ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  GENTING HONG KONG AKAN MENYEDIAKAN TETAMU JENAMA STAR CRUISES DENGAN PENYAMBUNGAN ARMADA YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI DARIPADA HARRIS CAPROCK

Thursday 16/06/2016



Maklumat Penting:

- Rangkaian Termaju meningkatkan lebar jalur 300%

- Meningkatkan kelajuan internet di atas enam kapal

- Menggunakan kerangka TDMA khusus Harris CapRock untuk memastikan prestasi yang konsisten

HOUSTON, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Genting Corporate Services (HK) Limited telah memilih Harris CapRock Communications (HCC) untuk mengubah perkhidmatan komunikasi di atas enam buah kapal armada Star Cruises. Star Cruises adalah satu daripada syarikat pelayaran yang terbesar di dunia dan merupakan syarikat pelayaran terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Harris CapRock akan menggunakan teknologi dan peralatan canggih mereka untuk meningkatkan lebar jalur kepada hampir 300% di atas kapal Star Cruises Superstar Virgo, Superstar Gemini, Superstar Libra, Superstar Aquarius, Star Pisces dan Taipan. Penyelesaian itu menggunakan rangkaian Capaian Berbilang Bahagian Masa (TDMA) Harris CapRock. Berbeza dengan rangkaian TDMA yang tradisional, rangkaian khusus memastikan capaian kepada tahap jalur lebar yang komited pada setiap masa, sekali gus memberikan satu inovasi melalui rangkaian TDMA yang konvensional.

Star Cruises mengiktiraf dan memenuhi keperluan unik tetamu dari rantau Asia Pasifik. Sebagai contoh, pengguna internet di China menghabiskan masa lima hingga enam jam dalam talian setiap minggu berbanding rakyat Amerika dan purata hampir 90 minit setiap hari di rangkaian sosial.* Dengan projek yang berdaya usaha ini, Star Cruises akan dapat memuaskan hati tetamu yang inginkan penyambungan dan perkhidmatan berkaitan yang premium.

*http://makeawebsitehub.com/chinese-social-media-statistics/

Maklumat mengenai Harris CapRock Communications

Harris CapRock Communications adalah sebuah pembekal utama dunia bagi penyelesaian satelit terurus, komunikasi terestrial dan tanpa wayar untuk terutamanya pasaran maritim dan tenaga. Harris CapRock menyediakan Satu Laluan Jelas bagi pelanggan mereka dengan menggunakan infrastruktur global yang mantap yang merangkumi teleport di enam benua, lima pusat sokongan pelanggan 24/7, kehadiran tempatan di 24 buah negara dan beratus-ratus kakitangan perkhidmatan medan global yang menyokong lokasi pelanggan merentasi Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Eropah, Afrika Barat, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Ketahui lebih lanjut di harriscaprock.com.

Maklumat mengenai Harris Corporation

Harris Corporation adalah sebuah inovator teknologi yang terkemuka, yang menyelesaikan cabaran misi kritikal pelanggan-pelanggan kami yang paling sukar dengan menyediakan penyelesaian yang menghubung, memaklum dan melindungi. Harris menyokong pelanggan di lebih 125 buah negara, mempunyai kira-kira $8 bilion dalam pendapatan tahunan dan 22,000 orang pekerja di seluruh dunia. Syarikat itu dibahagikan kepada empat segmen perniagaan: Sistem Komunikasi, Sistem Kecerdasan dan Angkasa Lepas, Sistem Elektronik dan Rangkaian Kritikal. Ketahui lebih lanjut di harris.com.

Hubungi

Harris CapRock
Phillip Parker, 832-668-2227
phillip.parker@harris.com
atau
Harris Corporation
Jim Burke, 321-727-9131
jim.burke@harris.com


Sumber: Harris Corporation

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160615005945/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.