akan menambahkan dua saluran berbahasa Sepanyol, Z Living Español dan Zee TV Español, dan dua saluran berbahasa Brazil, Zee TV Portuguese dan Z Living Portuguese, kepada senarai mereka masing-masing. Saluran baharu Sepanyol itu boleh didapati pada pakej DISH di DishLATINO Clasico, DishLATINO Dos, DishLATINO Plus dan DishLATINO Max, dan pakej TV Sepanyol Terbaik di Sling Latino.
 
Zee Alwan dan Zee Aflam, dua saluran Arab yang popular, juga akan dilancarkan di DISH Arab Super Elite dan Pek Mosaic Arab di Sling TV.
 
Maklumat lanjut mengenai pakej antarabangsa Sling TV boleh didapati di sini, dan maklumat mengenai pakej Sling Latino boleh didapati di sini. Butiran bagi pakej DISH boleh didapati di sini.
 
Maklumat mengenai Zee:

Zee Entertainment Enterprises Limited merupakan satu daripada syarikat televisyen, media dan hiburan yang terkemuka di India. Ia adalah perintis dalam industri hiburan televisyen di India dan antara pengeluar terbesar dan agregator pengaturcaraan Hindi di dunia. Melalui kehadirannya yang kukuh di seluruh dunia, ZEEL menghiburkan lebih 1 bilion penonton merentasi 172 buah negara.
 
Maklumat mengenai Sling TV

Sling TV L.L.C., sebuah anak syarikat DISH Network Corporation (NASDAQ: DISH), menyediakan perkhidmatan televisyen over-the-top, termasuk pengaturcaraan tempatan dan antarabangsa secara langsung dan atas permintaan. Ia boleh didapati di televisyen, tablet, komputer, telefon pintar dan peranti penstriman yang lain. Sling TV menawarkan dua perkhidmatan penstriman, yang secara kolektif termasuk kandungan program dari Disney/ ESPN (perkhidmatan satu aliran sahaja), Fox (perkhidmatan pelbagai aliran sahaja), HBO, AMC, A&E, Turner, Scripps, EPIX dan Univision. Sling Latino menawarkan satu suite kendiri dan tambah nilai pakej pengaturcaraan berbahasa Sepanyol yang disesuaikan bagi isi rumah yang kebanyakannya berbahasa Inggeris, dwibahasa  dan berbahasa Sepanyol. Sling International pada masa ini menyediakan lebih 250 saluran dalam 20 bahasa merentasi pelbagai peranti kepada isi rumah Amerika Syarikat. Sling TV adalah satu perkhidmatan generasi akan datang yang memenuhi keperluan hiburan bagi penonton kontemporari pada hari ini. Layari www.Sling.com.
 
Ikuti @Sling di Twitter: http://www.twitter.com/Sling #TakeBackTV
 
Maklumat mengenai DISH

DISH Network Corp. (NASDAQ: DISH), melalui anak syarikatnya, menyediakan kira-kira 13.874 juta pelanggan TV berbayar, setakat 31 Mac, 2016, dengan pengaturcaraan dan teknologi yang berkualiti tinggi dengan pilihan yang paling banyak pada nilai terbaik. DISH menawarkan satu barisan definisi tinggi dengan lebih 200 saluran HD nasional, saluran-saluran bersifat paling antarabangsa dan teknologi HD dan DVR yang memenangi anugerah. DISH Network Corporation adalah sebuah syarikat Fortune 250. Layari www.dish.com.
 
Langgan kepada pemberitahuan e-mel DISH: http://about.dish.com/alerts
 
Ikuti @DISHNews di Twitter: http://www.twitter.com/DISHNews
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160602006461/en/
 
Hubungi
Sling TV
Karen Modlin, 303-723-1850
Karen.Modlin@dish.com
 
Sumber: Sling TV
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.