ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  MICHAEL KORS UMUM PERKONGSIAN GAYA HIDUP BAHARU DENGAN MCLAREN-HONDA

Thursday 23/06/2016



LONDON, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors (NYSE:KORS), satu jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat gembira untuk mengumumkan satu perkongsian baharu dengan McLaren-Honda, dan dengan itu secara rasminya menjadi rakan kongsi gaya hidup bagi pasukan kejohanan dunia Formula 1. Kedua-dua McLaren-Honda dan Michael Kors meraikan reka bentuk dan kelajuan, dengan perkongsian itu mengukuh dan menguatkan penjelmaan kedua-dua jenama gaya hidup yang pantas dan mewah.
 
"Michael Kors dan McLaren-Honda adalah perintis di dalam ruang masing-masing, dan kami penuh yakin bahawa McLaren-Honda adalah rakan kongsi yang tepat bagi kemasukan kami ke dalam dunia perlumbaan Formula 1," kata John D. Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors. "Ini adalah satu masa yang menarik buat kami, terutamanya ketika kami terus berkembang sebagai satu jenama gaya hidup lelaki."
 
Penonton Formula 1 adalah sesuatu yang baharu untuk Michael Kors, dengan menyediakan satu peluang utama bagi membiasakan pengguna Eropah dengan semua aspek dalam dunia Michael Kors. Selain itu, jenama McLaren-Honda yang menjadi legenda itu dan pemandu Formula 1 mereka yang terkenal adalah merupakan representasi yang luar biasa bagi lelaki Michael Kors — canggih, bersifat antarabangsa dan berjaya, dengan tahu menikmati kehidupan yang penuh dengan keseronokan, pelbagai aktiviti dan tidak gusar kepada aksi bahaya.
 
"Kami gembira untuk mengumumkan satu perkongsian jenama baharu di antara McLaren-Honda dan Michael Kors, pereka terkenal dunia yang telah memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai," kata Ron Dennis, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Group.
 
Beliau berkata, "Seperti McLaren, yang telah berlumba dalam Formula 1 di seluruh dunia sejak 50 tahun yang lalu, Michael Kors juga merupakan sebuah syarikat yang benar-benar bertaraf antarabangsa yang mengendalikan kedai-kedai yang bergaya dan berjaya di beberapa bandar raya yang paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.
 
"Selain itu, saya amat yakin bahawa budaya korporat bagi kedua-dua McLaren dan Michael Kors merangkumi dinamisme dan kenekatan yang sama, serta satu komitmen yang dikongsi bersama untuk tidak henti-henti mengejar kesempurnaan yang sama, dan oleh itu kedua-dua jenama itu amat sesuai bagi satu perkongsian jangka panjang. Kesesuaian jenama itu sangat penting bagi kami berdua: kedua-dua syarikat telah membina reputasi mereka di atas menjadi yang terbaik dalam apa yang mereka lakukan, dan, ketika kami bersama-sama bergerak ke hadapan, kedua-dua kami akan menjadi lebih kukuh."
 
Sebagai rakan kongsi gaya hidup rasmi pasukan itu, jenama Michael Kors akan diberikan penekanan utama di kedua-dua pakaian pemandu dan kereta McLaren-Honda MP4-31.
 
Untuk meraikan pelancaran perkongsian itu, Michael Kors telah mencipta jaket kulit lelaki yang beredisi terhad. Sebanyak 50 jaket kulit berwarna hitam yang dihasilkan secara khas akan dijual secara eksklusif di aras lelaki di kedai kemegahan baharu Michael Kors di London, sementara stok masih ada. Jaket-jaket itu menampilkan logo kedua-dua Michael Kors dan McLaren, serta plak edisi terhad dengan nombor pengeluaran yang unik pada setiap jaket itu.
 
"Perkongsian ini adalah mengenai penumpuan gaya dan kelajuan, yang terdapat pada DNA kedua-dua Michael Kors dan McLaren-Honda," kata Michael Kors. "Terdapat satu tenaga, kecanggihan dan keyakinan pada kedua-dua jenama kami, dan kami mahu mencipta satu edisi terhad yang menggambarkan hakikat itu."
 
