ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PENYERTAAN DIPELAWA BAGI FESTIVAL KESENIAN MEDIA JEPUN KE-20

Thursday 30/06/2016



AsiaNet 64951
  
TOKYO, 30 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Jawatankuasa Eksekutif Festival Kesenian Media Jepun akan menganjurkan Festival Kesenian Media Jepun ke-20. Kami akan menerima penyertaan tidak lama lagi yang memaparkan bentuk baharu ekspresi yang mencerminkan zaman moden kita pada masa ini.
 
Laman Sesawang Rasmi Festival Kesenian Media Jepun:
http://festival.j-mediaarts.jp/en/
 
Tempoh Penyertaan: dari 7 Julai hingga 9 September, 2016.
(18:00 Waktu Standard Jepun)
Penyertaan dipelawa daripada pencipta profesional, amatur, bebas dan komersial dari seluruh dunia. Hasil kerja harus disiapkan atau diserahkan antara 10 September, 2015 dan 9 September, 2016. Penyertaan diterima dalam empat bahagian dan dalam pelbagai kategori dalam bidang Kesenian Media (Bahasa Jepun: "Media Geijutsu").
 
Garis Panduan Penyertaan:
Bahagian Kesenian: Kesenian interaktif, pemasangan media, hasil kerja video, pemasangan video, seni grafik (ilustrasi digital, gambar digital, grafik komputer, dan sebagainya), seni Internet, persembahan media, dan lain-lain.
 
Bahagian Hiburan: Permainan, (permainan video, permainan dalam talian, dan sebagainya), hasil karya video/ bunyi (video muzik, video persendirian dan pengiklanan, dan sebagainya), produksi multimedia (termasuk kesan khas video, persembahan, projeksi), peralatan, peranti elektronik , laman web (termasuk promosi web, projek sumber terbuka), aplikasi perisian, dan lain-lain.
 
Bahagian Animasi: Animasi filem cetera, animasi filem pendek, siri animasi, dan lain-lain.
 
Bahagian Manga: Komik yang diterbitkan dalam bentuk buku, komik yang diterbitkan dalam majalah (termasuk hasil kerja yang masih diterbitkan bersiri), komik diterbitkan dalam talian (untuk komputer atau mudah alih), komik yang diterbitkan sendiri, dan lain-lain.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari alamat di bawah:
http://festival.j-mediaarts.jp//download/press_release_0630_en.pdf
 
Untuk borang penyertaan, sila layari alamat di bawah:
http://festival.j-mediaarts.jp/en/entry/entry-guidelines/
 
Festival Kesenian Media Jepun adalah satu perayaan yang menyeluruh bagi Kesenian Media (Bahasa Jepun: "Media Geijutsu") yang memuliakan hasil kerja cemerlang daripada pelbagai bentuk media daripada animasi dan komik kepada seni media dan permainan. Festival itu memberikan anugerah dalam setiap empat bahagian: Seni, Hiburan, Animasi dan Manga. Ia juga menyediakan satu platform untuk penghayatan bagi yang memenangi anugerah dan hasil kerja lain yang terpuji. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, festival itu telah mengiktiraf hasil kerja penting bagi kesenian dan kreativiti yang tinggi, dan di samping Pameran Tahunan bagi Hasil Kerja yang memenangi anugerah, acara-acara lain, seperti simposium, tayangan dan pameran telah diadakan.
  
Sumber: Festival Kesenian Media Jepun 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.