ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TROPICANA BEKERJASAMA DENGAN KUMPULAN PANASONIC UNTUK MEMBINA RUMAH EKOLOGI BERINOVATIF

Tuesday 28/06/2016



-Pelancaran 272 rumah berkembar Cheria Residences di Tropicana Aman menandakan kerjasama strategik yang pertama oleh kedua-dua syarikat itu di Malaysia.

-PanaHome Malaysia, anak syarikat perumahan milik Panasonic akan menyediakan teknologi Jepun yang berkualiti daripada pembangunan pembinaan kepada pemasangan rumah dengan sistem dan aplikasi pintar.

PETALING JAYA, Malaysia, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berpegang teguh kepada misinya untuk membina sebuah komuniti yang mampan dan berdaya maju, pemaju hartanah Tropicana Corporation Berhad ("Tropicana") telah menjalin satu kerjasama strategik dengan PanaHome Malaysia Sdn Bhd ("PanaHome Malaysia"), sebuah anak syarikat tempatan milik PanaHome Corporation yang berpangkalan di Jepun, untuk membina 272 buah rumah berkembar ekologi berinovatif di bandar terbarunya, Tropicana Aman. Pelancaran Cheria Residences, fasa ketiga bagi presint kediaman di Tropicana Aman yang berkeluasan 863 ekar menandakan kerjasama pertama di antara kedua-dua buah syarikat.

Diperbadankan pada tahun 1979, Tropicana adalah perintis bagi pembangunan bertemakan pusat peranginan, dengan lebih 42 projek disiapkan dan 16 pembangunan sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963, PanaHome telah membina sejumlah kira-kira 470,000 rumah kediaman di Jepun sepanjang 50 tahun yang lalu. Cheria Residences adalah ilham oleh kedua-dua syarikat, yang merangkumi reka bentuk dan konsep yang berinovatif yang dilengkapi dengan teknologi pembinaan pintar Jepun yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Majlis menandatangani perjanjian itu menandakan satu lagi peristiwa penting bagi Kumpulan itu dan telah disaksikan oleh Encik Yasuteru Fujii, Penasihat Korporat bagi Panasonic & PanaHome Corporation. Tropicana telah diwakili oleh Dato' Yau Kok Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Dato' Dickson Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; manakala PanaHome diwakili oleh Encik Kenji Koyama, Pegawai Eksekutif dan Encik Haruhiko Kuwano, Pengarah Urusan PanaHome Malaysia.

Bercakap pada majlis tersebut, Dato' Yau Kok Seng berkata Tropicana sentiasa berusaha segerak dengan denyut nadi masyarakat tempatan untuk memperkayakan kehidupan dan meningkatkan ekosistem. "Membina rumah-rumah pintar yang berinovatif dengan PanaHome adalah satu tanda komitmen kami untuk tidak hanya mewujudkan perkongsian yang harmoni demi manfaat pelanggan kami tetapi akhirnya, untuk mewujudkan sebuah bandar yang ideal dan bersemangat yang mampan dan holistik secara semula jadinya. Melangkah ke hadapan, Tropicana merancang untuk membina lebih banyak rumah mampan di setiap bandarnya."

Dato' Yau berkata, "Tropicana Aman bakal menjadi sebuah tempat yang indah di mana seseorang boleh memperlambatkan rentak, menghirup udara segar, mencari keseimbangan dalam kehidupan dan hidup dalam sebuah persekitaran yang mesra untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. PanaHome Malaysia berhasrat untuk melakukan perbezaan dengan mewujudkan "EcoNation" di mana seseorang boleh bekerja, hidup dan bermain dalam sebuah persekitaran yang sihat. Kami berkongsi visi yang sama untuk mewujudkan sebuah komuniti yang lebih baik dengan rumah pintar masa hadapan kami dan oleh itu, ini adalah satu perkongsian yang sangat strategik".

Bercakap bagi pihak PanaHome Malaysia, Encik Haruhiko Kuwano berkata, "Dengan visi Tropicana untuk mentakrifkan semula seni hidup dan komitmennya untuk membina pembangunan bertemakan pusat peranginan yang mewah, saya percaya kami bersama-sama boleh mewujudkan sebuah bandar yang lebih bertenaga di Tropicana Aman. Sinergi di antara perancangan induk Tropicana dan teknologi pembinaan pintar Jepun oleh PanaHome akan sudah pasti menambahkan nilai kepada presint Cheria Residences di Tropicana Aman".

Cheria Residences yang diumumkan baru-baru ini dijangka dilancarkan pada pertengahan Julai 2016 dan dijangka siap pada tahun 2019. Terletak di atas kawasan subur seluas 38.5 ekar, rumah berkembar dua tingkat yang luas itu mempunyai keluasan 3,200 hingga 3,670 kaki persegi dengan anjung kereta yang luas yang boleh memuatkan tiga buah kereta. Penduduk masa hadapan di presint berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan ini juga akan menikmati taman sentral mereka sendiri dan taman linear seluas 4.73 hektar, trek pejalan kaki dan trek joging sejauh 3 kilometer dan sebuah dewan komuniti khusus.

