ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  UNIONPAY HCE QUICKPASS MUDAH ALIH BUAT KEMUNCULAN PERTAMA KALI DI LUAR NEGARA DI KOREA SELATAN

Tuesday 28/06/2016



SHANGHAI, China, 28 Jun, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 27 Jun, UnionPay International dan KT Corporation bersama-sama dengan anak syarikatnya BCcard membuat pengumuman bersama untuk melancarkan UnionPay HCE QuickPass Mudah Alih di Korea Selatan, yang akan membolehkan pemegang kad UnionPay tempatan untuk membayar dengan mengetik telefon bimbit mereka. Korea Selatan menjadi pasaran luar negara yang pertama yang melancarkan QuickPass mudah alih. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Hwang Chang-Gyu, Ketua Pegawai Eksekutif KT Corporation, dan Suh Joon-Hee, Ketua Pegawai Eksekutif BCcard menghadiri majlis pelancaran tersebut.
 
QuickPass Mudah Alih adalah penyelesaian pembayaran mudah alih yang baharu oleh UnionPay. Ia menyokong kedua-dua pembayaran tanpa sentuh luar talian dan pembayaran dalam talian. Ia merangkumi pelbagai produk pembayaran mudah alih, termasuk HCE, Apple Pay dan Sumsang Pay. Ia adalah lebih selamat daripada produk pembayaran mudah alih yang lain, kerana ia memberikan jaminan keselamatan berganda termasuk kata laluan dinamik dan tanda pembayaran. Nombor kad bank sebenar tidak dipaparkan semasa membuat pembayaran dan maklumat urus niaga disimpan dengan baik dalam rangkaian pengeluar kad dan UnionPay.
 
Dua faktor memudahkan kemunculan buat pertama kali QuickPass mudah alih di Korea Selatan. Pertama, lebih 19 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di sana. Kedua, sepanjang tempoh 5 bulan pertama tahun ini, jumlah urus niaga bagi kad UnionPay yang dikeluarkan di Korea di tanah besar China meningkat 45% tahun ke tahun. Kad UnionPay telah menjadi satu kaedah pembayaran yang penting bagi penduduk Korea yang melawat China.
 
Pada masa ini, pemegang kad Korea boleh mengikat kad UnionPay mereka yang dikeluarkan oleh BCcard atau oleh anggotanya dengan telefon mudah alih mereka yang dibolehkan NFC. Mereka kemudian boleh mengetik telefon mereka untuk membayar di terminal QuickPass di kedai Doota, di kesemua kedai Watsons tempatan dan kedai GS25 dan Gong Cha, dan juga di lebih 7 juta terminal QuickPass di seluruh tanah besar China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura dan New Zealand.
 
Ge Huayong berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah penting yang diambil oleh UnionPay dalam mempromosikan QuickPass mudah alih mereka di seluruh dunia. Ia meningkatkan ciri-ciri keselamatan menggunakan kad dan memenuhi keperluan tabiat penggunaan kad baharu oleh pemegang kad. Ia juga membantu mengumpul pengalaman untuk pengembangan QuickPass mudah alih ke pasaran luar negeri yang lain. Pelancaran produk dan perkhidmatan berinovatif UnionPay di luar negara akan menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih fleksibel untuk pelawat luar negara.
 
Kini, ia adalah amat mudah untuk menggunakan kad UnionPay di Korea Selatan. Kira-kira 70,000 ATM menerima kad UnionPay untuk pengeluaran tunai. Kesemua peniaga yang menerima bayaran menggunakan tandatangan kini menerima kad kredit UnionPay, manakala kira-kira 1.63 juta peniaga menerima kad UnionPay untuk pembayaran berasaskan PIN. Semua teksi tempatan menerima kad kredit UnionPay. Lebih 60,000 peniaga dalam talian Korea menerima pembayaran UnionPay secara dalam talian.
 
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.