ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  700 PENCIPTA INDIVIDU DAN 190 SYARIKAT PRODUKSI AKAN BERHIMPUN DI BAWAH SATU BUMBUNG - CONTENT TOKYO 2016

Tuesday 07/06/2016



TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dari 29 Jun hingga 1 Julai CONTENT TOKYO, pameran perdagangan yang terbesar di Jepun bagi perniagaan kandungan akan diadakan di Tokyo. Pada ekspo ini, 700 pencipta individu dan 190 syarikat produksi yang tidak ada tandingannya dalam pelbagai genre akan berkumpul.

Skala terkemuka dunia! Sebanyak 700 pencipta akan berkumpul - Ekspo Pencipta ke-5

Dalam Ekspo Pencipta yang telah mengembangkan skalanya pada setiap tahun, pelbagai pencipta seperti pelukis ilustrasi, penulis, pereka, pemaju permainan, pencipta bunyi, dan lain-lain akan berkumpul. Banyak bakat baharu yang sedang meningkat naik ditemui di sini setiap tahun dan banyak perniagaan telah dihasilkan.

Daripada syarikat-syarikat utama kepada mereka yang unik - 190 syarikat produksi akan berkumpul di Ekspo Syarikat Produksi ke-4

Pada Ekspo Syarikat Produksi, sebanyak 190 syarikat produksi akan mengadakan pameran di 10 zon:

-Zon Permainan
- Zon Web/ App
- Zon Gambar Video/ CG
- Zon Iklan/ Reka Bentuk/ Percetakan
- Zon Sokongan Perniagaan Isi Kandungan
- Zon Muzik/ Bunyi
- Zon Buku/ Majalah
- Zon Anime/ Manga
- Zon Am
- Zon Kerajaan Tempatan.

Pengunjung boleh membuat pesanan kandungan produksi dan mencari rakan kongsi untuk penghasilan bersama dengan mendalami teknologi pameran dan kandungan mereka.

1,530 pempamer berkumpul di 6 pameran di bawah CONTENT TOKYO

Selain ekspo syarikat produksi ke-4 dan Ekspo Pencipta ke-5, LICENSING JAPAN ke-6, pameran terbesar di Jepun bagi perniagaan pelesenan watak/ jenama, Ekspo Teknologi Kandungan Termaju, di mana perhimpunan bagi kesemua teknologi terkini untuk isi kandungan, Ekspo Penyelesaian Kandungan ke-4, dan Ekspo Pemasaran Kandungan ke-2 akan diadakan serentak. Dalam kesemua 6 pameran ini, 1,530 pempamer akan berhimpun. Berikut adalah acara-acara yang wajib dihadiri bagi mereka yang terlibat di dalam industri  kandungan.

Lihat senarai pempamer dan barang pameran secara dalam talian! Akses sekarang >>> www.content-tokyo.jp/en/eguide/

Jangan terlepas persidangan oleh pemimpin-pemimpin industri (masuk adalah percuma)

Encik David Lee dari Netflix, Cik Sandra Karpman dari Pixar Animation Studios, Encik Katsuro Onoue, pengarah filem “Attack on Titan", dan lain-lain akan berucap. Akses laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut dan hantar permohonan sebelum ia habis ditempah.

Daftar sekarang untuk mendapatkan tiket pameran percuma!

Anda boleh memasuki kesemua 6 pameran dengan menggunakan hanya satu tiket CONTENT TOKYO 2016.

Daftar hari ini! >> www.content-tokyo.jp/en/inv/

*Jumlah pempamer dalam siaran berita ini adalah sekadar satu jangkaan.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51357215&lang=en

Hubungi
CONTENT TOKYO Show Management
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Itsuki Imamura, +81-3-3349-8519
visitor-eng.content@reedexpo.co.jp

Sumber: CONTENT TOKYO

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160607005802/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.