Maklumat mengenai Michael Kors
 
Michael Kors adalah seorang pereka terkenal dunia, pereka yang memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai. Syarikatnya yang mempunyai nama yang sama, yang ditubuhkan pada tahun 1981, pada masa ini menghasilkan pelbagai produk di bawah Michael Kors Collection, MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens, termasuk aksesori, kasut, jam tangan, barang kemas, pakaian sedia pakai dan barisan lengkap produk wangi-wangian. Kedai Michael Kors dikendalikan, sama ada secara langsung atau melalui rakan kongsi pelesenan, di sebahagian bandar raya paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.
 
Maklumat mengenai McLaren Technology Group
 
McLaren terkenal di peringkat dunia sebagai satu daripada pesaing sukan yang paling berjaya dan sebagai sebuah jenama berteknologi tinggi yang paling terkenal di dunia.
 
McLaren Technology Group telah berkembang untuk merangkumi lebih daripada sekadar sukan permotoran: hari ini ia menempatkan McLaren Applied Technologies, yang membekalkan sistem elektronik kepada seluruh grid Formula 1, IndyCar dan NASCAR dan mencipta penyelesaian yang canggih bagi pelbagai industri berteknologi tinggi. McLaren Automotive telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat global yang berjaya setelah melancarkan kereta berprestasi tinggi 12C, 650S dan McLaren P1™ yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
 
McLaren-Honda menyertai kempen Kejohanan Dunia FIA Formula 1 2016 dengan gandingan dua pemandu bekas juara dunia, Fernando Alonso juara dunia pada 2005 dan 2006 dan Jenson Button, juara dunia pada 2009. Mereka memandu McLaren-Honda MP4-31.
 
Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan
 
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan mengenai Michael Kors dan McLaren. Anda tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada kenyataan seperti itu kerana ia adalah tertakluk kepada pelbagai ketidaktentuan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan operasi dan persekitaran perniagaan bagi setiap syarikat, kesemuanya yang sukar diramal dan banyak daripadanya adalah di luar kawalan syarikat berkenaan. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk maklumat mengenai andaian atau kemungkinan keputusan masa hadapan bagi operasi setiap syarikat, termasuk perihal strategi perniagaan mereka. Kenyataan-kenyataan ini sering kali mengandungi perkataan seperti "boleh," "akan," "harus," "percaya," "menjangka," "menduga," "berhasrat," "merancang," "anggaran" atau ungkapan yang membawa maksud yang sama. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah didasarkan kepada andaian bahawa setiap syarikat itu telah mengambil tindakan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan di dalam industri dan juga persepsi mengenai trend sejarah, keadaan semasa, perkembangan di masa hadapan dan faktor-faktor lain yang ia percaya adalah sesuai mengikut keadaan itu. Anda perlu memahami bahawa kenyataan-kenyataan ini tidak menjamin prestasi atau keputusan. Ia melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan andaian. Walaupun setiap syarikat itu percaya bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, anda harus sedar bahawa banyak faktor boleh menjejaskan keputusan kewangan yang sebenar atau keputusan operasi dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Faktor-faktor ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian "Faktor Risiko" dan di tempat lain di dalam Laporan Tahunan Michael Kors pada Borang 10-K untuk tahun kewangan yang berakhir pada 2 April, 2016 (No. Fail 001-35368), yang difailkan pada 1 Jun 2016 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.
 
Hubungi
MICHAEL KORS
Dinesh Kandiah, 917-214-2979
Naib Presiden, Perhubungan Global
Dinesh.Kandiah@michaelkors.com
atau
Perhubungan Pelabur:
Michael Kors Holdings Limited
Krystyna Lack, 201-691-6133
Naib Presiden, Bendahari dan Perhubungan Pelabur
InvestorRelations@MichaelKors.com
atau
ICR, Inc.
Jean Fontana, 203-682-1214
jean.fontana@icrinc.com
atau
Media:
ICR, Inc.
Alecia Pulman, 646-277-1231
KorsPR@icrinc.com
atau
Matt Bishop, +44 7976 835878
Ketua Komunikasi & Perhubungan Awam Kumpulan, McLaren Marketing
matt.bishop@mclaren.com
atau
Steve Cooper, +44 7881 426460
Pengurus Media, McLaren Marketing
steve.cooper@mclaren.com

  
Sumber: Michael Kors
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160622006009/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.