ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  MAJLIS KESENIAN TOKYO UMUM SENARAI PROGRAM KEBUDAYAAN TRADISIONAL UNTUK TAHUN KEWANGAN 2016

Friday 03/06/2016



AsiaNet 64655
 
TOKYO, 3 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Majlis Kesenian Tokyo di bawah sayap Yayasan Metropolitan Tokyo bagi Sejarah dan Kebudayaan akan mengadakan pelbagai program, termasuk satu festival luaran besar-besaran untuk menggalakkan budaya tradisional Jepun dan seni persembahan, dan satu siri bengkel/ pertunjukan yang disasarkan bagi pelawat asing di tempat-tempat tarikan pelancong di kawasan metropolitan Tokyo.
 
Majlis itu mengadakan pelbagai projek dan program baharu yang berinovatif untuk akses yang mudah dan keseronokan bagi budaya tradisional dan seni persembahan yang tulen. Program-program ini ditujukan kepada mereka yang tidak biasa dengan budaya tradisional dan seni persembahan, pelawat asing, dan anak-anak yang bertanggungjawab untuk masa hadapan budaya tradisional. Barisan program berikut akan diadakan pada tahun fiskal 2016 hingga Mac 2017.
 
(Logo1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103803/201606021276/_prw_OI1fl_5077Z5Ed.jpg)
 
 
(Logo2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103803/201606021276/_prw_OI2fl_Y974R6jY.jpg)
 
1. Festival
Kami akan mengadakan satu festival yang menyampaikan tarikan budaya tradisional untuk kedua-dua di dalam dan di luar Jepun. Festival itu akan memudahkan orang ramai untuk mengalami budaya tradisional, di samping menyaksikan keunikan dan kepelbagaian Tokyo. Sebagai satu usaha baharu pada tahun ini, kami akan mengadakan acara-acara seperti sebuah festival yang diadakan di kawasan Hachioji sambil memaksimumkan sumber budaya di wilayah Tama.
 
2. Program untuk pelawat asing
Di lokasi-lokasi seperti tarikan pelancong di kawasan metropolitan Tokyo, kami akan mengadakan program ringkas yang boleh diakses yang membolehkan pelawat asing untuk mengalami budaya tradisional dan seni persembahan Jepun. Kami juga akan mengadakan program-program tulen yang menggabungkan pengalaman amali dengan melihat persembahan.
 
3. Konsert seni persembahan tradisional
Dalam usaha untuk memperluaskan penyampaian tarikan budaya tradisional dan seni persembahan Jepun, kami akan mengadakan pertunjukan seni persembahan tradisional tulen yang mudah untuk difahami agar generasi muda dan pelawat asing boleh menjadi biasa dengan budaya tradisional dan seni persembahan.
 
4. Program untuk kanak-kanak
Dalam usaha untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk berhubungan dengan budaya tradisional dan seni persembahan Jepun, kami akan mengadakan program pengalaman amali di sekolah-sekolah di Tokyo, dan program-program yang menggabungkan pengajaran selama beberapa bulan di kemudahan seperti di teater Noh di Tokyo dengan pembentangan hasil program.
 
(Dokumentasi:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103803/201606021276/_prw_OA1fl_3z8s4dK6.pdf)
 
Laman sesawang rasmi: http://www.tokyo-tradition.jp/eng/
 
Sumber: Majlis Kesenian Tokyo
                Yayasan Metropolitan Tokyo bagi Sejarah dan Kebudayaan
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.