ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KER1M BERHASRAT ANJURKAN PROGRAM JELAJAH KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA POLIS DAN MASYARAKAT

Thursday 16/06/2016



PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) berhasrat untuk menganjurkan Program Jelajah Kempen Pencegahan Jenayah Bersama Polis dan Masyarakat demi memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menitikberatkan aspek keselamatan dalam kehidupan seharian.
 
Menurut Pengerusi KER1M, Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA Dato’ Ranjith, beliau menerima sokongan daripada pelbagai pihak untuk mengadakan program ini bagi membolehkan rakyat memahami fungsi dan tugas polis yang semakin mencabar.
 
“KER1M mendapat sokongan padu daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Sri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membantu PDRM dalam menganjurkan kempen-kempen pencegahan jenayah selain menyalurkan maklumat mengenai keselamatan komuniti.
 
“Dalam kempen ini, saya akan mengadakan sesi dialog, penerangan serta tips pencegahan jenayah yang bakal merumuskan strategi, pendekatan proaktif dan bersepadu dalam mencegah kegiatan jenayah,” ujar Ranjith.
 
Program ini bakal bermula dalam zon lembah kelang terlebih dahulu sebelum diluaskan ke zon selatan dan utara, manakala KER1M berfungsi dalam membantu PDRM serta unit-unit yang berkaitan melalui kerjasama untuk mendapatkan sokongan penajaan daripada sektor korporat.
 
Menurut Ranjith, kegiatan jenayah merupakan satu perkara yang sukar dihapuskan namun tidak mustahil untuk dibendung melalui inisiatif bersama dan beliau menyeru masyarakat supaya berani tampil memberikan maklumat sekiranya terdapat kegiatan jenayah berlaku dalam persekitaran mereka agar kadar jenayah dapat dikawal selain dapat membantu PDRM menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien.
 
Menurutnya lagi, KER1M telah melantik Y.Brs Dr. Mohammad Rahim Kamaludin dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menerbitkan buku bersaiz poket bertajuk “100 Tips Keselamatan Jenayah”.
 
“Selain program jelajah tersebut, penerbitan buku ini membolehkan rakyat mengetahui punca kejadian, akibat dan bagaimana sesuatu jenayah itu boleh dicegah dengan kaedah yang betul dan ini merupakan inisiatif KER1M untuk mendidik serta membudayakan masyarakat dengan tanggungjawab.
 
“Walaupun kadar jenayah di seluruh negara menunjukkan penurunan positif selepas pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA): Mengurangkan Jenayah, ini tidak bermakna masyarakat boleh berasa selesa dan selamat sepenuhnya, malah kita perlu lebih berhati-hati dan bekerjasama dalam membendung kegiatan jenayah ini,” tegas Ranjith.
 
 
SUMBER : KER1M

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam KER1M
Tel : 
03-2164 4999/012-2425899
Emel : 
azeem@1malaysia.info
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.