ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA LANCAR PENCAHAYAAN PEMACU IC LED DENGAN INPUT WAYAR TUNGGAL

Thursday 30/06/2016



- LDO terbina dalam dan pin rantaian daisy merealisasikan pengecilan modul LED

TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62D786FTG", sebuah pemacu IC LED yang baharu dengan input wayar tunggal dan output 9 saluran, untuk peralatan hiburan dan aplikasi pencahayaan LED. Pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada musim luruh ini.

Produk baharu itu menggunakan antara muka wayar tunggal yang dikodkan di Manchester, yang pada kebiasaannya digunakan bagi komunikasi tanpa wayar, dan bilangan isyarat input dikurangkan kepada satu. Di samping itu, pin rantaian daisy terbina dalam dan satu litar pengaturan linear (LDO, output 5V) dengan input sehingga 28V meningkatkan perluasan unit pemacu LED itu.

Dalam satu sistem yang biasa, bekalan kuasa perlu dibekalkan kepada pemacu IC  LED dan LED secara berasingan. Menggunakan produk baharu itu, jumlah wayar di antara mikropengawal (atau sebuah pengawal) dan sebuah unit pemacu LED yang dipasang pada pemacu baharu boleh dikurangkan kepada empat wayar (bekalan kuasa tunggal, input wayar tunggal, satu wayar output rantaian daisy, dan GND), dan satu unit operasi voltan bekalan tunggal dengan pengurangan pendawaian boleh diwujudkan dengan satu pakej padat (VQFN24). Ini juga membolehkan saiz unit papan LED dikecilkan.

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
- Antara muka wayar tunggal terbina dalam
- Pin rantaian daisy terbina dalam
- Litar pengaturan linear (LDO, output 5V) sehingga input 28V
- Pakej padat (VQFN24) 
 
Spesifikasi Utama bagi Produk Baharu
Nombor bahagian TB62D786FTG
Isyarat input Input wayar tunggal (5V sistem CMOS), frekuensi pemindahan 0.5MHz to 2MHz
Voltan bekalan kuasa 
Pengatur linear terbina dalam (5V): 7 hingga input 28V
Voltan kawalan
 
IC: 4.5 to 5.5 V
 
Output LED  28V×85mA×9 saluran pemacu arus malar (5mA hingga 40mA disyorkan)
Pencahayaan boleh dikawal dengan peringkatan PWM, dari 0 sehingga 127,
ID Berkod keras Sehingga 64 pemacu ID
Pakej P-VQFN24-0404-0.50-001
Harga sampel 110 yen (termasuk cukai)
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB62D786FTG®ion=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba IC bagi peralatan hiburan, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/application/amusement.html

Pertanyaan pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur & Pemasaran Tel:+81-44-548-2821
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51372712&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160630005455/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​


 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.