ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PERISIAN BAHARU UNISYS CLEARPATH FORWARD EPORTAL MEMBERI KUASA "SENTIASA TERBUKA" BAGI APLIKASI AWAN-KE-MUDAH ALIH

Wednesday 29/06/2016



AsiaNet 64933

BLUE BELL, Pa., 29 Jun, 2016 / Medianet International-AsiaNet / --
 
Ketersediaan dan ciri-ciri pembangunan baharu membolehkan pelanggan untuk mengekalkan prestasi tinggi dan membina persekitaran aplikasi hibrid, yang disatukan.
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan ClearPath Forward (TM) ePortal 7.0
(http://www.app5.unisys.com/library/gmMail/emails/documents/CP_
June_2016/whatsnew_june2016.html
)
– edisi terbaharu penyelesaian pemodenan dan pembangunan aplikasi bersepadu, sangat berautomatik syarikat itu untuk memperluaskan aplikasi ke persekitaran peranti mudah alih, aplikasi web dan berorientasikan perkhidmatan (SOA).
 
Boleh didapati dengan serta merta bagi Unisys ClearPath MCP (
http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-
forward-libra-systems/clearpath-forward-eportal-for-mcp

) dan OS 2200 (
http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-
forward-dorado-systems/clearpath-forward-eportal-for-os-2200
)persekitaran pengoperasian, ePortal 7.0 termasuk ciri-ciri ketersediaan kelas perusahaan yang diperluaskan, keupayaan diperluaskan untuk pembangunan aplikasi untuk pelbagai peranti mudah alih dan sokongan tambahan bagi penyatuan peranti pembangunan standard de facto yang digunakan secara meluas. Pelanggan juga boleh menggunakan Perkhidmatan Unisys ClearPath Forward ((http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/
clearpath-forward-services
) bagi menemui cara-cara untuk membuat pembaharuan dengan ePortal 7.0 dan membina ke atas pelaburan jangka panjang mereka dengan perisian ClearPath dan pada masa yang sama mencari kecekapan kos baharu.
 
Ciri-ciri baharu direka untuk menguatkan penyelesaian ePortal yang kuat dan fleksibel sebagai perkara penting bagi perusahaan bertakrifkan perisian memanfaatkan sebuah model perniagaan digital yang menghubungkan kesemua sumber IT - daripada awan kepada pusat data, komputer meja dan lokasi mudah alih – bagi kelebihan berdaya saing.
 
"Penyelesaian ePortal 7.0 membolehkan pelanggan untuk membina sebuah perisian yang jelas, infrastruktur IT 'sentiasa terbuka' yang membantu organisasi mereka mencapai prestasi yang berterusan yang mereka perlukan dalam perniagaan mereka yang berintensifkan urus niaga dan menjadi lebih tangkas dalam mengambil kesempatan daripada peluang-peluang perniagaan yang baru muncul," kata Brian Herkalo, pengarah, ClearPath Forward Solutions, Unisys. "Kami komited untuk terus meningkatkan penyelesaian strategik dan memberi perkhidmatan kepada keperluan pelanggan kami bagi mengekal dan membina kelebihan berdaya saing yang diberikan oleh ClearPath Forward kepada mereka."
 
Ciri-ciri baharu penambahan Ketersediaan Dipertingkat, Berskala dan Kebingkasan Mobiliti kepada keupayaan Manager dalam ePortal 7.0 merangsangkan ketersediaan sistem dan menghapuskan titik tunggal bagi kegagalan aplikasi, sekali gus membolehkan penyelesaian untuk secara terus menyampaikan beban puncak yang sangat berskala bagi transaksi sesaat ia telah direka untuk memberi sokongan. Jika Manager utama di mana satu aplikasi ePortal sedang menemui kegagalan, Manager sekunder secara automatik mengambil alih. Laluan rangkaian lewah sepenuhnya memastikan data perniagaan kritikal mengalir ke aplikasi itu.
 
Satu keupayaan Apps Mudah Alih Berbilang Peranti dalam ePortal 7.0 membolehkan pemaju untuk membina aplikasi mudah alih hibrid dengan menggunakan versi terbaharu bagi keupayaan pembangunan web biasa, termasuk Google Android 6.0 Marshmallow, Apple iOS 9 dengan sokongan WKWebview dan Apps Microsoft Windows 10 Universal yang baharu.
 
ePortal 7.0 menyokong kerangka pembangunan Microsoft .NET yang terkini dan boleh digunakan dengan Microsoft Visual Studio 2015. Digabungkan dengan sokongan bagi Apps Windows 10 Universal, keupayaan ini membolehkan pemaju untuk menggunakan templat projek untuk mewujudkan aplikasi bagi pelbagai peranti Windows yang menggunakan satu kod asas yang sama, termasuk komputer meja, tablet dan telefon pintar.
 
Perkhidmatan Perundingan Melengkapkan Penambahan Perisian
Berikut adalah Perkhidmatan ClearPath Forward yang penting yang melengkapkan ePortal 7.0 yang dipertingkatkan:
– Perkhidmatan Perundingan/ PoC – membantu pelanggan meluaskan aplikasi ClearPath yang dipilih kepada persekitaran mudah alih, web atau perkhidmatan web dengan membina bukti konsep yang menggunakan ePortal untuk mewujudkan skrin antara muka pengguna atau urus niaga pengguna yang khusus;
– Perkhidmatan Pelaksanaan – pemasangan dan konfigurasi ePortal Edisi Perusahaan, bagi pelanggan yang lebih besar, di platform MCP atau OS 2200 yang sedia ada;
– Perkhidmatan Aplikasi Pembangunan – bantuan dalam pembolehan web dan mudah alih bagi aplikasi perusahaan yang sedia ada dan pembangunan perusahaan baharu dan aplikasi mudah alih pengguna untuk pelbagai platform.
 
Perkhidmatan ClearPath Forward yang lain yang tersedia kepada pengguna ePortal 7.0 termasuk Pembinaan Awan dan Penerbitan, bagi pembangunan dan pelaksanaan aplikasi hibrid ke kedai-kedai aplikasi yang berasaskan awan; Pengesahan Pengguna dan Pengalaman Reka Bentuk, untuk membina pengesahan pengguna berbilang faktor dan antara muka mudah alih moden ke dalam aplikasi melalui ePortal; dan Latihan Pelanggan bagi pendidikan intensif dan di lokasi, mengenai penggunaan dan faedah ePortal.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com.
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys)
Dan di China di: www.weibo.com/unisyschina atau Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
 
SIARAN NO.: 0629/9433
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.
UIS-C
  
Hubungi:
Claire Hosegood,
Unisys,
+61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
SUMBER: Unisys Corporation


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.