ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MCMC ANJUR PROGRAM ADVOKASI BERSAMA KOMUNITI

Tuesday 05/07/2016



SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan anjuran Pejabat Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan asnaf dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah.
 
Seramai 52 anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Bakti Al Kausar telah hadir pada program advokasi KDB@Ramadan yang berlangsung di Wisma PKPS, Shah Alam.
 
Pada program tersebut, MCMC berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada anak-anak yatim dan asnaf yang hadir memandangkan mereka merupakan pengguna internet dan memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran.
 
Selain di Selangor, program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan itu juga diadakan di lokasi-lokasi lain melibatkan penyertaan pejabat-pejabat Wilayah, Negeri dan Cawangan MCMC di seluruh negara.
 
Pada program advokasi itu juga, sumbangan turut disampaikan kepada kedua-dua rumah anak-anak yatim berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hadir sama pada program advokasi tersebut ialah Ketua Wilayah Tengah MCMC, Zahari Ismail serta wakil-wakil daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Markus Lim Han King
Emel : markus.lim@cmc.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.