ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PENYERTAAN UNTUK ANUGERAH KARAKTER ASEAN 2016 DIBUKA

Monday 20/06/2016



AsiaNet 64833

TOKYO, 20 Jun, 2016 /Kyodo JBN/ --

Pusat ASEAN-Jepun telah membuka penyertaan untuk Anugerah Karakter ASEAN 2016. Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kandungan dari negara-negara anggota ASEAN adalah digalak untuk menghantar penyertaan sebelum 22 Julai 2016.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201606201726/)

Anugerah Karakter ASEAN telah diwujudkan oleh Pusat ASEAN-Jepun dan LLP ASEAN Creative Supporters pada tahun 2014 untuk memperlihatkan keupayaan daya kreatif kandungan yang cemerlang yang dimiliki oleh negara-negara anggota ASEAN yang sebelum ini kurang dikenali di Jepun. Ini adalah satu pertandingan tahunan yang memberi tumpuan kepada karakter-karakter yang dicipta oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kandungan di negara-negara anggota ASEAN yang beroperasi dalam bidang animasi, permainan dan barangan.

Panel Anugerah Karakter ASEAN, yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka yang mahir dengan perniagaan kandungan Jepun, akan memilih pemenang anugerah 2016 itu. Satu hadiah untuk pemenang adalah berupa sebuah tapak percuma di Tokyo Game Show 2016 di Makuhari Messe dan, di samping itu, pemenang Hadiah Utama akan diberikan keistimewaan khas iaitu satu temu bual dengan media Jepun.

Pemenang tahun lepas (Les' Copaque Production Sdn Bhd dari Malaysia, Liffolab Co., Ltd. dari Thailand, dan Ayena Animation Studio dari Indonesia) kesemuanya telah mengalami pertumbuhan yang kukuh dari segi jualan atau pengembangan pasaran dengan pertumbuhan antara 2 kali hingga 7 kali ganda selepas mereka menerima hadiah masing-masing.

Sila rujuk kepada garis panduan kemasukan kami di sini sebelum mengemukakan penyertaan anda:

https://asean.jp/aseancharacter/?page_id=24

Penyertaan bagi Anugerah Karakter ASEAN 2016 diterima sehingga 22 Julai 2016 di:

https://asean.jp/aseancharacter/

Maklumat mengenai Pusat ASEAN-Jepun

Sejak penubuhannya pada tahun 1981 oleh kerajaan-kerajaan negara-negara anggota ASEAN dan Jepun, Pusat Promosi ASEAN mengenai Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan (Pusat ASEAN-Jepun) telah mempromosikan eksport ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan pelaburan, pelancongan dan pertukaran pegawai antara Jepun dan ASEAN.

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.