ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KAJI SELIDIK AMDOCS: REMAJA MENJALANI GAYA HIDUP DIGITAL YANG PEMBEKAL PERKHIDMATAN PERLU MENYESUAIKANNYA

Thursday 23/06/2016



Kajian global membentangkan DNA digital unik remaja apabila mereka menjadi generasi pelanggan berbayar pada masa akan datang

ST. LOUIS, 23 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Amdocs (NASDAQ:DOX), pembekal terkemuka penyelesaian pengalaman pelanggan, hari ini mengumumkan hasil sebuah kajian global(1) terhadap DNA digital, tingkah laku dan jangkaan daripada remaja hari ini (berumur 15-18 tahun). Kajian ini mendedahkan hubungan rapuh di antara pembekal perkhidmatan komunikasi (communications service providers, CSP) dan remaja, dan peranan yang akan dimainkan oleh teknologi digital dalam kehidupan generasi yang melihat masa depan mereka sebagai warga “digital” sebagaimana manusia.

Menurut kajian, hanya 12 peratus remaja berpendapat bahawa pembekal perkhidmatan memahami gaya hidup mereka dan menawarkan perkhidmatan untuk memadankannya. 30 peratus melaporkan mereka menerima layanan khidmat pelanggan yang teruk daripada CSP mereka sepanjang tahun lalu dan 46 peratus menyatakan mereka tidak akan lagi menggunakan CSP tersebut. Satu pertiga responden kemudiannya telah berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan mereka.

Kajian yang ditugaskan kepada Amdocs, telah dijalankan oleh Vanson Bourne iaitu pembekal penyelidik pasaran teknologi dan dibimbing oleh pakar generasi dan ahli sosiologi terkemuka, Dr. Paul Redmond.

Penemuan penting tambahan mendedahkan DNA digital unik remaja dan apakah perkhidmatan yang mereka inginkan:

  • Digital ialah lensa di mana remaja melihat diri mereka dan orang lain: 43 peratus percaya telefon pintar menjadikan mereka lebih bijak dan “bergaya”; 52 peratus menyemak akaun media sosial mereka sebagai perkara pertama yang  dilakukan pada waktu pagi; lebih 30 peratus menyatakan mereka berkemungkinan tidak akan bertemu seseorang lagi sekiranya mereka tiada akaun Facebook atau WhatsApp.
  • Emoji adalah bernilai seribu perkataan:Hampir separuh responden menyatakan mereka lebih suka menggunakan emoji (47%) dan menyiarkan gambar (45%) untuk menghantar e-mel kerana emoji meluahkan perasaan mereka dengan lebih jelas daripada kata-kata.
  • Sambungan Internet ialah deria keenam paling penting bagi remaja:Remaja memerlukan sambungan Internet berterusan, dengan responden menyatakan mereka lebih berkemungkinan berasa resah dan kesunyian sekiranya dipisahkan daripada Internet (56 peratus) berbanding apabila dipisahkan daripada keluarga mereka (52 peratus). Nilai akses Internet adalah sangat ketara di mana majoriti (55 peratus) yakin akses Internet pantas akan menjadi hak asasi manusia.
  • Penstriman kandungan percuma adalah satu cara hidup:Majoriti tayangan filem yang distrim (53 peratus penstriman; 17 peratus memuat turun), TV (51 peratus berbanding 11 peratus) dan muzik (47 peratus berbanding 29 peratus); dan mereka biasanya melakukannya secara percuma dengan kurang daripada satu pertiga menyatakan mereka tidak pernah membayar untuk sebarang kandungan.
  • Remaja menganggap pembekal kandungan dan aplikasi sebagai “pembekal perkhidmatan” dan lebih menyukai mereka: Walaupun 82 peratus daripada mereka mengetahui siapa pembekal perkhidmatan, mereka menganggap pemain yang menggunakan jaringan internet (over-the-top, OTT) dan kuasa besar internet, termasuk Google (51 peratus), Facebook (38 peratus), WhatsApp (42 peratus) dan Apple (38 peratus) sebagai CSP, walaupun mereka bukan sebenarnya. Walau bagaimanapun, apabila ditanya syarikat yang mereka suka, remaja memilih Google di tempat teratas pada 60 peratus (Facebook: 48 peratus; WhatsApp: 42 peratus) manakala hanya 36 peratus menyatakan mereka menyukai CSP mereka.
  • Remaja inginkan teknologi bagi membolehkan mereka merangka pengalaman mereka sendiri: 54 peratus ingin perkhidmatan interaktif yang menawarkan pilihan reka bentuk yang membolehkan mereka bermain dengannya; 59 peratus mengharapkan ditawarkan teknologi cetakan 3D bagi mewujudkan aksesori teknologi mereka sendiri dan 55 peratus mengharapkan dapat mengunjungi negara-negara baharu menggunakan realiti maya. Hubungan remaja dengan teknologi adalah begitu kuat hinggakan 66 peratus menyatakan mereka ingin menjadi Bill Gates apabila mereka besar kelak, lebih daripada bintang YouTube (50 peratus) atau bintang pop (38 peratus).
  • Remaja mengharapkan teknologi masa depan membenarkan mereka menjadi “digital” sebagaimana menjadi manusia: 78 peratus ingin memiliki peranti sambungan Internet yang diterapkan dalam hidup mereka, dengan 38 peratus melihatnya sebagai menggantikan telefon pintar mereka; 66 peratus percaya banyak kerja akan diambil alih oleh robot, bahkan 24 peratus percaya robot akan menjadi rakan karib mereka.

