ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  HERBALIFE BERGANDING DENGAN BINTANG BOLA SEPAK DUNIA CRISTIANO RONALDO UNTUK MELANCARKAN MINUMAN SUKAN BAHARU 'CR7 DRIVE'

Friday 24/06/2016



Lebih 11,000 ahli bebas Herbalife menyaksikan pelancaran itu di acara tahunan Ekstravaganza Asia Pasifik  Herbalife di Seoul, Korea
 
SEOUL, Korea Selatan, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global, secara rasminya melancarkan minuman sukan mereka yang baharu, ‘CR7 Drive’, di acara tahunan Ekstravaganza Asia Pasifik  2016 mereka di Seoul, Korea yang berlangsung dari 17 hingga 19 Jun.
 
Dengan kerjasama bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, ‘CR7 Drive’, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian pemakanan sukan Herbalife24, telah dicipta untuk mengoptimumkan prestasi sukan dan memenuhi keperluan pemakanan yang khusus bagi peminat kecergasan kasual serta atlet profesional.
 
Sebagai satu langkah kontemporari ke atas minuman sukan tradisional, ‘CR7 Drive’ mengandungi tiga komponen utama yang diperlukan untuk prestasi sukan tanpa menggunakan perasa tiruan atau pemanis: peningkatan hidrasi, metabolisme sokongan dan tenaga. ‘CR7 Drive’  boleh didapati di Korea, Hong Kong, Jepun, Macau dan Taiwan, dan akan dilancarkan di pasaran lain di seluruh rantau Asia Pasifik pada bulan-bulan akan datang.
 
"Sebagai sebuah syarikat nutrisi global, kami sangat teruja untuk memperkenalkan ‘CR7 Drive’ kepada mereka yang berasa di rantau Asia Pasifik," kata Frank Lamberti, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Utara Herbalife. "Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain bola sepak  terulung yang menitik-beratkan pemakanan yang baik dan mempunyai pengikut yang besar di rantau ini. Oleh itu, kami berbesar hati untuk menawarkan produk pemakanan sukan ini kepada pasaran Asia Pasifik."
 
Dengan hanya 50 kalori bagi setiap sudu, ‘CR7 Drive’ telah dirumuskan dengan glukosa yang tinggi berbanding nisbah fruktosa, bersama-sama dengan 320 mg elektrolit penting untuk menyalurkan penghidratan optimum ketika badan paling memerlukannya. ‘CR7 Drive’ juga mengandungi vitamin B12, vitamin penting yang diperlukan untuk menyokong metabolisme, serta campuran karbohidrat yang baik untuk memberikan tenaga yang diperlukan untuk pretasi sukan yang terbaik.
 
Pelancaran ‘CR7 Drive’ itu telah diadakan di acara tahunan Ekstravaganza Asia Pasifik  Herbalife yang diharidi lebih dari 11,000 ahli bebas Herbalife. Eksekutif utama Herbalife yang lain juga turut hadir pada pelancaran tersebut.
 
Maklumat mengenai Herbalife:
 
Herbalife ialah sebuah syarikat nutrisi bertaraf dunia yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya yang hebat sejak tahun 1980. Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan produk penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui Ahli Bebas Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk menangani masalah obesiti dan pemakanan yang tidak sihat di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, bimbingan khusus seorang ke seorang dengan seorang ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup sihat dan aktif.
 
Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh pelusuk dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain.
 
Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2015. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Herbalife.com.
 
Contacts
Herbalife Asia Pacific
Daliea Mohamad-Liauw, +852 3589 2643
Naib Presiden, Perhubungan Korporat,
dalieal@herbalife.com 

 
Sumber: Herbalife
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160620005415/en/

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.