ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  IPG MEDIABRANDS LANCAR "D100"

Tuesday 21/06/2016



GOOGLE, AMAZON DAN SAMSUNG MENGETUAI SENARAI JENAMA PALING DINAMIK DI DUNIA

• Ukuran ekuiti jenama yang sedia ada adalah ketinggalan zaman bagi dunia baharu

• IPG Mediabrands, dengan kerjasama The Wharton School di Universiti Pennsylvania, telah mewujudkan satu ukuran jenama baharu yang dipanggil "skor dinamik"

• Jenama dengan skor dinamik yang lebih tinggi menikmati pertumbuhan pendapatan yang lebih baik berbanding jenama yang mempunyai skor dinamik yang lebih rendah

• Skor dinamik itu terdiri daripada 4 dimensi - Ketangkasan, Responsif, Inovasi dan Keramahan

• D100 ditentukan oleh kedudukan 100 skor dinamik yang paling tinggi bagi jenama daripada seluruh dunia

CANNES, Perancis, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- IPG Mediabrands, cabang pegangan media bagi Interpublic Group (NYSE: IPG), dengan kerjasama Jonah Berger, Profesor Madya, The Wharton School di Universiti Pennsylvania dan pengarang paling laris bagi Contagious: Why Things Catch On di New York Times, telah melancarkan D100 yang julung kali diadakan, kedudukan 100 syarikat yang paling dinamik di dunia dengan menggunakan metrik dunia baharu.

Siaran Berita Pintar ini menampilkan multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20160620005848/en/

Untuk membina D100, lebih 10,000 pengguna telah ditinjau merentasi empat wilayah di lima pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, dan India. Pengguna telah diajukan soalan mengenai kedua-dua jenama global dan jenama pasaran tertentu; secara keseluruhannya lebih 1,200 jenama telah diteliti. Jenama global telah ditakrifkan oleh syarikat multinasional yang besar yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kehadiran di pelbagai pasaran utama (contohnya, Coca-Cola, Nike dan BMW). Jenama di pasaran khusus adalah jenama yang lebih kecil yang hanya mungkin hadir di pasaran tunggal (contohnya, Royal Mail – United Kingdom atau Hajmola - India).

10 Jenama Utama Yang Paling Dinamik Di Dunia Adalah:

  1. Google
  2. Amazon
  3. Samsung
  4. Nike
  5. Intel
  6. NASA
  7. BMW
  8. Mercedes-Benz
  9. Audi
  10. Lenovo

"D100, bersama-sama dengan data yang kami telah kumpul untuk mengenal pasti jenama yang paling dinamik di dunia adalah luar biasa. Skor dinamik itu dan metrik jenama dunia yang baharu yang kami telah takrifkan membolehkan IPG Mediabrands membantu jenama-jenama menjadi benar-benar dinamik dan berkembang mengikut perkembangan pengguna," kata Henry Tajer, Ketua Pegawai Eksekutif Global di IPG Mediabrands.

Skor dinamik terdiri daripada empat dimensi utama bagi mengira dan menentukan dinamik jenama, yang bertentangan dengan langkah-langkah tradisional "dunia lama", seperti kesedaran jenama dan nilai jenama.

D100 menandakan buat kali pertama bahawa kejayaan jenama diukur dengan metrik dunia baharu, khususnya:

KETANGKASAN: Sejauh mana jenama menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan pasaran.

RESPONSIF: Sejauh mana jenama mendengar dan memberi respons kepada keperluan dan maklumat balas pelanggan.

• INOVASI: Sejauh mana jenama menggerakkan teknologi baharu dan mencipta produk dan perkhidmatan yang berinovatif

KERAMAHAN: Sejauh mana besarnya audiens dan terlibatnya mereka kepada sesuatu jenama di media sosial.

Data pada tiga dimensi yang pertama (Ketangkasan, Responsif, dan Inovasi) telah dikumpulkan melalui persepsi pengguna dan yang keempat, keramahan, dikumpulkan melalui data media sosial di Facebook, Twitter dan Weibo. Setiap dimensi mempunyai skor z dan kemudian dipuratakan bersama-sama untuk membentuk satu skor dinamik keseluruhan bagi sesuatu jenama.