Dari segi teknologi Jepun yang berinovatif dan berkualiti, setiap Cheria Residence direka untuk menjadi cekap tenaga dan mesra alam sekitar. Kaedah pembinaan menggunakan teknologi panel konkrit bertetulang untuk memastikan struktur bangunan yang konsisten dan berkualiti tinggi.

PanaHome juga menawarkan pengudaraan udara dan teknologi penebat haba yang membekalkan aliran yang efektif dan peredaran udara sejuk semula jadi dan pada masa yang sama, mengurangkan penghantaran haba dari siling tidak seperti isu yang dihadapi dalam bangunan konvensional. Sistem pengudaraan tertanam PURETECH PanaHome yang unik menapis habuk dan pencemaran udara dan penapis khas itu boleh mengeluarkan sehingga lebih 95% daripada zarah udara yang berbahaya. Bahan-bahan penebat haba terma akan digabungkan di belakang siling bagi membantu mengurangkan pengaliran haba untuk menjaga ruang keluarga sentiasa sejuk dan bersih secara semula jadi bagi penghuninya tanpa memerlukan penyaman udara yang berlebihan, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga.

Dalam skop peralatan elektronik dan keselamatan yang dipasang, PanaHome akan menggabungkan sistem interkom video dan rangkaian rumah untuk mencegah jenayah. Dengan interkom video terbina dalam, penduduk akan dapat melihat wajah pelawat mereka tanpa perlu membuka pintu. Sistem keselamatan Panasonic disambungkan kepada telefon pintar untuk memantau status rumah anda dari jauh walaupun anda berada di luar rumah.

Maklumat mengenai Tropicana Aman

Terletak bersebelahan dengan kawasan kejiranan mewah yang semakin meningkat di Kota Kemuning, Tropicana Aman merangkumi kawasan seluas 863 ekar persekitaran indah yang menawarkan kedua-dua komponen kediaman dan komersial. Perbandaran itu juga mempunyai sebuah Taman Sentral seluas 85 ekar dengan sebuah rumah kelab komuniti pusat. Tropicana juga membina sebuah kampus Tenby International School di kawasan seluas 10 ekar dan dijangka memulakan pengambilan pertama pada September 2018, dengan menawarkan program berorientasikan pelajar antarabangsa untuk pelajar berumur dari 3 hingga 18 tahun. Dari segi jalan masuk, Tropicana Aman dihubungkan dengan enam lebuh raya utama - Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat yang sedang dalam pembinaan.

Sejak dilancarkan pada Mei 2015, Arahsia Residences, fasa pertama bagi Tropicana Aman telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kesemua 432 unit rumah berangkai 100% dibeli. Fasa kedua, Bayan Residences dilancarkan pada Ogos 2015 dan telah mencatatkan jualan melebihi 90%. Cheria Residences, fasa ketiga akan dilancarkan pada pertengahan Julai 2016. Pembeli yang berminat digalakkan untuk menghubungi 1700 81 8868 atau melawat Galeri Hartanah Tropicana Aman yang dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Maklumat mengenai Tropicana Corporation Berhad

Disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 1992, Tropicana Corporation Berhad terlibat dalam perniagaan yang termasuk Pembangunan Hartanah & Tempat Peranginan, Pelaburan Hartanah, Pembuatan dan Pemegang Pelaburan. Untuk maklumat lanjut mengenai Tropicana, sila layari www.tropicanacorp.com.my

Maklumat mengenai PanaHome Corporation

Diwujudkan pada tahun 1963, PanaHome Corporation melakarkan penubuhannya kepada visi Encik Konosuke Matsushita, pengasas Panasonic Corporation, yang mendalam yang percaya dalam membina rumah berkualiti untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat. Sebagai anak syarikat perumahan bagi Kumpulan Panasonic, PanaHome mencatatkan jualan bersih disatukan sebanyak 325.6 bilion yen bagi tahun berakhir 31 Mac 2015. PanaHome telah membina sejumlah kira-kira 470,000 rumah kediaman di Jepun sejak 50 tahun yang lalu. Ia telah mengembangkan perniagaannya ke luar negara, ke Taiwan pada tahun 2010, Malaysia pada tahun 2012 dan Indonesia pada tahun 2016. Pada tahun 2015, ia menubuhkan PanaHome Asia Pacific Pte Ltd untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri perumahan di seluruh rantau Asia Tenggara dan Oceania. Untuk maklumat lanjut mengenai PanaHome, sila layari laman web syarikat itu di www.panahome.jp/english/

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51370742&lang=en

Hubungi

Hubungan Media:
Panasonic Corporation
Global Communications Department
Media Promotion Office
E-mel: presscontact@ml.jp.panasonic.com


Sumber: Panasonic Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.