ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  KEMBARA RAMADHAN UMW 2016

Tuesday 28/06/2016



SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- UMW Community Champions, sukarelawan yang terdiri dari kakitangan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) baru-baru ini telah mengembara sejauh 450 ke Laloh, Kelantan untuk membahagikan Pek Ramadhan dan barang keperluan. 

Laloh ialah sebuah kawasan di Kuala Krai yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Kelantan dan negeri-negeri di pantai timur pada tahun 2014.  Ramai penduduk Laloh masih bergelut untuk menyara hidup semenjak kediaman mereka musnah atau dihanyutkan air.

Seramai 20 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) menaiki 10 buah kenderaan pacuan empat roda bersama pasukan Four Wheelers For Charity (4W4C) telah dilepaskan oleh Ketua Pengarah Operasi Kumpulan di ibu pejabat UMW di Shah Alam.

UMW Community Champions menggunakan Masjid Mukim Karangan Daerah Olak Jeram pada keesokan hari di mana mereka menyediakan Pek Ramadhan untuk dibahagikan kepada 116 keluarga miskin dan kurang berkemampuan dari Kampung Karangan Meranti, Kampung Karangan Baru, Kampung Karangan Lama and Kampung Sungai Benir.  Sukarelawan UMW turut pergi ke rumah penduduk-penduduk yang keuzuran dan tidak dapat menghadirkan diri ke masjid.

Muzafar Munzir, Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan UMW berkata, “Kembara Ramadhan ini memberikan peluang untuk Community Champions UMW untuk melawat semula komuniti-komuniti di kawasan yang dilanda banjir di mana UMW turut terlibat dalam misi kemanusiaan pasca banjir pada awal tahun lepas”.

Majlis berbuka puasa turut dijalankan bersama dengan penduduk kampung di masjid tersebut dan sukarelawan UMW bergotong-royong bersama ahli jawatankuasa Kampung Karangan dalam menyediakan pelbagai masakan Kelantan sebagai juadah berbuka.  Adalah menjadi harapan UMW supaya Pek Ramadhan yang disumbangkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penduduk kampung dan membawa sedikit keriangan menjelang Aidilfitri.

SUMBER :  UMW Corporation Sdn Bhd (UMW)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : S Vikneshwaaran
Head, Investor & Media Relations
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel : +603 5163 5044 / +6019 850 5799
Emel : vikneshwaran.s@umw.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.