ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  LEBIH 2000 INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR NEGARA TERIMA KAD UNIONPAY UNTUK PEMBAYARAN TUISYEN -- UNIONPAY INTERNATIONAL MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MEREKA BAGI PELAJAR YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA

Friday 01/07/2016

AsiaNet 64992

SHANGHAI, China, 1 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay untuk pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara telah diperluaskan daripada pembayaran tuisyen kepada semua aspek kehidupan seharian. Pada 1 Julai, UnionPay International mengumumkan bahawa kini lebih 2,000 institusi pendidikan luar negara menerima kad UnionPay untuk pembayaran tuisyen, yang meliputi sekolah-sekolah yang terkenal di destinasi popular, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
 
Menurut data awam, bilangan pelajar China yang belajar di luar negara telah melebihi 500,000 orang pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak kira-kira 14%. China kini merupakan negara sumber terbesar pelajar antarabangsa untuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia. Dalam konteks ini, UnionPay International terus meningkatkan perkhidmatan pembayaran mereka bagi pelajar-pelajar ini.
 
Pembayaran tuisyen dalam talian yang mudah dan dijamin selamat merentas sempadan
 
Ia adalah mudah untuk membayar tuisyen melalui kad UnionPay secara dalam talian. Kiriman wang boleh diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja. Pembayaran UnionPay secara dalam talian menggunakan langkah-langkah keselamatan dan pengurusan risiko yang pelbagai untuk menjamin keselamatan pembayaran dalam talian merentas sempadan.
 
Pelajar dan ibu bapa mereka boleh melayari ke beberapa platform pembayaran tuisyen untuk menjelaskan bayaran tuisyen melalui kad debit dan kad kredit UnionPay. Sebagai contoh, peerTransfer meliputi lebih 700 dan Western Union meliputi lebih 400 institusi pendidikan di Amerika Utara, Eropah, dan Australia. Platform pembayaran tuisyen bagi lima bank utama di Taiwan meliputi lebih 70% daripada kolej dan universiti tempatan.
 
Melalui kerjasama dengan institusi pihak ketiga seperti TMS dan TouchNet, UnionPay International membolehkan lebih 700 halaman web pembayaran rasmi institusi untuk menerima kad kredit UnionPay.
 
Perkhidmatan pembayaran meliputi semua aspek kehidupan pelajar di luar negara
 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay kini meliputi semua aspek kehidupan seharian pelajar di luar negara. Di destinasi popular, ia adalah mudah untuk menggunakan kad UnionPay. Di Amerika Syarikat, misalnya, hampir kesemua Mesin Teler Automatik atau ATM menerima kad UnionPay untuk pengeluaran tunai dan 80% daripada peniaga menerima kad kredit UnionPay untuk pembayaran menggunakan tandatangan. Peniaga ini termasuk gedung beli-belah utama, pasar raya dan restoran.
 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay juga meliputi pelbagai senario pembayaran pendidikan: untuk membayar tuisyen di terminal POS di kampus, untuk membayar bagi buku teks dan penginapan. Banyak kedai buku kampus, pusat perkhidmatan pelajar, asrama pelajar dan perpustakaan juga menerima kad UnionPay.
 
Menggunakan kad UnionPay di luar negara mempunyai banyak kelebihan: Pelajar tidak perlu membawa sejumlah besar wang tunai, dan mereka tidak perlu membeli atau mengirim mata wang asing. Ibu bapa pelajar di negara asal boleh mengetahui tentang perbelanjaan anak-anak mereka di luar negara. Pelajar boleh memohon kad UnionPay di lebih 40 buah negara dan wilayah, dan menikmati kemudahan pembayaran dan keistimewaan eksklusif yang ditawarkan oleh UnionPay di 160 buah negara dan wilayah.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.