ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BENTLEY DAN SHELL UMUM PERJANJIAN RANGKA KERJA GLOBAL

Friday 01/07/2016



ProjectWise ConstructSim Meningkatkan Pelaksanaan Pembinaan Projek Modal melalui Pengemasan Kerja Termaju

EXTON, Pa., 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bentley Systems, Incorporated, sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian perisian yang menyeluruh bagi kemaraan infrastruktur, hari ini mengumumkan satu Perjanjian Rangka Kerja Global yang baharu dengan Shell. Perjanjian itu bertujuan untuk meningkatkan pelaksanaan pembinaan projek modal Shell menerusi penyelesaian pengurusan pembinaan 4D/5D automatik yang disediakan oleh Bentley sebagai satu perkhidmatan terurus. Penyelesaian itu, yang didasarkan kepada ProjectWise ConstructSim oleh Bentley, akan digunakan sebagai sebahagian daripada program ProjectVantage Shell. Penawaran yang berinovatif ini, yang memudahkan pakej kerja untuk kejuruteraan, pembinaan, dan pemasangan, mematuhi metodologi Pengemasan Kerja Termaju (AWP) bagi Institut Industri Pembinaan (CII).
 
Perjanjian Rangka Kerja Global dengan Bentley itu mendasari program ProjectVantage Shell, satu pendekatan data berpusat bersepadu pelbagai vendor bagi penyampaian projek modal. Program yang terkemuka dalam industri ini bertujuan untuk menyampaikan projek dengan lebih selamat dan lebih baik secara lebih cepat dengan:

• meningkatkan disiplin bersilang dan kerjasama pembekal;
• mengawal data sepanjang kitaran hayat projek modal; dan
• mengaplikasikan standard dan membolehkan replikasi.
 
Shell memilih ProjectWise ConstructSim sebagai asas kepada penyelesaian pengurusan pembinaannya bagi:

• meningkatkan keupayaan mereka untuk secara visual merancang dan melaksanakan kerja dengan selamat, mengelakkan mobilisasi pramatang dan masa henti dan menghapuskan kekangan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan, logistik, bahan-bahan, ketersediaan tenaga kerja, permit, dan dokumentasi;
• memastikan "kesediaan kejuruteraan" yang lebih berkesan melalui aplikasi pengemasan kerja termaju untuk mempertingkatkan tahap pembinaan; dan
• meningkatkan produktiviti di lapangan, yang mengoptimumkan kebolehpercayaan jadual, memaksimumkan masa bekerja, meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko, sekali gus menghasilkan penjimatan kos yang besar.
 
Greg Bentley, Ketua Pegawai Eksekutif Bentley Systems dan penaja eksekutif bagi perhubungan syarikat itu dengan Shell, berkata, "Shell patut diberikan pujian kerana mengetuai industri tenaga bagi mencari cara-cara yang berinovatif untuk terus meningkatkan kemampuan bagi projek-projek modal, melalui kecekapan dan kebolehramalan yang dicapai melalui Pengemasan Kerja Termaju CII ini. Dengan memperjuangkan AWP melalui ProjectVantage untuk projek-projek mereka sendiri, Shell juga membantu EPC mereka terhadap kejayaan pencapaian penyampaian projek – dengan memanfaatkan teknologi perisian dan perkhidmatan awan, bagi faedah setiap projek. Pengalaman Shell setakat ini dalam menggunakan inisiatif 4D dan 5D ke atas projek-projek besar menguatkan penemuan kedua-dua CII mengenai peningkatan produktiviti yang dicapai melalui AWP, serta sumbangan ProjectWise ConstructSim itu."
 
Martin Swaine, pengurus program Shell 4D/5D, berkata, "Shell amat gembira dengan trend manfaat yang dilihat semasa penggunaan ProjectWise ConstructSim yang semakin meningkatkan pada projek-projek kami. Bersama-sama dengan Bentley, kami melihat untuk berkembang maju di atas pembaikan ini dengan rantaian bekalan kami untuk bersama-sama melaksanakan projek-projek secara lebih selamat dan lebih baik."
 
