ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  NTT COMMUNICATIONS DIPILIH SEBAGAI OPERATOR BORONG TERBAIK PADA ANUGERAH KOMUNIKASI ASIA 2016

Friday 03/06/2016



TOKYO, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai "Operator Borong Terbaik" pada Anugerah Komunikasi Asia 2016 di Singapura pada 1 Jun.
 
Dilancarkan pada tahun 2011 Anugerah Komunikasi Asia mengiktiraf syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang memacukan kejayaan bagi industri telekom yang berpangkalan di Asia kepada audiens di peringkat global. Sejak pelancarannya, anugerah itu telah mendapat pengiktirafan yang mengagumkan dan kini ia benar-benar satu tanda yang dihormati berhubung pencapaian di dalam industri itu. Dianjurkan oleh Total Telecom, Anugerah Komunikasi Asia dimodelkan pada Anugerah Komunikasi Dunia yang telah mencapai kejayaan luar biasa, yang mencerminkan kebebasan sengit mereka dalam memastikan pemimpin sebenar diberikan pengiktirafan. Dianjurkan secara tahunan Anugerah Asia Komunikasi kali kelima itu telah diberikan kepada pembawa dan vendor yang cemerlang di Asia oleh Total Telecom, kumpulan penerbitan telekomunikasi utama di rantau itu. Satu panel pakar-pakar telekom telah memilih pemenang dalam 16 kategori.
 
NTT Com dinamakan sebagai Operator Borong Terbaik untuk kali ketiga. Anugerah itu mengiktiraf bahawa NTT Com menunjukkan satu komitmen yang kuat untuk melabur dalam teknologi seperti IPv6 dan Rangkaian Tentuan Perisian (SDN), dan juga dalam perkhidmatan pelanggan dan kepuasan melalui rangkaian pusat-pusat operasi di seluruh dunia. "Kadar pengekalan pelanggan yang tinggi menjelaskan banyak perkara," kata seorang daripada hakim itu. "Penyertaan NTT Com menunjukkan bahawa ia mempunyai skala dan juga usaha untuk kekal di hadapan persaingan." Bukti mendapat pelanggan baharu semasa tempoh penyertaan turut mengagumkan panel berkenaan.
 
Selain Global IP Network Tier-1 mereka, NTT Com sedang mengembangkan perniagaan borong mereka untuk pusat data Enterprise Cloud dan Nexcenter™ dengan perkongsian seperti PLDT di Filipina dan wilayah lain di mana permintaan yang tinggi wujud di kalangan syarikat yang ingin mengembang dan meningkatkan perniagaan mereka.
 
*Global IP Backbone NTT Com disenaraikan sebagai rangkaian #1 di Asia dan  tulang belakang #2 di dunia dari segi jumlah awalan rangkaian, menurut Dyn Research. (sehingga Mei 2016)

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, sila layari www.ntt.com/strength/leader/data/awards.html
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 IP global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT  Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
 
Untuk maklumat lanjut:

Asia dan Oceania: www.ntt.com | Twitter@NTTCom | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Amerika Syarikat dan benua Amerika: www.us.ntt.net | Twitter@NTT_America #globalipnetwork

Eropah, Timur Tengah dan Afrika: www.eu.ntt.com | Twitter@NTT_Europe

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51354553&lang=en
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications Corporation
Cik Yuko Miyamoto / Cik Hana Tsuchiya, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam

Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160602006725/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.