ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  HERBALIFE KEMBALI SEBAGAI PENAJA UTAMA TRIATLON ANTARABANGSA BALI 2016

Tuesday 07/06/2016



JAKARTA, Indonesia, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global (NYSE: HLF), hari ini mengumumkan bahawa ia adalah penaja utama bagi Triatlon Antarabangsa Bali 2016. Kini secara rasminya  dinamakan Triatlon Antarabangsa Bali Herbalife 2016, acara itu akan diadakan di lokasi baharu - Pantai Mertasari, Sanur, Bali, dan akan diadakan pada 14 Ogos 2016.
 
"Sepanjang tempoh lapan tahun yang lalu, kami amat berbangga untuk menyokong Triatlon Antarabangsa Bali dan merupakan penaja utama untuk dua tahun berturut-turut," kata Andam Dewi, pengurus besar  Herbalife Indonesia. "Ini adalah antara komitmen kami  dalam menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui pemakanan seimbang serta senaman. Di samping itu, acara itu akan memupuk kecemerlangan di kalangan atlet triatlon Indonesia, dan meningkatkan imej sukan Indonesia di arena serantau dan antarabangsa."
 
Sebagai penaja utama, Herbalife akan memberi sokongan kepada peserta triatlon dengan menyediakan  produk pemakanan untuk diambil semasa dalam latihan sama ada sebelum,  semasa dan selepas acara.
 
Acara ini merupakan antara triatlon yang paling digemari di Indonesia, terkenal dengan lokasi ikonik dan pengalaman perlumbaan yang tiada tandingannya. Ia juga telah memenangi beberapa anugerah, termasuklah "Destinasi Triatlon Terbaik." Tahun ini, dengan tempat baharu yang merupakan salah satu lokasi yang gah nan indah di Sanur, serta kerjasama dengan Festival Perkampungan Sanur ke-11,  nampaknya ia sudah bersedia untuk melonjak jauh untuk menjadi salah satu  acara triatlon  yang terbesar di rantau ini.
 
Triatlon Antarabangsa Bali Herbalife 2016 akan menampilkan tiga pertandingan yang berbeza dari segi kesukaran: Olimpik (renang 1.5km, 40km berbasikal, larian 10km), Pecut (500m berenang, 20km berbasikal, larian 5km) dan 5km Fun Run. Pendaftaran boleh dibuat di www.balitriathlon.com dan dibuka kepada peserta dari Indonesia dan di luar negara.
 
Maklumat mengenai Herbalife
 
Herbalife ialah sebuah syarikat nutrisi bertaraf dunia yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya yang hebat sejak tahun 1980. Produk pemakananpengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan produk penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui Ahli Bebas Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk menangani masalah obesiti di seluruh global dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, satu-satu latihan dengan Ahli Herbalife dan komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup sihat dan aktif.
 
Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh pelusuk dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain.
 
Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih AS$4.5 bilion pada tahun 2015.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160603005199/en/
 
Hubungi
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643
Naib Presiden, Perhubungan Korporat, Asia Pasifik
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife Asia Pasifik
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.