ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  "ANUGERAH PELAJAR CM GATSBY," PERTANDINGAN VIDEO KOMERSIAL UNTUK PELAJAR, AKAN DIPERKEMBANGKAN KEPADA "ANUGERAH KREATIF GATSBY," VENUE YANG LEBIH KREATIF, LEBIH RAPAT DENGAN PENGGUNA!

Friday 01/07/2016



AsiaNet 64985

OSAKA, Jepun, 1 Julai 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Hasil kerja dipohon dari 10 buah Negara/Wilayah sehingga 31 Oktober, 2016 -
 
Mandom Corp. yang berpangkalan di Osaka akan mengadakan "ANUGERAH KREATIF GATSBY," satu pertandingan video komersial TV yang memaparkan produk dandanan lelaki berjenama GATSBY. Pertandingan itu telah diadakan dengan diberi nama "Anugerah Pelajar CM GATSBY" sebanyak 10 kali, dan akan dinaik taraf sebagai "ANUGERAH KREATIF GATSBY" pada tahun 2016.
 
Pertandingan itu akan menyediakan kepada bukan sahaja pelajar Jepun tetapi juga dari sembilan negara dan wilayah lain -- Hong Kong, Indonesia, Republik Korea, Malaysia, Mongolia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat -- dengan satu peluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain melalui penerbitan video komersial mereka, dan dengan itu menyokong aktiviti kreatif kalangan orang muda. Bukan sahaja pelajar yang bercita-cita untuk menjadi pencipta video profesional tetapi juga mereka yang baru belajar yang berminat dalam penciptaan video boleh mengambil bahagian dalam pertandingan itu dengan hati yang riang.
 
Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100411/
201607012135/_prw_OI1fl_ms69e4x6.jpg

 
Laman sesawang rasmi pertandingan: http://award.gatsby.jp/international/
 
Gambaran keseluruhan ANUGERAH KREATIF GATSBY
- Dianjurkan oleh Mandom Corp.
- Dihasilkan oleh CrEa, Inc.
- Tempoh untuk menerima penyertaan: Jumaat, 1 Julai hingga Isnin, 31 Oktober, 2016
- Mesyuarat jawatankuasa penayangan & majlis anugerah: Sabtu, 28 Januari, 2017
(Di daerah Harajuku, Tokyo)
- Mereka yang layak untuk mengambil bahagian: Pelajar yang berdaftar di sekolah tinggi, sekolah vokasional, maktab rendah, universiti dan sekolah lepasan ijazah dalam bidang yang diliputi oleh pertandingan itu. (Mereka yang memenuhi kelayakan ini boleh mengambil bahagian tanpa mengira kewarganegaraan mereka.)
- Kawasan yang diliputi oleh pertandingan itu: Hong Kong, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, Mongolia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat
- Hasil kerja yang memenangi grand prix itu akan disiarkan oleh stesen televisyen terestrial di negara atau kawasan di mana penciptanya belajar dan dikemukakan kepada Cannes Lions International Festival of Creativity. Pemenang grand  prix akan menerima 500,000 yen hadiah wang, antara hadiah tambahan lain.
 
ANUGERAH KREATIF GATSBY:
Anugerah Pelajar CM GATSBY, satu pertandingan video bagi para pelajar telah diadakan selama 10 tahun dari tahun 2006 sebelum kepesatan perkembangan video pada masa ini, akan berkembang menjadi satu daripada pertandingan CM yang terbesar di Asia bagi pelajar berikutan penyertaan daripada pelbagai pelajar. Pada satu mesyuarat jawatankuasa penayangan akhir, hakim-hakim telah menilai hasil kerja yang dikemukakan, dan dengan cara berlembut dan bersemangat telah memberi nasihat kepada pelajar-pelajar yang menyerahkan hasil kerja mereka. Acara itu berakhir dengan majlis penyerahan anugerah yang agak menyentuh perasaan.
 
Mereka yang menghadiri majlis anugerah itu telah memberikan penganjur komen seperti "Ia satu acara yang mengasyikkan," "Ia adalah satu peluang yang baik bagi peserta untuk memberi inspirasi kepada satu sama lain," "Saya kini mempunyai banyak harapan ke arah masa hadapan saya," "Saya benar-benar gembira kerana saya dapat menjalin persahabatan dengan ramai peserta dari luar negara" dan "Saya mahu anda meneruskan acara itu." Sebanyak 1,559 hasil kerja telah dikemukakan pada pertandingan ke-10 yang diadakan pada tahun lepas.
 
Pertandingan itu akan berkembang menjadi "ANUGERAH KREATIF GATSBY" pada tahun 2016 dengan tujuan untuk menjadikan acara itu, yang telah memberi tumpuan kepada iklan produk, satu tempat bagi kreatif yang pelbagai.
 
"ANUGERAH KREATIF GATSBY" akan berkembang menjadi satu pertandingan yang lebih berinspirasi yang memudahkan golongan muda untuk mengambil bahagian
 
- Hasil kerja yang memenangi grand prix (hanya dalam Kategori CM Standard) akan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen terestrial di sebuah negara di mana pengarangnya belajar agar pemenang itu dapat berkongsi kegembiraan mereka dengan rakan pelajar mereka dan rakan-rakan lain, dan dikemukakan kepada Cannes Lions International Festival of Creativity.
 
- Penyerahan hasil kerja yang memenangi grand prix dalam pertandingan tahun lepas kepada Cannes Lions International Festival of Creativity sebagai satu hadiah tambahan amat dihargai oleh pengarangnya. Oleh itu, pihak penganjur akan meneruskannya pada tahun ini. Penganjur bertekad untuk menyediakan kepada pelajar yang bercita-cita untuk menjadi profesional dengan peluang agar hasil kerja mereka turut dihargai pada tahap yang lebih tinggi supaya mereka akan terus mendapat inspirasi.
 
- Tempoh had masa bagi hasil kerja dalam Kategori CM Tanpa Edit akan ditarik balik
Dengan menghapuskan tempoh had masa bagi hasil kerja yang hendak dikemukakan kepada Kategori CM Tanpa Edit, pihak penganjur akan mengurangkan sekatan ke atas pengeluaran hasil kerja agar peserta dapat mengemukakan hasil kerja yang lebih ekspresif.
 
- Hadiah wang tunai akan dinaikkan
Hadiah wang tunai bagi pemenang hadiah utama akan meningkat daripada 300,000 yen kepada 500,000 yen.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang rasmi pertandingan itu, "GATSBY CREATIVE AWARDS":
http://award.gatsby.jp/international/
 
Maklumat mengenai Mandom Corp. Presiden & Pegawai Eksekutif: Motonobu Nishimura
Ibu pejabat: Bandar Raya Osaka  
 
SUMBER: Mandom Corp.  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.