ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MCLAREN-HONDA DAN NTT COMMUNICATIONS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN TIGA TAHUN

Monday 11/07/2016



Rangkaian, awan, penyambungan data dan inovasi lain untuk melonjakkan sempadan sukan permotoran
 
WOKING, United Kingdom & TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- McLaren-Honda, sebuah pelopor selama lebih 50 tahun dalam Formula 1, dan NTT Communications Corporation, penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan permulaan satu perkongsian teknologi selama tiga tahun.
 
Di bawah perjanjian itu NTT Communications menjadi sebuah Rakan Kongsi Teknologi kepada McLaren-Honda. Sepanjang tempoh perkongsian itu, NTT Communications akan menyediakan rangkaian, awan, penyambungan data dan inovasi lain untuk memenuhi keperluan McLaren bagi sebuah platform komunikasi IT yang menyampaikan prestasi yang optimum untuk menyokong pasukan perlumbaan Formula 1 itu.
 
Perkongsian untuk menguatkan strategi IT baharu McLaren
 
Pasukan McLaren meraikan ulang tahun mereka ke-50 pada grid Formula 1 pada tahun ini dan perkongsian ini akan menguatkan strategi IT baharu mereka yang mempunyai fokus kepada perkhidmatan awan, mobiliti dan berpusatkan kepada orang ramai.
 
Ron Dennis, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Technology Group yang termasuk pasukan McLaren-Honda berkata: "Saya amat gembira untuk mengalu-alukan NTT Communications kepada jadual teknologi tinggi dan jenama premium McLaren-Honda. NTT mempunyai perhubungan yang lama dengan teknologi yang bermula sejak pengenalan telegraf di Jepun. Memandangkan perhubungan McLaren yang lama dengan inovasi, ia amat sesuai bahawa kami harus menjalin kerjasama dengan sebuah pemimpin yang sudah mantap dan dihormati di dalam teknologi komunikasi perusahaan yang sangat memahami usaha kami sendiri bagi pembangunan teknikal tanpa henti.
 
"NTT Communications mempunyai satu rangkaian yang bingkas dan berkapasiti tinggi yang akan membolehkan pasukan untuk mengakses sistem tanpa sebarang kelewatan."
 
Tetsuya Shoji, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Communications berkata: "Saya amat teruja bahawa NTT Communications kini merupakan sebuah Rakan Kongsi Teknologi bagi McLaren-Honda, satu simbol bagi inovasi untuk peminat sukan permotoran di seluruh dunia. Repertoir teknologi NTT Communications adalah luas dan mendalam, dan kecemerlangan McLaren dalam Formula 1 begitu terkenal di seluruh dunia. Dengan inovasi menjadi sebahagian daripada DNA bagi kedua-dua buah syarikat, perkongsian ini akan membantu McLaren-Honda mengubah cara bagaimana ia menguruskan data yang dihasilkan semasa perlumbaan Formula 1 dan mengatasi sempadan yang diwujudkan sehingga ini dalam sukan perlumbaan permotoran."
 
Perkhidmatan rangkaian dan awan untuk prestasi yang berdaya tahan dan boleh diakses
 
McLaren memerlukan satu rangkaian yang kukuh merentasi lokasi sokongan dan analisis yang diedarkan di seluruh dunia termasuk ibu pejabatnya, Pusat Teknologi McLaren, di Woking (United Kingdom).
 
NTT Communications akan menawarkan perkhidmatan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) dan Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV) kepada McLaren merentasi pelbagai negara termasuk United Kingdom, Sepanyol, Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun. Pada hujung minggu perlumbaan, rangkaian ini adalah kritikal untuk menyokong penghantaran data secara tepat masa dari kereta lumba McLaren ke pasukan teknologi dan kejuruteraan syarikat itu yang berpangkalan di United Kingdom. NTT Communications akan menggabungkan pengurusan perkhidmatan WAN dan LAN (Rangkaian Kawasan Setempat) untuk menyediakan satu rangkaian yang lancar dan diuruskan secara konsisten untuk meningkatkan kualiti, daya tahan dan ketersediaan bagi perkhidmatan ICT hujung ke hujung.
 
NTT Communications akan menawarkan perkhidmatan Enterprise Cloud 2.0 mereka yang dipertingkatkan untuk menyediakan satu platform dari mana McLaren boleh menggunakan sumber-sumber pengkomputeran dan penyimpanan yang khusus dan dikongsi pada model Bayar Sambil Lalu. Perkhidmatan ini, bersama-sama dengan amalan perundingan NTT Communications dan Platform Pengurusan Awan (CMP), akan menawarkan kepada McLaren dengan satu peluang yang kukuh untuk menyampaikan strategi transformasi teknologi mereka.
 
NTT Communications dan McLaren akan juga bekerjasama untuk menerokai teknologi termaju yang lain yang boleh meningkatkan prestasi pasukan itu.
 
Maklumat mengenai Pasukan Formula 1 McLaren-Honda
 
Sejak tahun 1963, McLaren Racing telah menjadi satu daripada pasukan yang paling berjaya dalam perlumbaan permotoran Grand Prix, dengan mewujudkan beberapa kereta Formula 1 yang paling ikonik dalam sejarah sukan itu.
 
Daripada permulaannya yang serba daif di sebuah bengkel kecil di New Malden, Surrey, di mana Bruce McLaren telah mengumpulkan sebuah kru kecil yang terdiri daripada individu-individu yang komited untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta lumba yang membawa namanya sendiri, McLaren Racing kini berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren yang terkenal di Woking – tempat untuk semua perniagaan pasukan itu, dan tempat kerja kepada lebih 3,000 orang. Bagi mana-mana organisasi, ia merupakan satu transformasi yang luar biasa. Namun kejayaan sukan bagi syarikat itu telah sama-sama berkembang sehingga tak terkata sejak hari-hari awal itu.
 
Bruce mengemudikan pasukan itu ke dalam Formula 1 pada Grand Prix Monaco 1966 – dan, sejak hari itu, tiada pasukan dalam Formula 1 telah mencatatkan lebih banyak kemenangan [182] berbanding McLaren. Sepanjang lebih 50 tahun sejak ia mengambil bahagian di dalam sukan itu, McLaren telah juga memenangi 12 Kejuaraan Pemandu dan 8 Kejuaraan Pengeluar. Di tempat lain, pasukan itu telah menguasai siri kereta sukan ikonik CanAm Amerika Utara, dengan meraih 43 kemenangan di antara tahun 1967 dan 1972, memenangi Indy 500 tiga kali di antara tahun 1972 dan 1976, dan menjuarai Le Mans 24 Jam pada percubaan pertama mereka, pada tahun 1995.
 
Juara hebat pasukan itu – Emerson Fittipaldi, James Hunt, Niki Lauda, Alain Prost, Ayrton Senna, Mika Hakkinen dan Lewis Hamilton – adalah nama-nama yang terkenal dan merupakan legenda sukan permotoran.
 
McLaren-Honda menyertai kempen Kejohanan Dunia Formula 1 FIA 2016 dengan gandingan pemandu juara dunia dua kali (2005, 2006) Fernando Alonso dan juara dunia 2009, Jenson Button. Mereka memandu McLaren-Honda MP4-31.
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
 
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 IP global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia.
 
Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
 
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51377351&lang=en
 
Hubungi
Hubungan Media:
NTT Communications Corporation
pr-eu@ntt.com
+44 – (0) 207 977 1170

 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160708005158/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.