ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  NTT COMMUNICATIONS LANCAR RANGKAIAN VOLUM-BESAR YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT DATA MEREKA DI SELURUH DUNIA DAN PERUSAHAAN AWAN

Thursday 16/06/2016



TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan satu rangkaian volum-besar maksimum 10Gbps untuk menghubungkan perkhidmatan awam berkualiti tinggi Perkhidmatan Awan NTT Com bagi sistem perusahaan dan sistem perusahaan pelanggan yang berkolokasi di lebih 30 pusat data di seluruh dunia. Pelancaran itu akan dilaksanakan secara berurutan dari 15 Jun.

Rangkaian itu terdiri daripada Nexcenter Connect™ Global, yang menghubungkan pusat-pusat data utama di seluruh dunia, Nexcenter Connect™ Metro, yang menghubungkan pusat-pusat data di dalam kawasan utama di setiap negara, dan Pusat Data Yang Bersambung, yang menghubungkan Perusahaan Awan dan pusat-pusat data utama di seluruh dunia.

Nexcenter Connect™ dan Pusat Data Yang Bersambung
http://www.ntt.com/content/dam/nttcom/hq/en/about-us/press-releases/pdf/2016/20160615_2a.pdf

Pusat-pusat data yang disediakan (akan ditambah secara jujukan)
http://www.ntt.com/content/dam/nttcom/hq/en/about-us/press-releases/pdf/2016/20160615_2c.pdf

Perkhidmatan

  • Nexcenter Connect™ Global menghubungkan server kolokasi di seluruh dunia melalui satu rangkaian volum-besar pada harga utama dalam industri. Ia ditawarkan sebagai satu perkhidmatan pilihan bagi perkhidmatan pusat data Nexcenter™ NTT Com, yang memenuhi permintaan bagi perkhidmatan generasi akan datang dengan menggabungkan kualiti tinggi, kos yang rendah dan fleksibiliti. Sila lihat Lampiran 1 (1) bagi kawasan perkhidmatan yang disediakan.
  •  Nexcenter Connect™ Metro yang telah disediakan di kawasan di luar Jepun, akan disediakan di Jepun. Perkhidmatan itu menghubungkan server kolokasi di pusat-pusat bandar melalui satu rangkaian volum-besar kependaman rendah dan dijamin selamat, juga pada harga yang utama dalam industri. Ini adalah juga satu perkhidmatan pilihan Nexcenter™. Sila lihat Lampiran 1 (2) bagi kawasan yang disediakan.
  • Pusat Data Yang Bersambungan menghubungkan untuk Perusahaan Awan akan diperluaskan di seluruh dunia melalui rangkaian volum-besar secara percuma. Sila lihat Lampiran 1 (3) bagi kawasan perkhidmatan yang disediakan.
  • Di samping itu, Pusat Data Yang Bersambungan dan Nexcenter Connect™ Global akan ditawarkan bersama-sama untuk penyambungan antara Perusahaan Awan dan pelbagai pusat data global.
Penambahan rangkaian baharu ini akan memberi jaminan sambungan yang lancar di antara pelbagai pusat data dan di antara sistem Perusahaan Awan. Perusahaan yang besar akan dapat dengan mudah menyambung sumber ICT secara besar-besaran di peringkat global bagi penggunaan teknologi digital mereka yang fleksibel.

Perusahaan akan mendapat manfaat daripada penyambungan yang berkos rendah yang boleh dipertingkatkan apabila pejabat perusahaan dan sistem mereka berkembang, seperti untuk data loT, data sokongan data dan pemindahan data yang berkaitan dengan integrasi pelbagai sistem. Sila lihat Lampiran 2 untuk melihat kajian kes.  

Harga (cukai dikecualikan) 
Table

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 IP global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT  termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lampiran 1: Kawasan yang disediakan
Table

Table

Table

Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
(Encik) Yoshiyuki Minami / (Encik) Kazunori Yasufuku / (Cik) Noriko Kikuchi, +81 3 6733 9511
Perkhidmatan Awan
dcs-3-2-s-cl@ntt.com


Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160615006643/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.