ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA LANCAR MOSFET N-SALURAN BERSAIZ KECIL DENGAN KELAS TERKEMUKA INDUSTRI BAGI RINTANGAN RENDAH UNTUK SUIS BEBAN DALAM APLIKASI PEMACU LED

Thursday 23/06/2016



AEC-Q101 layak untuk aplikasi automotif

TOKYO, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET N-saluran dalam pakej kecil untuk suis beban dalam aplikasi pemacu LED, termasuk meter papan pemuka automotif dan lampu puncak dan lampu belakang LED TV, yang berada dalam kelas terkemuka[1]  industri bagi rintangan  rendah. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula dari hari ini.

Bersama-sama dengan peningkatan penggunaan penjimatan kuasa LED, permintaan bagi MOSFET N-saluran, yang digunakan sebagai suis untuk pemacu LED juga telah meningkat. Bagi memenuhi permintaan, Toshiba telah menambah dua MOSFET pakej kecil dengan kelas terkemuka  industri bagi rintangan  rendah kepada barisannya, 60V "SSM3K341R" dan 100V "SSM3K361R". Produk-produk baharu itu mengurangkan pelesapan haba akibat daripada kerugian masa hidup dengan sebanyak kira-kira 65% berbanding produk[2] Toshiba sebelum ini. Di samping itu, MOSFET menggunakan SOT-23F pakej jenis plumbum rata bersaiz kecil, yang mengekalkan tahap pelesapan haba yang sama yang pada masa yang sama  mengurangkan kesan tapak sebanyak kira-kira 64% berbanding dengan pakej SOT-89 yang konvensional. Kedua-dua produk adalah AEC-Q101 layak untuk aplikasi automotif.

Spesifikasi Utama

Nombor Bahagian

 

Penarafan Maksimum Mutlak

 

Jenis RDS(ON). (mΩ)

 

Jenis Ciss.

 

VDSS

 

VGSS

 

ID

 

VGS=4.0V  

 

VGS=4.5V

 

  VGS=10V

 

(pF)

 

(V)

 

(V)

 

(A)

    

SSM3K341R

 

60

 

±20

 

6

 

43

 

36

 

28

 

550

SSM3K361R

 

100

 

±20

 

3.5

 

-

 

65

 

51

 

430

 

Nota
[1] Produk dengan penarafan yang sama, setakat 23 Jun, 2016. Kajian Toshiba.
[2] Berbanding dengan “SSM3K318R” Toshiba.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
1. SSM3K341R:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=SSM3K341R&region=apc&lang=en
2. SSM3K361R:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=SSM3K361R&region=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Isyarat Kecil & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3411
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51367429&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160623005383/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.