ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KUMPULAN MENARINI DAN MSD MELANJUTKAN PERKONGSIAN GLOBAL UNTUK RANTAU ASIA PASIFIK

Thursday 09/06/2016



SINGAPURA, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd (“Menarini Asia-Pacific”) yang berpangkalan di Singapura dan MSD telah memulakan perkongsian pelbagai tahun bagi Menarini Asia-Pacific untuk mengambil alih jualan, pemasaran dan pengedaran bagi beberapa jenama farmaseutikal MSD di rantau Asia Pasifik sejak Januari 2016.

Perkongsian itu melibatkan enam (6) buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Brunei dan Macau dengan jualan tahunan melebihi USD70 juta(1) yang berpotensi diperluaskan ke pasaran Asia Pasifik utama yang lain. Perkongsian itu meliputi satu portfolio bagi jenama-jenama yang diiktiraf di kalangan pakar-pakar perubatan dan pesakit, dari Kardiologi, Pernafasan dan Kesihatan Wanita kepada Sistem Saraf Pusat dan Dermatologi. Sebelum perjanjian ini, Menarini dan MSD telah membangunkan perkongsian yang serupa dalam beberapa pasaran lain di Eropah.

"Menarini teruja mengenai perkongsian yang diperluaskan itu kepada Rantau Asia Pasifik yang akan membantu mengukuhkan lagi kerjasama global kami dengan MSD. MSD adalah sebuah rakan yang berkongsi nilai teras yang sama dalam menegakkan budaya integriti dan mengekalkan standard etika yang paling tinggi dalam cara kami menjalankan perniagaan. Portfolio MSD bukan sahaja melengkapkan jenama kami yang sedia ada dan mengembangkan kategori terapeutik kami dan, berikutan kehadiran dan keupayaan kami yang meluas di Rantau itu, saya yakin bahawa ia akan membolehkan kami untuk mempercepatkan pertumbuhan kami, kata Dr. Luca Lastrucci, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Asia-Pacific.

"Menarini telah menjadi sebuah rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk MSD dengan nilai-nilai sama yang dikongsi bersama, satu tapak jualan dan pemasaran  yang mantap, dan rekod perkhidmatan yang cemerlang di rantau itu. Kami yakin bahawa mereka akan mengembangkan jenama-jenama ini dan meningkatkan akses bagi pesakit kepada ubat-ubatan penting ini," kata Jan Van Acker, Presiden, MSD Asia Pasifik.

Maklumat mengenai Menarini Asia-Pacific

Menarini Asia-Pacific adalah sebuah ahli Kumpulan Menarini, iaitu syarikat biofarmaseutikal Itali yang terbesar di dunia, dan menyediakan pakar-pakar perubatan dan profesional penjagaan kesihatan dengan maklumat perubatan dan saintifik dengan kecekapan, ketepatan dan standard etika yang paling tinggi dalam kesemua proses kerja mereka". Menarini mempunyai sejarah lebih 130 tahun dan lebih 16,000 orang pekerja di lebih 100 buah negara. Visi Menarini Asia-Pacific adalah untuk menjadi sebuah pembekal terkemuka bagi jenama-jenama penjagaan kesihatan yang penting untuk meningkatkan kehidupan orang ramai di rantau itu. Menarini Asia-Pacific beroperasi merentasi ke seluruh rantaian nilai komersil, daripada pembangunan klinikal, kelulusan kawal selia dan pelancaran produk kepada pengurusan kitaran hayat dengan pelbagai portfolio bagi proprietari dan pekongsi jenama dalam bidang terapeutik utama, termasuk Kesihatan Pengguna, Dermatologi, Alahan/ Pernafasani, Kardiovaskular, Onkologi/ Penjagaan Khusus dan Kesihatan Lelaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai Menarini Asia-Pacific, sila layari: www.menariniapac.com

(1)IMS MIDAS MAT Q4 2015

Hubungi
Bagi pihak A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd:

Jennifer Lin, +65-64943427
Pengurus Kanan Penjenamaan Korporat & Komunikasi Serantau
JenniferCW.lin@menariniapac.com


Sumber: A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160609000000/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.