ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KUBOTA, NTT DAN NTT COMMUNICATIONS AKAN MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN ICT BAGI PERTANIAN DAN INFRASTRUKTUR AIR

Tuesday 07/06/2016



Bertujuan untuk mengukuhkan daya saing pertanian dan meningkatkan taraf hidup
 
TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kubota Corporation, Nippon Telegraph and Telephone Corporation (NTT) dan NTT Communications Corporation (NTT Com) hari ini mengumumkan satu perjanjian, berkuatkuasa serta merta, untuk menggabungkan penyelesaian infrastruktur Kubota bagi pertanian dan pengurusan air, keupayaan penyelidikan dan pembangunan NTT, dan perkhidmatan ICT dari NTT Com dan syarikat-syarikat Kumpulan NTT yang lain untuk meningkatkan daya saing pertanian dan meningkatkan taraf hidup.
 
Penyelidikan dan pembangunan akan memberi tumpuan kepada mewujudkan penyelesaian pertanian yang membolehkan ladang-ladang untuk menggambar dan menguruskan perniagaan pertanian mereka dengan lebih baik, termasuk melalui peningkatan kecekapan dan automasi, dan penyelesaian air yang membolehkan pemantauan dan pengurusan sumber air yang lebih cekap.
 
Penyelesaian itu akan menggabungkan dengan pelbagai jentera pertanian termaju, sistem sokongan ladang dan infrastruktur air dari Kubota; perkhidmatan awan dan keselamatan global dari NTT Com; teknologi tanpa wayar, cuaca dan peta maklumat dan perkhidmatan ICT yang lain daripada Kumpulan NTT; kecerdasan buatan, termasuk sistem pengesanan kegagalan corevo™ yang memanfaatkan teknologi AI dan IoT  yang dibangunkan oleh NTT bagi Internet Untuk Segala-galanya dan data yang besar.
 
Kubota mempercepatkan perniagaan global mereka dalam bidang termasuk jentera pertanian dan pengurusan air di bawah satu strategi penyusunan semula perniagaan yang diberi nama Global Major Brand Kubota. Syarikat itu mengukuhkan pembangunannya dalam teknologi dan penyelesaian pertanian, seperti Sistem Pertanian Pintar Kubota yang memanfaatkan ICT bagi pengurusan pertanian yang dipertingkatkan.
 
NTT sedang meningkatkan keupayaannya yang menyeluruh sebagai sebuah rakan nilai untuk pelanggan dengan bekerjasama rakan-rakan untuk membangunkan inisiatif "Inovasi Bersama" yang berasaskan ICT. Satu bidang perniagaan strategik baharu mereka adalah pertanian, di mana ia bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain, termasuk melalui Projek Lintas Kumpulan NTT.
 
NTT Com membantu pelanggan dengan transformasi digital bagi perniagaan mereka. Secara khusus, NTT Com mengoptimumkan persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian yang berinovatif yang menggabungkan perkhidmatan tanpa gangguan global untuk awan, colocation atau sebuah kemudahan pusat data, rangkaian, aplikasi, keselamatan dan ICT terurus.
 
Maklumat mengenai Kubota Corporation
 
Kubota Corporation (TSE: 6326) adalah satu daripada pengeluar terkemuka di Jepun bagi pelbagai jenis jentera dan produk industri dan pengguna yang lain. Sejak tahun 1890, Kubota Corporation telah menawarkan pelbagai produk termasuk peralatan ladang, enjin, jentera pembinaan, jentera yang dilengkapi elektronik, produk berkaitan paip, produk berkaitan dengan alam sekitar, dan produk yang berkaitan infrastruktur sosial untuk menyumbang kepada memperbaiki kehidupan manusia dan masyarakat. Dengan barisan produk yang luas dan kekuatan menyeluruh yang unik, Kubota Corporation hadir di lebih 110 negara dan berusaha untuk menyelesaikan masalah di seluruh dunia yang berkaitan dengan makanan, air dan alam sekitar, yang sangat diperlukan oleh manusia sejagat. 
Sila layari http://www.kubota-global.net/index.html untuk berita terkini dan maklumat lanjut.
 
Maklumat mengenai Nippon Telegraph and Telephone Corporation
 
Kumpulan NTT menyampaikan teknologi canggih dan penyelesaian berinovatif dalam perangkaian, komunikasi perisian, dan pengkomputeran awan yang membantu mengubah perniagaan, kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia. 
Kumpulan NTT akan menyediakan perkhidmatan yang mudah, diperkaya dan boleh dipercayai untuk menyokong pelanggan sebagai "Rakan Nilai" yang akan terus dipilih oleh pelanggan mereka. Pada hari ini, 80% daripada syarikat Fortune 100 bergantung kepada Kumpulan NTT sebagai rakan perniagaan mereka. Kumpulan NTT menjana lebih $105 bilion dalam jualan tahunan, mempunyai lebih 233 pusat data dan mempunyai lebih 240,000 orang profesional yang bekerja di 88 buah negara.
www.ntt.co.jp | NTT Group@Twitter | NTT Group@Facebook |NTTGroup@Instagram | NTT Group@LinkedIn
 
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
 
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 IP global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT  termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
Kubota Corporation
Pejabat Perhubungan Awam
Tel: +81 6 6648 2389
atau
Kubota Corporation
Pejabat Perhubungan Awam di Tokyo
Tel: +81 3 3245 3052
atau
Nippon Telegraph and Telephone Corporation
Perhubungan Awam
Tel: +81 3 5205 5550
atau
NTT Communications Corporation
Perhubungan Awam
Perancangan Korporat
Tel: +81 3 6700 4010


Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160606006604/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.