ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  SHENZHEN 100 DITONJOLKAN PADA PERSIDANGAN PELABUR HONEYWELL INTERNATIONAL

Wednesday 15/06/2016



Ketua Pegawai Eksekutif Shunee Yee memberikan butiran mengenai peranan Shenzhen dalam prospek ekonomi China

 

BEIJING, 15 June (Bernama-BUSINESS WIRE) -- China adalah satu daripada tapak yang paling pesat berkembang untuk pelaburan asing, itu adalah persetujuan ramai yang diperolehi pada satu persidangan pelabur antarabangsa yang mengumpulkan pemimpin-pemimpin dana antarabangsa dan bank.

Ketua Pegawai Eksekutif CSOFT Shunee Yee bercakap dengan panjang lebar mengenai peranan yang akan dikendalikan oleh Shenzhen dalam memacukan pertumbuhan ekonomi China pada masa akan datang, terutamanya ketika negara itu menyesuaikan diri kepada satu pembangunan ekonomi "normal yang baharu". Beliau menekankan bahawa Shenzhen, hab yang tiada tandingan untuk inovasi dan keusahawanan China, akan menjadi pemain utama di dalam menaik taraf ekonomi China dan industri pembuatan bagi sebuah era perniagaan yang bersifat global.

Sejak dipilih sebagai tapak zon ekonomi khas (SEZ) China yang pertama pada tahun 1980, Shenzhen telah berkembang dengan pesat. Hari ini, latar langitnya yang berkilauan memperlihatkan asal-usul bandar raya itu yang daif sebagai sebuah perkampungan nelayan wilayah sebelum pemimpin-pemimpin China memilihnya sebagai satu eksperimen ekonomi yang terbesar di dunia. Yee memperkatakan penunjuk utama yang menggambarkan janji ekonomi Shenzhen yang telah terbukti. Pelaburan penyelidikan dan pembangunannya sebagai satu peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (4.05%) adalah hampir dua kali ganda daripada Amerika Syarikat (2.7%). Keputusannya adalah jelas: syarikat-syarikat Shenzhen memiliki lebih banyak paten teknologi berbanding bandar raya lain di China, dan bandar raya itu telah meletakkan insentif untuk menarik dan mengekalkan kelompok manusia yang paling berbakat di negara itu.

"Bandar raya Shenzhen menghantar satu mesej kepada anda: anda boleh melakukan lebih banyak lagi; anda perlu berusaha lebih gigih," kata Yee, dengan memetik Paul Graham, pengaturcara dan usahawan di belakang Viaweb.

Antara yang hadir pada persidangan pelabur itu ialah John G. Inch, pengarah urusan bagi Deutsche Bank; Stephen Tusa, pengarah urusan J.P. Morgan; Nigel Coe, pengarah urusan Morgan Stanley, dan ramai tetamu kehormat yang lain.

Persidangan itu juga menampilkan panel dengan pakar-pakar dan pemimpin perniagaan daripada pihak China. Satu panel membincangkan "Ekonomi Baharu" China memaparkan Dele Liu, presiden Youku Tudou, satu daripada platform hos video dan penstriman yang terbesar di dunia, dan Julian Ma, naib presiden korporat bagi Tencent, pembuat app yang popular WeChat. Dalam ucapan mereka, mereka menekankan kuasa kelas pertengahan yang sedang pesat berkembang di China: kelas pengguna yang akan menuntut jenis perkhidmatan yang baharu dan industri berteknologi tinggi dan berkembang ke hadapan sebuah ekonomi yang kompetitif dan teknologi terkini di peringkat global.

Zhang Xinguo, naib presiden AVIC, satu daripada perusahaan milik kerajaan (SOE) yang paling penting di China mengulas mengenai keperluan untuk memodenkan aspek-aspek ekonomi China yang tidak efisien dengan mengintegrasikan teknologi dan amalan pengurusan antara disiplin dengan operasi perniagaan tradisional.

"Sebelum ini, SOE-SOE adalah cukup besar tetapi selalunya ia tidak sihat...kita perlu memaksimumkan nilai kreatif dan keuntungan kita," kata Zhang.

Zhang juga memaklumkan bahawa inisiatif "Buatan China 2025", yang bertujuan memodenkan sektor pembuatan China dengan mengintegrasikan Internet Untuk Segala-galanya dan pembuatan berautomatik ke dalam operasi yang sedia ada sebagai satu peluang cerah untuk mengukuhkan ekonomi China.

Persidangan Pelabur Honeywell adalah satu perhimpunan tahunan yang dianjurkan oleh Honeywell International Inc., sebuah pembekal terkemuka bagi perkhidmatan awam, ketenteraan dan aeroangkasa. Persidangan tahun ini telah dianjurkan terutamanya oleh Shane Tedjerati, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kawasan Pertumbuhan Tinggi Honeywell, dan memberi tumpuan kepada tema mengambil pandangan yang mendalam ke dalam ekonomi China.

Walaupun ramalan ekonomi agak suram oleh penganalisis dan wartawan, ekonomi China berada pada kedudukan yang baik untuk orientasi semula dirinya ke arah pertumbuhan dan pelaburan yang mampan, demikian ditegaskan para peserta persidangan.

"Enam tahun yang lalu, hanya 20% daripada pelaburan kami di Asia Pasifik berada di China," kata Sally Shan, pengarah urusan di HarbourVest, satu daripada firma pelaburan persendirian global yang terkemuka. "Pada hari ini, kira-kira 50% daripada dana Asia kami dilaburkan di China. China secara konsisten telah mengatasi pasaran global," kata Shan.  

Maklumat mengenai CSOFT

CSOFT International Ltd. adalah sebuah pemimpin dunia di dalam perkhidmatan perundingan setempat dan global, menyediakan penyelesaian turnkey untuk syarikat-syarikat yang menghadapi cabaran melibatkan pelanggan dan pasaran yang merentasi halangan bahasa dan budaya. Diiktiraf sebagai sebuah daripada syarikat Inovatif Utama pada tahun 2011 oleh IDC kami mempunyai satu pasukan antarabangsa yang memenangi anugerah. Pada tahun 2012, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu telah dinamakan sebagai  antara 10 Usahawan Wanita Yang Paling Berkuasa oleh Majalah Fortune dan seorang Tech Disruptor oleh CNN Money.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51361954&lang=en


Hubungi
CSOFT International Ltd.
Megan Robinson, +1-415-889-8989 (Amerika Syarikat/ Eropah)
megan.robinson@csoftintl.com
Brittany Gasparaitis, +1-415-889-8989 (Amerika Syarikat/ Eropah)
brittany.gasparaitis@csoftintl.com

 

Sumber: CSOFT International Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.