ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "FESTIVAL MUSIM PANAS BAGI TEMBIKAR ARITA/IMARI KE-36," MERAIKAN ULANG TAHUN KE-400 SENI TRADISIONAL JEPUN

Thursday 23/06/2016



TOKYO, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bersama-sama menjadi tuan rumah kepada “Festival Musim Panas bagi Tembikar Arita/Imari,” ke-36 untuk meraikan ulang tahun ke 400 tradisi lama Jepun iaitu seni tembikar. Pameran percuma yang menakjubkan itu akan diadakan di lobi hotel dari 1 Julai hingga 7 Ogos, 2016, dengan penajaan Kerajaan Wilayah Saga. Di samping itu, karya seni bagi pelbagai artis kontemporari Arita/Imari yang lain juga akan dipamerkan dan mula dijual semasa pameran ini. Pameran ini direka untuk menyediakan kepada pelawat luar negara dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai tembikar Arita/Imari, yang merupakan satu daripada contoh bentuk seni tradisional Jepun. Selain itu, restoran-restoran di dalam hotel berkenaan akan juga menampakkan menu-menu lazat dan disediakan khas dengan menyajikan hidangan itu dalam tembikar Arita/Imari.

Karya seni tembikar Arita/Imari bermula 400 tahun yang lalu di bandar Arita dan bandar raya Imari di wilayah Saga dan mendapat pujian bukan sahaja di Jepun, bahkan di luar negara. Keio Plaza Hotel telah menganjurkan satu acara khas Tembikar Arita/Imari sejak 36 tahun yang lalu, sekali gus membolehkan tetamu hotel untuk menikmati karya seni dan sejarahnya yang unik. Tema pameran itu untuk tahun ini adalah "Seni Moden, Gambaran untuk Masa Hadapan." Satu monumen “Pokok Tembikar” yang menakjubkan yang berukuran 9.5 meter panjang dan 3 meter lebar akan dipaparkan di lobi utama. Pameran hiasan ini terdiri daripada karya seni tembikar Arita oleh tiga artis tembikar yang terkenal, Inoue Manji, Imaizumi Imaemon ke-14 dan Sakaida Kakiemon ke-15  - dua daripada mereka adalah Warisan Kebangsaan Orang Hidup – di mana tembikar Arita telah mengubah amalan dan mencabar persepsi.

Selain daripada karya seni tembikar, 10 restoran di Keio Plaza Hotel akan menyajikan kepada tetamu dengan menu yang disediakan khas. Selain itu, pelbagai hidangan tembikar artistik yang digunakan dalam menu khas Arita/Imari juga ditawarkan untuk jualan.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawangYouTubeFacebook atau Instagram kami.

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160621005599/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.