ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  CABARAN "WASHOKU" SEDUNIA 2016: PENYERTAAN DIPELAWA UNTUK PERTANDINGAN MASAKAN JEPUN BAGI BUKAN WARGANEGARA JEPUN

Thursday 30/06/2016



AsiaNet 64949
  
TOKYO, 30 Jun, 2016 /Kyodo JBN/ --
 
Cabaran Washoku Sedunia (WWC) 2016, satu pertandingan "washoku," atau masakan Jepun, yang terhad kepada warga asing, sekali lagi akan diadakan pada tahun ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun. Acara itu bertujuan untuk mengenal pasti individu berbakat yang terlibat dalam bidang masakan Jepun di negara dan wilayah yang berlainan, dan mempopularkan lagi daya tarikan istimewa makanan Jepun.
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201606271958/)
 
Tahun ini menandakan kali keempat penganjuran acara seperti itu, dan kami telah mula menerima permohonan daripada tukang masak bukan warganegara Jepun untuk bersaing dalam WWC. Tarikh akhir bagi penyertaan dijadual pada 31 Ogos. Sepuluh pemohon yang telah lulus saringan awal akan mengambil bahagian dalam pertandingan akhir yang akan diadakan di Tokyo pada 15 Disember, 2016.
 
Pemeriksaan awal dokumen akan diadakan pada pertengahan September, berdasarkan kepada borang penyertaan pemohon yang menerangkan resipi hidangan mereka. Peserta akan dinilai secara menyeluruh mengenai bagaimana hidangan mereka sesuai dengan ciri-ciri masakan Jepun, serta keindahan terhadap penampilan, keaslian dan pendekatan pemohon ke arah masakan Jepun. Saringan kedua akan diadakan pada awal Oktober di mana hakim mencuba hidangan yang dicipta semula, berdasarkan kepada resipi, dan memilih 10 peserta akhir yang akan pergi ke pertandingan sebenar. Dalam pertandingan sebenar itu, finalis akan diminta untuk menyediakan, di tempat pertandingan, hidangan yang dinyatakan dalam borang penyertaan mereka, ditambah dengan satu lagi hidangan lain yang menggunakan bahan-bahan khusus sebagai tugasan mereka. Satu panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar masakan dan individu terkenal akan menilai peserta berdasarkan kepada teknik masakan mereka, citarasa hidangan, dan tahap kesempurnaan yang dicapai.
 
Untuk menyebarkan lagi populariti masakan Jepun dan bahan-bahan makanan Jepun di seluruh pelusuk dunia, dan menjadikan mereka sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat, kehadiran tukang masak dari negara-negara yang berbeza yang memahami cita rasa rakyat tempatan adalah amat penting. WWC bertujuan untuk mencari peserta lelaki dan wanita yang menawarkan makanan Jepun yang tulen dan lazat, dan menyokong usaha mereka dalam menyumbang lagi ke arah menyebarkan bahan-bahan makanan dan makanan Jepun.
 
Bagi butiran mengenai cara untuk memohon, sila rujuk kepada laman web berikut:
http://washoku-worldchallenge.jp/2016/en/
 
Untuk pertanyaan mengenai perkara berkaitan penyertaan:
http://washoku-worldchallenge.jp/2016/en/index.html#contact
  
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Washoku Sedunia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.