ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  BILLION ELECTRIC JALIN USAHA SAMA DENGAN INTRAIX UNTUK MEMUKTAMADKAN SATU PROJEK PERMETERAN TENAGA PINTAR KEBANGSAAN BAGI 670 ISI RUMAH DI SINGAPURA

Wednesday 15/06/2016



TAIPEI, Taiwan, 15 June (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Billion Electric (TSE: 3027), pembekal terkemuka bagi penyelesaian Bandar Raya Pintar dan loT (Internet Untuk Segala-galanya) di rantau Asia Pasifik, menjalin kerjasama dengan Intraix, sebuah usaha niaga keusahawanan teknologi Singapura yang khusus kepada pembangunan aplikasi Pengurusan Tenaga Rumah Pintar, untuk membantu NEA (Agensi Alam Sekitar Kebangsaan) bagi memudahkan dasar negara mengenai menyekat pelepasan karbon pada peralatan rumah melalui satu penyelesaian pengurusan tenaga pintar yang berkesan.

Sebanyak 1,500 Meter Pintar Billion (SG3015) dan 700 Gerbang loT Pintar Billion (SG6200NXL) telah dipasangkan bagi satu Projek Permeteran Tenaga Singapura bermula dari tahun 2015. Projek itu telah dimulakan oleh NEA dengan matlamat untuk memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai pengagihan elektrik di dalam persekitaran rumah dengan memantau penggunaan tenaga dan peratusan tenaga elektrik yang dibekalkan kepada peralatan rumah yang berbeza seperti pendingin hawa, peti sejuk, dan lampu.

Billion SG3015 dan SG6200NXL boleh mengubah penggunaan tenaga ke dalam data yang boleh dibaca dan menyediakan laporan analisis berdasarkan kepada trend penggunaan semasa dan tempoh masa tertentu. Billion SG6200NXL boleh menyokong pelbagai peranti ZigBee, PLC dan peranti RS485 serentak dan bertindak sebagai satu hab berkuasa yang membolehkan komunikasi IOT dalam aplikasi komersil dan perdagangan kecil hingga sederhana dengan ketersediaan integrasi pengesan alam sekitar dan kawalan I/O yang maksimum.

Melalui gabungan App Klug Mobile Intraix dan Meter Pintar & gerbang IOT Pintar Billion, pengguna di rumah dapat menggunakan kawalan jauh melalui App Telefon Pintar dengan penjadualan termaju berdasarkan kepada masa dan tarikh yang berlainan. Para pentadbir Pusat boleh mengesan aktiviti penggunaan tenaga dan produktiviti pelbagai peralatan rumah secara jarak jauh. Pengguna di rumah boleh diberitahu mengenai apa-apa kejadian yang tidak normal seperti kerosakan pada kelengkapan dan kuasa yang berlebihan serta-merta melalui SMS/ e-mel untuk mengenal pasti punca asas kegagalan kuasa itu.

"Kerjasama kami bermula pada tahun 2011 apabila Intraix mendapatkan sumber bagi produk berkualiti tinggi untuk memanfaatkan dan membina penyelesaian Klug Home mereka. Intraix telah mengadakan pameran di dewan InnoVEX semasa Computex 2016 dan dijemput untuk satu temu duga peribadi bagi bercakap tentang pengalaman mereka menggunakan produk Taiwan. Bersama-sama kami dapat memastikan setiap perbelanjaan elektrik digunakan di tempat yang betul dan pada masa yang tepat untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga dan meningkatkan persekitaran kehidupan yang pintar," kata Jason Liao, Pengurus Produk bagi Billion Electric
 

Hubungi
Billion Electric
Jesse Chen, +886-02-29145665 ext. 315
Pakar Perhubungan Pemasaran
marketing@billion.com

 
Sumber: Billion Electric
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.