“Adalah menakjubkan bagaimana ‘digital’ menentukan bagaimana remaja melihat diri mereka dan juga orang lain, bagaimana mereka meluahkan diri mereka, bagaimana mereka belajar,” ujar Dr. Paul Redmond. “Mereka memerlukan akses dan sambungan berterusan, serta menggunakan kandungan dengan cara berbeza daripada generasi lama. Ini adalah generasi ‘kandungan percuma’ yang suka penstriman dan tidak perlu pemilikan, mendesak pembekal perkhidmatan meneliti model perniagaan baharu yang boleh memperbaiki pertalian remaja dengan jenama mereka.”

“Adalah begitu menarik bahawa separuh daripada remaja hari ini telah mempunyai pendirian teguh dalam memilih pembekal perkhidmatan selepas mereka mempunyai keupayaan  menanggung bil mereka sendiri kelak,” ujar Chris Williams, ketua pemasaran global bagi Amdocs. “Namun begitu kita tidak boleh mengabaikan kesan segera remaja ke atas perniagaan pembekal perkhidmatan dan tanggapan jenama memandangkan pengaruhnya ke atas ibu bapa yang membayar dan jangkauan luas khalayak melalui penggunaan prolifik media sosial mereka. Dengan digital yang begitu penting kepada kehidupan remaja, keperluan terhadap peralihan kepada pembekal perkhidmatan digital perlu dilakukan dengan segera. Pembekal perkhidmatan perlu bertindak sekarang dan membina pertalian dengan remaja, menerokai model pengewangan baharu bagi menangani permintaan untuk kandungan percuma serta mengguna pakai strategi penglibatan yang memberikan pengalaman mengasyikkan di seluruh perjalanan pelanggan. Tanpa mengira pembekal perkhidmatan akan berjaya atau sebaliknya dalam mengguna pakai model baharu ini akan menentukan keupayaan mereka untuk kekal relevan dalam masyarakat dan ekonomi masa akan datang.

Amdocs telah bekerjasama dengan pelbagai pelanggan bagi membantu menyampaikan model-model baharu ini. Salah satu contoh ialah projek dengan sebuah pembekal perkhidmatan besar di Amerika Utara bagi melaksanakan platform layan diri untuk menyampaikan titik sentuh dan perkhidmatan digital baharu yang menarik.