Maklumat mengenai ProjectWise ConstructSim Bentley 

ProjectWise ConstructSim untuk pengemasan kerja termaju membolehkan pasukan-pasukan penyampaian projek memberikan kebolehlihatan kepada laluan pembinaan dan menguruskan kitaran hayat pakej kerja yang lengkap. Pengguna dengan pantas mewujudkan pakej kejuruteraan, pembinaan, dan kerja pemasangan dengan berinteraksi dengan model 3D yang kaya dengan data dan dorongan berdasarkan kepada keutamaan jadual dan keperluan secara berturutan bagi  pemasangan lapangan. Selain itu, pengguna merancang kerja berdasarkan kepada ketersediaan sebenar bahan-bahan dan sumber-sumber dan menggambarkan proses pemasangan sebelum kerja bermula untuk mendedahkan kekangan dan mengurangkan risiko. ProjectWise ConstructSim merubahkan data projek kepada tugasan pembinaan secara automatik dan memudahkan penyatuan data daripada model reka bentuk, sistem pengurusan kejuruteraan, jadual, anggaran, dan sistem ERP untuk kawalan yang dipertingkatkan ke atas tugasan kru dan jadual. Ia membuat laporan dan papan pemuka intuitif memberi gambaran projek ke dalam pakej kerja, kru, dan prestasi keseluruhan projek, menyambung, melalui peranti mudah alih, ke pejabat kejuruteraan, tapak pembinaan, dan pasukan di lapangan.
 
Maklumat mengenai Bentley Systems

Bentley Systems merupakan sebuah pemimpin global dalam menyediakan arkitek, jurutera, profesional geospatial, pembina, dan pemilik operator dengan penyelesaian perisian yang menyeluruh bagi memajukan reka bentuk, pembinaan, dan operasi bagi infrastruktur. Pengguna Bentley memanfaatkan maklumat mobiliti merentasi pelbagai disiplin dan di sepanjang kitaran hayat infrastruktur untuk melaksanakan projek dan aset dengan lebih baik. Penyelesaian Bentley merangkumi aplikasi MicroStation untuk pemodelan maklumat, perkhidmatan kerjasama ProjectWise untuk menyampaikan projek-projek bersepadu, dan perkhidmatan operasi AssetWise untuk mencapai infrastruktur pintar – yang dilengkapi dengan perkhidmatan profesional di seluruh dunia dan perkhidmatan terurus yang menyeluruh.
 
Ditubuhkan pada tahun 1984, Bentley mempunyai lebih 3,000 rakan di lebih 50 buah negara, lebih $600 juta dalam pendapatan tahunan, dan sejak tahun 2008 telah melaburkan lebih $1 bilion dalam penyelidikan, pembangunan, dan pengambilalihan.
 
Maklumat tambahan mengenai Bentley boleh diperolehi di www.bentley.com dan dalam laporan tahunan Bentley. Untuk berita terkini mengenai Bentley, sila melanggan kepada RSS feed bagi siaran akhbar dan makluman berita Bentley. Layari laman sesawang The Year in Infrastructure Conference untuk peristiwa penting bagi acara perdana kepimpinan pemikiran Bentley. Untuk melihat koleksi pencarian bagi projek-projek infrastruktur berinovatif daripada Anugerah  tahunan Be Inspired, sila akses Infrastructure Yearbooks Bentley. Untuk mengakses satu laman rangkaian profesional yang membolehkan ahli-ahli komuniti infrastruktur untuk berhubung, berkomunikasi, dan belajar daripada satu sama lain, sila layari  Bentley Communities.
 
Untuk memuat turun kedudukan 500 Pemilik Utama Bentley Infrastructure, satu kompendium terdiri daripada pemilik utama sektor awam dan swasta bagi infrastruktur yang didasarkan kepada nilai pelaburan infrastruktur terkumpul mereka, sila layari BI 500.
 
Bentley, logo "B" Bentley, Be, ProjectWise ConstructSim, MicroStation dan ProjectWise adalah sama ada cap dagang berdaftar atau tidak berdaftar atau cap perkhidmatan milik Bentley Systems, Incorporated atau satu daripada anak syarikat langsung atau tidak langsung miliknya sepenuhnya. Semua jenama lain dan nama produk adalah cap dagang milik pemilik masing-masing.
 
Lihat sumber versi di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160630005671/en/
 
Hubungi
Bentley Systems, Incorporated
Gail McGrew, +1 610 458 2752
gail.mcgrew@bentley.com
Ikuti kami di Twitter: @BentleySystems

Sumber: Bentley Systems, Incorporated
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.