Jonah Berger, Profesor Madya bagi Pemasaran di Universiti Pennsylvania berkata, "Dengan kerjasama IPG Mediabrands, kami menggunakan satu metodologi yang ketat dan menyeluruh yang mempamerkan jenama mana yang memacukan masa hadapan. Pada akhirnya, ia bukan sahaja mengenai menjadi relevan pada hari ini; ia juga adalah untuk menjadi transformatif pada hari esok."

Pada terasnya, kajian menunjukkan bahawa dunia pada dasarnya telah berubah. Jenama yang terbesar dan tertua sebelum ini menjamin kejayaan yang berterusan. Namun, dalam pasaran yang pesat berkembang dan berhubungan secara sosial pada hari ini, ia bukan sahaja sebuah dunia baharu, ia adalah satu dunia jenama baharu, dengan empat metrik ini bertindak sebagai asas bagi kesegaran dan pertumbuhan berterusan jenama.

Sepanjang D100 itu, terdapat hubungan yang jelas dan positif di antara skor dinamik dan prestasi syarikat. Jenama dinamik, yang ditakrifkan sebagai jenama yang mempunyai skor satu sisihan standard di atas purata dalam dinamisme, mempunyai 2.7% peratusan lebih tinggi pada pertumbuhan pendapatan suku keempat dari tahun 2014 hingga 2015. Walaupun peratusan ini mungkin tidak kelihatan ketara dengan sendirinya, purata pertumbuhan pendapatan merentasi jenama, secara amnya, adalah hanya 4.4%. Hubungan di antara pertumbuhan dinamik dan pertumbuhan pendapatan berterusan walaupun apabila ketika menguasai metrik jenama tradisional seperti kesedaran jenama dan saiz. Ini menunjukkan bahawa dinamisme jenama memacukan prestasi masa hadapan adalah lebih besar berbanding dengan  langkah jenama tradisional. Hubungan antara dinamisme dan pertumbuhan pendapatan terutamanya didorong oleh dimensi Ketangkasan dan sebahagiannya oleh dimensi Keramahan. Syarikat-syarikat yang tangkas juga mempunyai modal pasaran yang lebih tinggi.

Mat Baxter, Ketua Strategi Global dan Pegawai Kreatif berkata, "Ini adalah satu kajian yang sangat penting kerana ia jelas menunjukkan keperluan mendesak bagi jenama-jenama untuk beralih daripada langkah-langkah jenama yang ketinggalan zaman dan menerima skor dinamik - sesuatu yang kami telah buktikan adalah berkorelasi ketat dengan pertumbuhan dan momentum syarikat pada masa hadapan."

Anugerah sulung D100 itu telah diberikan kepada Google, syarikat yang paling dinamik di dunia dan disampaikan kepada Eric Schmidt, Pengerusi Eksekutif, Alphabet Inc. (syarikat induk Google yang baharu ditubuhkan) pada Festival Antarabangsa Cannes Lions bagi Kreativiti ke-63 di Cannes, Perancis.

Untuk maklumat tambahan mengenai bagaimana prestasi sesuatu jenama tertentu atau untuk mengakses senarai lengkap kedudukan itu, sila layari www.thed100.com.

Maklumat mengenai IPG Medibrands

IPG Mediabrands diasaskan oleh Interpublic Group (NYSE: IPG) pada tahun 2007 untuk menguruskan kesemua aset yang berkaitan dengan media global mereka. Hari ini, kami menguruskan lebih $37 bilion dalam pelaburan pemasaran bagi pihak pelanggan kami, menggaji lebih 8,500 pakar komunikasi pemasaran di lebih 130 buah negara.

IPG Mediabrands adalah satu kumpulan agensi dunia baharu yang direka dengan pemasaran dinamik pada terasnya. Kelajuan, ketangkasan dan data pintar kami memastikan kami terus mewujudkan pertumbuhan bagi kebanyakan jenama yang terbesar di dunia. Rangkaian agensi-agensi IPG Mediabrands termasuk UM, Initiative, BPN dan Orion Holdings dan juga unit-unit perniagaan khusus termasuk Magna Global, Cadreon, Ansible, Society, Reprise, Rapport dan IPG Media Lab.

IPG Mediabrands. Dinamik mengikut Reka Bentuk.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160620005848/en/   

Hubungi

IPG Mediabrands
Dan Friedman, +1-212-883-4780
Dan.Friedman@mbww.com

Sumber: IPG Mediabrands

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.