Kajian ini membuat tinjauan ke atas 4,250 responden yang berumur 15-18 tahun dari UK, AS, Kanada, Brazil, India, Jerman, Rusia, Mexico, Filipina dan Singapura.

(1) “Sebuah mesej daripada pelanggan masa depan anda”, Vanson Bourne, 2016

Sumber Sokongan

Mengenai Amdocs
Amdocs ialah peneraju pasaran dalam penyelesaian dan perkhidmatan perisian pengalaman pelanggan untuk pembekal perkhidmatan komunikasi, hiburan dan media terbesar di dunia. Selama lebih daripada 30 tahun, penyelesaian Amdocs yang merangkumi BSS, OSS, kawalan rangkaian, pengoptimuman dan pemayaan fungsi rangkaian, ditambah dengan perkhidmatan profesional dan terurus, telah memacu nilai perniagaan buat pelanggannya dengan memudahkan kerumitan perniagaan, mengurangkan kos dan menyampaikan pengalaman pelanggan bertaraf dunia.

Portfolio Amdocs membenarkan pembekal perkhidmatan menawan dunia langsung digital dengan beroperasi merentasi dimensi digital bagi melibatkan pelanggan dengan pengalaman peribadi dan saluran semua arah; mewujudkan kepelbagaian perniagaan bagi menawan aliran pendapatan baharu; menjadi data yang diberi kuasa untuk membuat keputusan perniagaan dan operasi berdasarkan tinjauan mendalam dan analisis ramalan; serta mencapai ketangkasan perkhidmatan bagi mempercepatkan pelaksanaan pantas teknologi baharu dan perkhidmatan rangkaian hibrid.

Amdocs dan pekerjanya seramai 24,000 orang berkhidmat untuk  pelanggan di lebih 90 buah negara. Amdocs yang disenaraikan di Global Select Market NASDAQ mencatatkan pendapatan berjumlah $3.6 bilion dalam tahun fiskal 2015.

Amdocs: Hayati Cabaran, Nikmati Kejayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Amdocs di www.amdocs.com

Pernyataan Yang Memandang Ke Hadapan Amdocs 
Siaran akhbar ini merangkumi maklumat yang membentuk pernyataan yang memandang ke hadapan yang dibuat menurut peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk pernyataan-pernyataan tentang pertumbuhan dan keputusan perniagaan Amdocs pada suku tahun akan datang. Walaupun kami percaya jangkaan yang dibayangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan sedemikian adalah berdasarkan andaian yang munasabah, kami tidak boleh memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan menjadi kenyataan atau sebarang penyimpangan tidak akan berlaku. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan akan datang berbeza daripada yang telah dijangkakan. Risiko-risiko ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kesan keadaan ekonomi umum, keupayaan Amdocs untuk berkembang dalam pasaran perniagaan yang dikendalikannya, keupayaan Amdocs untuk menyepadukan perniagaan yang diambil alih, kesan buruk persaingan pasaran, perubahan teknologi yang pesat yang boleh menyebabkan produk dan perkhidmatan Syarikat menjadi usang, potensi kehilangan pelanggan utama, keupayaan kami untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami, serta risiko yang berkaitan dengan operasi perniagaan di pasaran antarabangsa. Amdocs boleh memilih untuk mengemaskini pernyataan yang memandang ke hadapan ini pada satu masa  akan datang; walau bagaimanapun, pihak Syarikat secara spesifik menafikan apa-apa kewajipan berbuat demikian. Perkara ini dan risiko lain telah dibincangkan secara panjang lebar dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F bagi tahun fiskal berakhir 30 September, 2015 yang telah difailkan pada 10 Disember, 2015 dan borang 6-K suku tahun kami yang telah disediakan pada 16 Februari dan 17 Mei, 2016.

SUMBER : Amdocs 

Hubungan Media:

Sara Preto

PR Lakuran bagi Amdocs

Tel: +1-212-651-4214

Emel: sara.preto@fusionpr.com

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.