ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  DAYMON WORLDWIDE MENGELUARKAN "DUNIA AKAN DATANG: BAGAIMANA BAYI MILENIUM AKAN MEMBENTUK PERUNCITAN"

Tuesday 21/06/2016



PORTO SALVO, Portugal, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin peruncitan pengguna global dan perintis jenama peribadi, Daymon Worldwide, hari ini mengeluarkan “Dunia Akan Datang: Bagaimana Bayi Milenium Akan Membentuk Peruncitan,” satu kajian penyelidikan pasaran Bayi Milenium di seluruh dunia. Penyelidikan itu meneroka nuansa dan nilai generasi ini untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai cara bagaimana mereka akan membentuk peruncitan di masa hadapan. Dijalankan pada April 2016, projek penyelidikan global itu telah meninjau ke lebih 7,000 Bayi Milenium dan Generasi Xers di lima benua dan 14 negara di seluruh pelusuk dunia.

"Menjelang tahun 2030, akan ada lebih ramai Bayi Milenium berbanding dengan generasi lain, termasuk Baby Boomer, di Amerika Syarikat," kata Naib Presiden Daymon Worldwide Vasco Brinca. "Kami tidak pernah mengalami generasi seperti ini, sebahagian besarnya kerana mereka telah membesar dengan ketidaktentuan ekonomi, kadar pengangguran yang tinggi, dan sentiasa berada dalam era digital. Ia adalah amat penting untuk mengkaji generasi ini dan budaya mereka pada hari ini bagi menemui kesan yang akan mereka berikan kepada masa depan dunia."

Penyelidikan Millennial Daymon Worldwide menilai Bayi Milenium dalam tiga bidang utama: sikap dan kepercayaan mereka, misi membeli-belah mereka dan tingkah laku penggunaan dan persepsi mereka terhadap jenama dan label peribadi.

Kesan Dapatan

Misi Membeli-belah dan Kelakuan Penggunaan

Bayi Milenium didapati merupakan pembeli yang tidak berstruktur yang kerap membeli-belah dan untuk tempoh masa yang panjang. Apabila membeli-belah untuk barangan runcit, misi membeli-belah mereka adalah untuk keperluan segera berbanding kepada Gen X yang membeli-belah untuk menyimpan stok bagi tempoh beberapa hari.

Tanggapan Jenama dan Jenama Peribadi

Bayi Milenium kurang setia kepada dan tidak berpuas oleh jenama berbanding dengan Gen X. Dua puluh sembilan peratus daripada Bayi Milenium dan 35 peratus daripada Gen X mengatakan mereka "biasanya membeli jenama yang sama, tetapi akan cuba yang lain jika ada kesempatan" dan 26 peratus daripada Bayi Milenium mengatakan mereka berkemungkinan akan "membeli apa sahaja jenama yang mereka inginkan pada masa itu."

Kajian itu juga mendedahkan data berkesan mengenai sikap dan kepercayaan Bayi Milenium, tabiat mereka semasa berada dalam talian, trend ibu bapa dan keluarga, imbangan kerja/ kehidupan dan tingkah laku kesihatan dan kesejahteraan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai "Dunia Akan Datang: Bagaimana Bayi Milenium Akan Membentuk Peruncitan" sila http://www.thenextworldinretail.com.

Maklumat mengenai Daymon Worldwide:

Daymon Worldwide menyediakan strategi dan perkhidmatan pakar runcit di peringkat global yang membuat mesin daftar tunai berbunyi. Kami adalah pemimpin global dalam membina jenama peribadi yang berjaya, dan menyampaikan perkhidmatan pemasaran pengalaman pengguna yang berimpak tinggi dan perkhidmatan di kedai. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.daymon.com.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51363606&lang=en

Hubungi
Bagi Pihak Daymon Worldwide
Emily Roy, 212-279-3115 x232
eroy@prosek.com


Sumber: Daymon Worldwide

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.