ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  KER1M SARAN PENGUATKUASAAN BANTUAN TRAFIK IRINGI AMBULAN DILAKSANAKAN SEGERA

Thursday 16/06/2016



PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menyarankan agar penguatkuasaan dilaksanakan segera dengan menyediakan anggota atau pegawai trafik untuk mengiringi ambulan supaya bantuan kecemasan dapat disegerakan sekiranya berlaku kesesakan di jalan raya ataupun di lebuhraya seperti insiden yang berlaku baru-baru ini.

Merujuk kenyataan Ketua Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Y.Bhg Datuk V. Valluvan Veloo, tindakan tegas dan dakwaan bakal dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah.

Pengerusi KER1M, YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA Dato’ Ranjith pula menyatakan cadangan agar khidmat iringan pegawai trafik dapat dikuatkuasakan bagi melancarkan aliran laluan ambulan ketika berlakunya kecemasan dan idea ini telahpun menerima pengesahan dan sokongan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“KDN menyokong penguatkuasaan yang dicadangkan oleh KER1M memandangkan terdapat segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan tersebut untuk kepentingan diri sendiri dan menyukarkan bantuan ambulan, polis serta peronda lebuhraya untuk tiba tepat pada masanya apabila diperlukan,” Ranjith menegaskan dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Ranjith lagi, laluan ambulan ini harus dipantau 1 kilometer terlebih awal untuk memastikan tidak ada sebarang halangan lalulintas di hadapan.

“Buat masa ini, pihak berkuasa cuma menggunakan lampu mata arah dan siren sahaja ketika memberikan amaran kepada kenderaan tetapi kenderaan yang lebih jauh di hadapan tidak mampu untuk mengesan kehadiran ambulan dan hal ini sering berlaku di persimpangan jalan raya, lampu isyarat, bulatan dan sepanjang jalan sehala.

“Justeru, perkara ini harus diberikan perhatian sepenuhnya dalam usaha menyelamatkan nyawa memandangkan pihak berkuasa hanya bergantung kepada faktor kelancaran trafik untuk tiba ke hospital dengan kadar segera”, ujarnya lagi.

Sumber: Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam KER1M
Tel : 
0122425899
Emel : 
azeem@1malaysia.info

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.